"Bob! Kau jaga budak dekat atas tu, aku dengan Alex nak keluar jumpa budak" jawab rayyan. Sweater hitam disarungkan ke tubuh dan topi hitam jugak elok dikepala.
"Beres bos."
"Kalau dia nak apa apa, kau bagi je. Tapi kalau dia nak aku, kau call aku" ujar rayyan sebelum dia keluar bersama Alex. Tiba tiba rasa menyesal sebab bawak motor!
Patutnya lepas jumpa Mark dengan Luqman dekat U tadi, terus balik rumah ambil kunci kereta! Masalah betullah!?
"Kau nak jumpa siapa?" Soal Alex.
"Aku nak jumpa budak yang hutang aku enam bulan. Patutnya duit dia dah cukup nak bayar dekat aku balik" jawab rayyan.
"Bukan dah mampus ke kena baham dengan tiger?"
"Kau ni bisinglah!? Diam sikit boleh?" Marah rayyan. Helmet disarung dan enjin motor dihidupkan kemudian terus beredar dengan diikuti Alex.
Sementara hana duduk memandang bungkusan nasi dihadapannya itu. Dia terfikir kenapa tiba tiba nasib dia berubah 360°? Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa diorang berhentikan aku sambung belajar padahal lagi tiga bulan aku nak habis?
"Mesti abah sedih tengok nasib aku kan? Adik rindu abah." Ujarnya dalam hati. Dia menghela nafas panjang dan mengambil bungkusan itu kemudian suapan demi suapan disuapkan ke mulut.
Rayyan. Siapa dia sebenarnya eh? Aku teringin nak tau kerja dia yang lagi satu tu. Pilot ke? Doktor? Atau driver lori?
******************************
Satu jari dipotong oleh rayyan tanpa belas kasihan. Dia sangat suka dengan kerjanya ini dan tersangatlah suka bila tengok muka mangsa dia dalam keadaan sakit.
"Enam bulan aku bagi kau tak cukup ke!? Kau nak aku tunggu kau mati dulu ke baru nak bayar!? Ke kau nak tengok aku dekat padang Mahsyar baru nak bayar?" Marah rayyan.
"Ni. Benda jijik ni aku tak akan pegang kalau kau bayar hutang aku!?" Ujar rayyan sambil menunjukkan jari manis milik jejaka tua itu. Lelaki tua itu hanya memandang jarinya dengan wajah yang tak mampu ditafsirkan.
"Kau patut mampus lah. Kubur kau dah panggil. Alex!? Kau angkut orang tua ni masuk dalam kereta botak. Suruh botak bawak dekat rumah!?" Arah rayyan. Alex patuh dan menyuruh botak membawa lelaki itu ke rumah persendirian milik rayyan.
Kadang kadang rayyan suka bunuh orang dekat rumah saja. Tukar angin. Tuihlah!?
Alan sampai dihadapan rumah. Dia masuk kedalam dan terus ke bilik Hana dengan membawa satu beg plastik.
"Nak buat apa Alan?" Soal Bob. Alan memberhentikan langkahnya dan memandang Bob kemudiannya dia menunjukkan beg plastik.
"Aku nak dia tukar baju. Takkan dia nak tidur pakai baju sama! Dah tepi!?" Ujar Alan. Dia mula menolak Bob dan membuka pintu.
Bukan aku dah kunci ke tadi? Shit ahh! Rayyan ada kunci pendua bilik ni. Babi!
Alan masuk dan terus mencampakkan beg plastik pada Hana. Hana pandang alan pelik.
"Kau pakai baju tu. Aku tak tau baju apa kau suka jadi aku belii ikut suka aku je." Kata Alan. Hana mengeluarkan baju t-shirt lengan panjang dan seluar track.
"Terima kasih." Ucap Hana dan dia menghadiahkan satu senyum pada Alan.
"Makanan tu siapa beli?"
"Rayyan."
"Makan. Nanti kau sak_____"
"Masuklah babi!? Kau ingat kau bapak aku ke hah nak bercakap lembut? Bapak aku pun aku tak berlembut inikan kau pulak. Sial" jerit Alex dari bawah. Hana dan Alan berpandangan sebelum Alan keluar dan mahu menutup pintu tapi sempat dihalang oleh Hana.
"Saya nak tengok."
"Tak boleh. Ini bukan urusan kau!?" Jawab Alan. Habislah rahsia kalau dia keluar!?
Hana terus merampas kunci pada tangan alan. Kini dalam tangannya ada dua kunci. Mungkin kunci kecik ni kot kunci gari kaki.
Hana cuba membuka dan berjaya. Belum sempat Alan mahu mengunci kakinya semula, tubuhku ditolak Hana. Hana turun dibawah dan terlihat Alex, rayyan dan dua orang lelaki sedang mengepung seorang pakcik tua yang agak-agak sebaya dengan arwah abahnya.
"Botak! Kau angkat kepala dia botak! Bagi senang kerja aku sikit" arah rayyan. Hana terlihat Rayyan mengeluarkan pisau kemudian diletakkan pisau pada leher pakcik itu sebelum...
Tubuh rayyan pula ditolak. Kemudian dia terus mendakap tubuh pakcik itu sebelum dia memandang wajah semua orang.
"Kau!? Macam mana kau boleh keluar hah!? Kau tak sepatutnya ada dekat ruang ni?!" Tengking rayyan pada hana. Bergema raung ini dengan suara rayyan.
"AWAK PEMBUNUH! SELAMA NI SAYA ADA ABANG PEMBUNUH!? SAUDARA PEMBUNUH!?" Jerit hana.
"Bob!? Kau bawak orang tua ni dekat belakang Bob" arah rayyan tapi tubuh pakcik itu tetap dalam pelukan hana. Erat!
"JANGAN BAWAK DIA!" Jerit Hana dia memandang wajah pucat milik pakcik itu kedua belah pipi dipegang sebelum air mata Hana menitis.
Wajahnya seperti wajah arwah abahnya. Tak sanggup nak tengok apa yang diorang buat dekat pakcik ni!
"Saya jaga pakcik. Pakcik jangan risau." Jawab hana.
Tiba tiba tubuh Hana dicepung oleh rayyan sebelum Rayyan memandang mata Hana.
"Alex! Kau tau kan nak buat apa dengan orang tua ni?" Soal rayyan. Alex mula tersenyum sebelum pisau yang jatuh diambil.
"That's my fav job" jawab alex.
"Kau mati hutang kau langsai. Aku tunggu kau dekat alam lain." Ujar rayyan sebelum dia membawa Hana ke bilik utama. Sempat dia menikam mata alan sebelum dia menutup pintu dengan kuat. Suis lampu yang sudah tertutup itu dibiarkan tutup.
Dicampak tubuh Hana diatas katil. Baju rayyan ditanggalkan dan dicampak diatas lantai kemudian perlahan-lahan dia naik katil dan mendekati Hana yang makin lama makin menjauh darinya.
"Ra.. Rayyan. Awak nak buat apa ni? Mengucap rayyan. Ingat syaitan tengah berbisik dekat telinga awak rayyan" ujar Hana gentar. Kaki Hana ditarik membuatkan Hana terbaring dibawah tubuh rayyan yang sasa.
"Rayyan lepaskan saya rayyan" pinta Hana. Air matanya jatuh kali kedua. Ya Allah! Tolong aku ya Allah!
"Kau ingat lepas kau nampak apa aku buat tadi, aku nak lepaskan kau? Sayang.. sampai mati aku takde akan lepaskan kau sayang." Kata rayyan. Tangan kecil Hana diambil dan diletak di dadanya.
"Kau nampak tatoo ni? Nilah lambang kehebatan aku! Ni lah lambang yang aku tak takut dengan semua benda. Kau rasa parut ni? Parut ni tanda aku berani lawan dengan orang jahat dekat luar sana" jelas rayyan.
Kini apa yang dirahsiakannya sudah terbongkar. Hana sudah tau sisi gelapnya. Hana sudah tau siapa dirinya yang sebenar.
Tubuh rayyan ditolak sebelum dia cuba melarik diri tapi gagal kerana rayyan cekap menangkap kakinya.
"Ingat Hana. Satu je aku nak pesan.. sejauh mana pun kau lari, aku boleh jumpa kau Hana. Ingat tu" ujar rayyan perlahan sebelum lampu meja Hana ditutup dan bilik menjadi gelap.
Terdengar jeritan hana sebelum menjadi senyap...
Maaf..untuk bab ni sis tak ada idea sangat. Minta maaf ye.. dan maaf untuk ayat yang agak terabur.
YOU ARE READING
[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)
RomanceHana Ariqa seorang gadis kecil yang berusia dua puluh tiga tahun. Ibunya berkahwin untuk kali keduanya bersama seorang CEO resort..dari dia menjadi anak tunggal dalam keluarga, sekarang dia mempunya abang. Apa yang dia hajati untuk memiliki keluarga...