"Aduh! Awww!!" Jerit seorang gadis yang duduk sambil mengusap kakinya dihadapan rumah agam milik keluarga rayyan. Rayyan yang kebetulan berada disitu terus menuju kearah gadis itu.
"Kau ni tak ada tempat lain ke nak tergolek?! Semak betullah!? Aku tengah serabut kau nak jatuh pulak!?" Tengking Rayyan. Gadis itu terus menangis sambil menggosok kakinya berulangkali sambil matanya lihat memandang kiri kanan.
Fuck! Mana diorang ni!? Siallah! Kejap lagi ada yang mati.
"Saya minta maaf cik. Kepala saya sakit tadi" ujar gadis itu. Rayyan menggeleng kepala berulang kali sebelum dia memusingkan tubuhnya kebelakang dan meninggalkan gadis itu tapi malang tak berbau.. mulut rayyan ditekap menggunakan tuala kecil yang dituang cecair.
"BOSS!!"
"JANGAN BERGERAK!" Jerit seorang jejaka sambil pistol dihalakan kearah botak.
Rayyan sudah kelihatan lemah jadi sementara dia lemah, mereka bertiga terus memasukkan tubuh Rayyan kedalam kereta sementara botak dan lain lain hanya mampu melihat saja.
' kejap! Macam pernah kulihat jejaka jejaka ini tapi dimana ya? Musykil saya'
"Botak. Macam mana sekarang ni botak? Rayyan dah kena culik, Alex dekat Egypt, alan dekat gudang sana. Tiga tiga tu orang utama kita tak ada. Sekarang kami harapkan kau je botak" ujar rahim.
Botak ligat memikirkan sesuatu sehingga dia ternampak kunci kereta milik Rayyan dihadapannya. Botak tersenyum sebelum kunci kereta diambil dan dia bingkas bangun.
"Korang duduk sini. Apa apa hal korang call aku faham! Aku nak pergi ikut budak budak tu" arah botak.
"Bawaklah kitorang botak. Takat kau sorang, memang tak terdaya wei." Ujar ary pula.
"Jangan risau. Kalau aku mati pun, aku tak libatkan korang pun. Ingat apa apa call aku" ujar botak kemudian dia menghidupkan enjin kereta sebelum kereta Rayyan bergerak meninggalkan kawasan.
"Dia suka buat keputusan tanpa berfikir." Jawab rahim.
*************************************
Peluru terbelah kepada dua. Dragon mula tersenyum girang sambil dia bertepuk tangan. Bahu adam disentuh lembut.
"Kau memang bagus. Aku suka kau HAHAHA. Aku akan jadikan kau sebagai orang kanan aku" ujar dragon. Alan diam sambil matanya memandang peluru yang terbelah.
Aku pun tak sangka aku yang belah. Oh god!
"Memandangkan kau dah jadi ahli baru kami. Aku akan bagi kau hadiah lumayan yang orang tak akan dapat melainkan kau"
Ditarik lengan gadis itu dengan kuat sebelum dia menolak gadis itu dihadapan Alan. Alan sekadar memandang gadis itu sebelum dia memandang dragon semula.
"Budak ni aku simpan baru lagi. Memang aku simpan perempuan ni untuk kau." Ujar dragon.
"Baiklah." Jawab alan sebelum dia mencepung tubuh gadis itu masuk kedalam satu bilik kosong yang terdapat dalam gudang tersebut.
"Apa perkembangan pasal tiger?" Soal dragon. Masih tiada respon dari anak buahnya.
"Okay. Aku anggap dia kalah dalam pertarungan! Budak lembap macam dia mana nak berlawan dengan orang berkuasa macam aku. Mungkin dia masih lagi dalam mood kesedihan HAHAHAHA" jawab dragon sebelum dia meninggal tempat itu.
Alan mula mencampak tubuh gadis itu diatas tikar lama sebelum dia menindih tubuh kecil itu. Ditenung wajah gadis bertudung itu lama.
TROWBACK...
Alan singgah ke 7 eleven sebelum dia menuju ke gudang lama untuk sesi penyamaran. Perut sudah lapar haruslah diisi sebelum pembaca yang aku baham nanti.
Beli makanan sudah. Dia ambil air tin gas dan dia menenguk seteguk dua sebelum ada yang melanggarnya dari tepi. Habis kuyup baju depan aku!
"KAU!! KAU BUTA EH! MEMANG KAU TAK NAMPAK AKU DEKAT SINI KE SIALL. MATA KAU MANA!? TAK GUNA?" marah alan dihadapan 7 eleven. Biarlah orang pandang ke apa! Baju aku dah basah!
"Encik maaf! Saya tak sengaja, ada orang kejar saya dari tadi! Saya pergi dulu!" Jawab gadis itu kemudian dia meneruskan lariannya.
"Fuck! Baju aku! Siallah perempuan tu! Dah air gas pulak tu." Omel Alan. Tiba tiba dia lihat agenda kejar mengejar. Dia kejar perempuan tadi tu ke? Pergi jahanamlah dia! Tak ada kaitan pun.
"Encik!" Panggil gadis itu sebelum lengan Alan digoyang laju. Alan tersedar lantas dia memandang gadis itu.
Terserlah wajah takut diwajahnya, peluh dikepala sudah membasahi tudung putihnya. Badannya menggigil. Takut? Heh!
"Siapa nama kau?"
"Su..suzana. Panggil zana je"
"Aku panggil kau Su je..." Ayat Alan terhenti apabila dia terdengar bunyi derapan kaki anak buah dragon. Dengar macam nak datang bilik ni?
Alan mula memandang wajah suzana sebelum baju yang baru sahaja dibeli itu dibuka dan dicampakkan ketepi. Tali pinggang sengaja dicabut begitu jugak butang seluarnya. Malah pin tudung gadis itu dicabut tapi hujung tudung tersebut diambil dan ditutup bahagian leher yang terdedah itu sebelum dia perlahan-lahan mendekatkan wajahnya pada wajah gadis itu.
"Apa encik buat ni? Tolonglah encik..." Rayu gadis itu sebelum pintu dibuka. Wajah dua anak buah dragon berdiri dihadapannya..
"Kau pahal? Kau tak nampak ke aku tengah sedap dengan betina ni? Apa masalah kau!?" Marah alan pada mereka berdua.
"Boss suruh kitorang tengok tengokkan kau lah Adam." Ujar mereka. Alan merenung tajam kearah mereka berdua sebelum Alan menyuruh mereka meninggalkan kami.
"Tapi.."
"AKU CAKAP BLAH! KORANG NAK TENGOK AKU BUAT KE DENGAN PEREMPUAN NI!?" Tengking alan. Mereka berdua meninggalkan tempat ini dengan kadar segera. Alan bangun dan menutup semula pintu tersebut sebelum dia membutang semula seluarnya. Alan mula mendaratkan punggungnya disebelah suzana.
"Asal kau ada dekat sini?" Soal alan. Suzana tidak menjawab malah terdengar bunyi esakan dari gadis itu dan gadis itu mula menjauhkan diri darinya.
"Saya nak keluar dari tempat ni..saya kena keluar dari tempat ni" diulang ulang ayat tersebut. Air mata gadis itu tidak berhenti mengalir.
"Saya nak keluar dari sini. Saya tak nak duduk sini"
Ayat itu jugak pernah diucapkan oleh Hana beberapa minggu lepas. Heh! Perempuan ni pun manja jugak ke macam mana?
Alan mengensot ketepi dan menghampiri Suzana sebelum kepala Suzana diletakkan diatas bahunya. Tangan gadis itu dipegang kedua keduanya.
"Mana mak dengan ayah kau?" Soal alan.
"Saya anak yatim piatu. Mak dengan ayah saya dah lama meninggal, saya tak ada family dekat sini untuk sara saya. Saya kerja dekat kedai makan untuk sara diri sendiri." Jawab suzana. Alan mengangguk perlahan malah kepala gadis itu digosok lembut untuk beri dia sedikit ketenangan.
"Aku pun macam kau jugak. Mak aku mati lepas lahirkan aku dengan adik aku, bapak aku pulak mati bunuh diri. Aku ada sorang saudara kandung and kami sama sama membesar dekat rumah family angkat kitorang sampailah satu hari keluarga kami jadi haru biru, kucar kacir. Keluarga angkat aku mati kena bunuh."
"Jadi yang tinggal hanya awak, adik awak dengan cousin awak?" Soal Suzana. Alan mengangguk.
"Kau..macam mana kau boleh ada dekat dalam gudang ni? Kau tau kan tempat ni bahaya? Boleh ancam nyawa kau?"
"Diorang kata saya dah kena aim dari dulu lagi. Tapi semalam baru je diorang dapat tangkap saya dan bawa saya datang sini. Saya tak tau apa apa" jawab suzana.
Alan memandang langit cerah ditingkap sebelum matanya bertukar menjadi sayu. Sedih? Family aku mati kot.
Sorry guyss sebab sis lambat update. So yahh.. kalau tak best sorry huhu.
P/s: untuk pengetahuan korang.. mungkin sis akan update cerita ni agak lambat sikit.. kalau ada masa terluang sis akan cuba..mwahhh
YOU ARE READING
[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)
RomanceHana Ariqa seorang gadis kecil yang berusia dua puluh tiga tahun. Ibunya berkahwin untuk kali keduanya bersama seorang CEO resort..dari dia menjadi anak tunggal dalam keluarga, sekarang dia mempunya abang. Apa yang dia hajati untuk memiliki keluarga...