30

14.7K 447 12
                                    

Yana melihat kawasan sekeliling dari celah tingkap.

Line clear!

"Baby, ibu janji ibu akan bawa baby jauh dari sini. Kita hidup sama sama dengan aman lepas ni ya sayang" ujar yana sambil mengusap perutnya. Beg yang berisi baju diambil dan pintu yang sepatutnya dikunci tidak berkunci.

Pintu ni tau tau je aku nak lari! I sayang you!

Nampak gaya semua macam tak ada tapi ada beberapa yang masih ada tapi dah tidur! Yelah, sekarang dah pukul 4 pagi. Time tidur diorang.

Dengan perlahan-lahan tanpa bunyi dia keluar dari rumah setan durjana itu. Senyuman tidak lekang dari bibir bila dia selamat keluar dari rumah tersebut.

"Selamat tinggal. Saya harap ini yang terakhir kita berjumpa." Ucap yana kemudian dia meneruskan langkahnya.

Walaupun dia takut berjalan waktu ini tapi dia berfikir.. sampai bila dia nak duduk situ? Sampai bila dia nak diguna gunakan? Sampai bila?

*****

Hana tersedar dari lena apabila terasa tudungnya disentuh kemudian diusap lembut oleh seseorang. Bila dibuka terlihat Rayyan kini berada dihadapannya.

Mata bertentang mata. Hatinya kini dilanda bermacam-macam perasaan.

Apa betul ke aku nampak ni? Rayyan? Macam mana dia boleh masuk bilik aku?

"Rayyan?" Panggil hana. Rayyan memandang Hana dengan perasaan pelik. Banyak persoalan yang ingin ditanyakan tapi tidak terluah.

"Kau siapa?" Soalan pertama dari Rayyan. Hana diam tapi dia tersenyum manis.

Hana bangun kemudian duduk disebelah Rayyan. Bingkai gambar diambil dan diberikan pada rayyan. Gambar keluarga kita.

"Ini ayah awak dan ibu saya. Ibu saya dan ayah awak berkahwin beberapa bulan yang lepas" jelas hana. Rayyan memerhatikan gambar itu dengan khusyuk.

"Tapi kenapa aku tak ingat semua benda?" Soal Rayyan. Wajah gadis ini dipandang lama sebelum dia teringatkan sesuatu.

"Kau bukan ke perempuan yang dalam gambar tu?" Ujar Rayyan. Gambar gadis ini yang dibuang dalam tong sampah.

Alex terjaga dari tidur bila terdengar ada orang bercakap dari bilik sebelah. Dia bangun dan terlihat rayyan dan Hana sedang berbual sambil memegang satu bingkai gambar.

"Rayyan. Apa kau buat dekat dalam bilik ni?" Soalan Alex yang tiba tiba mengejutkan mereka berdua.

"Kau siapa pula" soal Rayyan tapi Alex tidak mengendahkan jawapan dari rayyan malah dia terus menuju kearah Hana sebelum lengan gadis itu ditarik.

" Tak perlu tau." Ujar Alex sebelum dia keluar dari bilik bersama hana. Rayyan semakin pelik dengan orang dalam rumah ni.

Apa dah berlaku?

Bingkai gambar itu diletakkan semula diatas meja sebelum dia keluar dari bilik gadis itu.

Alex melepaskan pegangan hana kemudian dia merenung Hana lama. Wajahnya merah menahan marah.

Kalau aku ni jenis tak boleh sabar dah lama meletup ni!

"Apa kau buat dengan Rayyan dalam bilik?" Soal alex sambil dia menyilangkan tangan. Dia tidak memandang Hana malah dia hanya memandang air kolam.

"Awak kenapa nak marah marah saya? Rayyan is my brother and i'm try to help him." Jawab hana.

"Rayyan is not your brother anymore so tak payah terhegeh-hegeh nak tolong dia ingat balik! Dia ada otak, dia ada orang lain yang boleh tolong dia. Kau tak payah sibuk nak tolong!" Marah Alex sebelum dia berlalu pergi.

Hana hanya memerhati Alex yang mula masuk kedalam. Salah ke aku nak tolong rayyan ingat balik? Semua serba tak kena kalau dengan dia.

"Alex suka kau Hana. Takkan kau tak nampak semua tu" jawab Alan tiba tiba. Hana memandang alan tanpa tersenyum dan memalingkan wajahnya semula ke arah kolam renang itu.

"Tapi kenapa? Kenapa dia tak bagi saya tolong saudara dia sendiri?" Soal hana geram.

"Kalau aku pun tak bagi. Dia ada aku, Alex dan yang lain untuk tolong dia ingat." Jawab Alan. Kerusi ditarik dan dia mula duduk. Vape dihisap.

"Perisa apa tu?" Soal hana. Alan hanya mendekatkan vape dihidung Hana.

Grape. Sedapnya bau.

"Kau nak ke?" Soal Alan. Hana geleng kepala.

"Saya tak hisap vape" jawab Hana ringkas. Alan angguk kepala kemudian dia menyambung menghisap vape.

"Kau ni special hana. Special dihati kami, sebab tu kami cuba nak lindungi kau dari bahaya walaupun kau tak ada kena mengena dalam kes ni. Dalam masa yang sama, kau dah buka hati Alex dan Rayyan..."

"Malah kau dah buka hati aku juga."

"Kau ada personaliti yang lain. Sebab tu kami terpikat dekat kau. Tapi bagi aku, perangai budak kecik kau tu lah buat aku gila bayang dengan kau, enam bulan kau tak ada Malaysia..aku rasa macam kosong." Jawab Alan.

Dia sedar dia suka pada gadis ini sebenarnya sebab ketabahan dia. Malah dalam sedih dia masih lagi boleh fikir keadaan orang lain. Kau istimewa Hana.

"Mata mata dragon masih memerhati kami dan kau. Sini sangat bahaya untuk kau, jadi kitorang tak boleh terlepas dari jaga kau." Kata alan.

"Alan. Kenapa tuhan pilih saya untuk terima ujian ni? Saya tak boleh buat" soal Hana sebak. Semakin lama dia semakin tak kuat nak hadapi semua ni.

"Sebab Allah sayang kau. Tuhan tak akan bagi kau ujian diluar kemampuan kau. Setiap ujian tuhan bagi secara berbeza-beza. Bersyukurlah tuhan masih ingat kau" kata alan tenang. Maaf Suzana.. terambil ayat kau pula.

Alan bangun dan menuju kearah Hana. Air mata Hana dilap sebelum bahu gadis itu ditepuk lembut.

"Aku ada." Kata Alan.

Rayyan memerhati mereka berdua melalui tingkap yang terbuka. Rayyan memerhati tanpa perasaan sebelum dia keluar menuju kearah mereka berdua.

"Hye" sapa Rayyan. Alan memandang kearah rayyan sebelum dia menyalam tangan Rayyan.

"Hey buddy. Tak tidur lagi kau?" Soal Alan. Rayyan tersenyum sebelum dia memandang kawasan rumah ni.

"Boleh tahan besar juga rumah ni kan? Banyak kos nak keluarkan kalau nak buat rumah besar ni" kata Rayyan tanpa memperdulikan Hana disebelah.

"Kau banyak duit Rayyan. Setakat rumah ni, celah gigi je kau buat keluarkan bajet" jawab Alan.

"Aku kerja apa?"

"CEO Royals Resort. Sebuah hotel ternama dan dapat sambutan hangat dari para pelanggan dari seluruh negara yang datang berkunjung tapi sekarang aku tak taulah" Jawan alan.

"Erk..saya masuk tidur dulu ye" pinta Hana. Alan hanya anggukan kepala saja.

"Siapa budak tu?" Soal Rayyan.

"Tak payahlah tau. Yang kau kena tau dia dulu ada pertalian kekeluargaan dengan kita je tapi sekarang tak..dulu kau suka dia" jawab alan. Rayyan semakin pelik.

"Ouhh ye pasal resort tu? Kenapa" soalnya.

"Aku dah rasa resort tu dah tak terurus sebab tak ada yang datang tengok. Pelanggan mesti makin berkurang" jawab Alan.

" Pagi nanti bawa aku pergi sana" jawab rayyan sebelum dia pun masuk kedalam. Dah pukul 5.30 pagi beb!

Hanya tinggal alan saja diluar memandang keindahan langit pagi.

"Hana..suzana. nama lain tapi perwatakan yang hampir sama. Suzana aku jumpa tanpa sengaja..Hana aku jumpa masa majlis kawin. Heh" jawab alan sendiri.

Kalau ada typo tu sorry..mwahhh

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now