Rayyan memandang laut biru. Sekejap lagi dia akan tinggalkan Malaysia dan akan ke Egypt. So bulan depan aku akan ambil alih tugas untuk naikkan nama Royals Resort tu balik..
"Boss. Jom boss?" Ajak botak.
"Kau gerak dulu. Aku bawak superbike aku pergi lapangan, aku ada benda nak beli dekat kedai" ujar Rayyan. Dia sarungkan helmetnya hitam dan menghidupkan enjin motor sebelum dia meninggalkan botak keseorangan disitu.
"Haih~ sedih aku tengok life diorang ni. Huru Hara! Kacau bilau! Tak tenteram hidup aku. Aku pun nak pergi kedai ni, seluar aku terkoyak hehe!" Ujar botak. Kereta sport mula tinggalkan kawasan laut.
Rayyan singgah di satu kedai baju. Nampak khusyuk dia tengok baju baju perempuan disitu sampailah mata dia berhenti betul-betul dekat satu baju ni, saiz nampak macam saiz budak kecik tu.. hmm belilah. Disuruh salah seorang pekerja kedai tersebut ambil baju dan dia membayar.
Tagline yang biasa digunakan untuk membayar adalah ' keep the chain'. Orang kayakan! Kita kena ada sifat dermawan pada orang tak kaya.
Setelah habis bayar baju, dia terus keluar dari kedai dan menuju ke motornya. Elok saja Rayyan berada ditengah jalan, satu kereta BMW hitam terus melanggar Rayyan dengan kuat. Kepala rayyan terhentak pada satu besi besar begitu juga tubuhnya yang tercampak pada kayu kayu tajam.
"Kau memang loser rimau. Hati kau tak kental nak lawan dengan boss aku!" Ujar salah seorang lelaki yang berada didalam kereta. Biarpun suara perlahan tapi pendengaran masih dapat tangkap setiap bait kata malah sebelum semua jadi gelap, disebelah driver dia nampak sam yang sedang memandangnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.
"Jangan tolong aku... teruskan lakonan..k.. kau" ujar Rayyan sebelum semua jadi gelap.
Sam hanya mampu memerhati, mahu ditolong takut kantoi dengan balak dragon. Tak tolong dia boss aku!!! Fuck!?
"Kau cakap kau nak jalan cari makan!?" Marah sam.
"Rilex bro. Alang alang cari makan, kita cari musuh..kita bunuh dia. Settle mana yang utama dulu." Ujarnya sebelum dia meninggalkan kawasan setelah terlihat ramai yang datang kearah rayyan.
*********************************
Alex meletakkan Hana diatas katil dengan berhati hati. Dia bercekak pinggang sebelum telefon berbunyi.
"Aku tengah busy lah. Call aku kej..." Jawab Alex.
"HAH BAGUS LAH TU. KAT SANA DAH MAMPUS YANG KAT SINI PENGSAN! KEJAP LAGI AKU NAK TIDUR!? BABI BETULLAH!?" Marah alex sebelum dia mematikan talian. Dinding ditumbuk dengan kuat sehingga kekuranya luka. Kanan dah luka, kiri pun luka?
Dia duduk ditepi katil sebelum pi gadis itu diusap. Satu senyuman dihadiahkan buat gadis kecil ini.
"Budak kecik macam kau tak sepatunya ada dalam keluarga ni tau? Bukan sebab kitorang benci kau tapi sebab sebelum mak kau dengan uncle kawin lagi kitorang dah tau apa akan jadi pada kau." Jelas alex. Dia mengeluh panjang.
" Aku nak ucapkan salam takziah dekat kau sebab mak kau dengan uncle dah tak ada" ujarnya. Alex mencium kedua jarinya dan jari yang dikucup sebentar tadi mendarat pada bibir gadis itu sebelum dia keluar dari bilik. Alex duduk di sofa empuk, dahinya disentuh kerana memikirkan orang yang dimalaysia sana tu. Siut betullah!
"Kalau aku balik, budak kecik tu siapa nak jaga! Kalau aku tak balik rayyan siapa pulak nak jaga kalau bukan aku? Nak harapkan balak balak dia, tau makan je! Alan? AHAHAHA mampu gelak je. Aku ni memang seorang yang bertanggungjawab ke?" Puji Alex sendiri. Tiba tiba dia terasa ingin menelefon si kembarnya.
Tut..Tut..
"Hello. Pahal?" Soal alan tiba tiba. Alex hanya tersenyum sebelum dia terdengar bunyi seorang perempuan yang terbersin.
"Who with you right now?"
"Tak ada siapa siapa pun. Aku jumpa budak sesat dalam semak tadi, ni nak bawak baliklah ni" Jawan alan ringkas.
Jumpa budak sesat? Heh? Kau yang bawak dia pergi semak ke canerrr.
"Hah! Kau buat apa dekat tangan kiri kau tadi? Kau fikir aku tak dapat habuan jugak ke cinabeng? Dasar mangkuk ayun betul! Nak buat tu fikir fikirlah sikit dekat aku ni!"
"Eh! Aku nak call kau ni nak tanya khabar jelah anjirr! Tak ada masa nak dengar leter kau!? Dahlah, buang masa je aku call kau" ujar alex sebelum dia mematikan talian. Kong datang dan duduk sebelah alex.
"Pahal muka berkerut seribu ni?"
"Tak ada apalah. Busybody betullah kau ni!" Marah alex.
"Yang didalam tu nak buat apa? Buat apa nak jaga dia? Dia boleh jaga diri sendiri kot!? Kalau dia mati pun, dia punya pasallah!" Jawab Kong marah.
"Dia tu cousin aku kong. Aku kenalah jaga dia, nak harapkan kau memang payahlah hidup!" Kata alex.
"Kau tau kan aku suka kau? Kau lebihkan dia dari aku! Aku tak suka" kata Kong pula.
Nak kisah apa? Kong ni mana ada agama! Ikut kepala dia ja nak buat apa. Nak jadi gay? LGBT? Heran apa? Bagi dia tuhan tu tak wujud. Bukan aku tak tau dia suka aku dah berapa lama! Hampir tiga tahun dia pendam perasaan cinta dia dekat aku! Geli.
"Pergi cari jantan lain yang okay dengan kau. Telur aku tak cukup besar untuk kau. " Jawab Alex ringkas. Dulu aku cakap baik baik tak nak dengar, kan dah kena dengan aku.
"Aku akan pastikan perempuan tu mati dalam tangan aku!" Marah Kong.
"Kau tau kan apa akan jadi pada kau? Kau nak lawan cakap aku?" Ugut alex. Dia memandang mata biru milik Kong sebelum dia memandang kearah lain. Kong sudah berlalu meninggalkan alex.
"Manusia sekarang memang ada nafsu pada dua jantina ke? Naik geli aku dengan Kong!"
Sekarang dia hanya memikirkan Rayyan yang terlantar di hospital.
Botak cakap dia ICU sebab ada gegaran yang kuat pada otak dia, kemungkinan dia hilang ingatan untuk sementara waktu. Fuck ah! Tapi okay jugak kan? Boleh aku jadikan dia hamba aku! Hehehe.
*******************************************
"Adam, awak nak bawak saya ke mana ni Adam?" Soal suzana. Tapi Alan hanya diam saja.
"Adam..."
"Kau memang selagi tak dapat jawapan memang kau akan tanya sampai aku jawab ke? Aku suruh ikut tu ikut jelah tak payah nak tanya banyak soalan! Aku rimas lah!" Kata alan tegas. Pening kepala otak aku ni lama lama berubah rambut aku!
Akhirnya suzana diam. Dia bermain tapi sesekali dia memandang wajah Adam. Kegemarannya adalah pada mata Adam, warna mata yang sangat jarang kita dapat tengok. Biru kehijauan! Indah ciptaan Allah SWT! Malah wajahnya juga bersih tanpa jerawat dan jeragat.. wajahnya yang mix itu boleh cairkan seksi saja yang pandang termasuk yang disebelahnya sekarang!
"Dah sampai."
Suzana memandang rumah agam tersebut. Rumah siapa ni???
YOU ARE READING
[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)
RomanceHana Ariqa seorang gadis kecil yang berusia dua puluh tiga tahun. Ibunya berkahwin untuk kali keduanya bersama seorang CEO resort..dari dia menjadi anak tunggal dalam keluarga, sekarang dia mempunya abang. Apa yang dia hajati untuk memiliki keluarga...