34

13.9K 468 24
                                    

SEBULAN KEMUDIAN...(sis buat terus sebulan kemudian ye hehehe)

Dragon sedang memerhatikan dari rumah banglo. Dia dapat lihat satu keluarga bahagia sedang berbual diberanikan sambil bergelak tawa.

Tapi fokus utamanya ada pada gadis yang duduk diantara ibu dan ayahnya. Perutnya sudah sedikit kelihatan bunting jika dilihat malah gadis itu juga tidak sedar akan kehadirannya disitu.

"Mana kau nak lari hah? Kau menyorok dekat lubang cacing pun aku boleh dapat cari." Ujarnya sendiri sebelum dia meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan tersebut. Senyumannya tidak lekang dari bibir.

Yana pula bukan tidak perasan. Dia perasan akan kehadiran sebuah kereta Honda Civic tersebut dan kereta tersebut adalah milik dragon. Wajahnya serta merta berubah.

Apa dia buat dekat sini? Ya Allah janganlah dia ada niat nak apa apakan keluarga aku.

"Yana? Kenapa muka kamu pucat?" Soal puan Zaiton.

"Tak..tak ada apa apa bu. Kepala ni rasa pening sikit, tekak rasa loya" bohong yana sambil dia memicit kepalanya. Pak Samad menggosok belakang tubuh anaknya.

"Eton. Pergi bawa yana masuk bilik, sapu ubat dekat kepala dia ni." Arah pak Samad kemudian puan Zaiton membawa anaknya masuk kedalam.

Pak samad memerhati mereka masuk kedalam sebelum matanya melilau melihat sesuatu.

Jangan jangan budak dalam kereta tu yang rosakkan anak aku! Astaghfirullahal'azim.

Alex duduk dihadapan kolam sambil vape dihisap.

"Hye sayang saya"

Alex menoleh ke kanan. Dia dapat lihat dengan jelas wajah syasya yang cantik itu ditambah dengan senyuman terukir di bibir. Vape tanpa sengaja terjatuh dari pegangan.

"Lama awak tak jenguk saya kan? Saya tunggu awak tau!" Ujar Syasya geram tapi dia kembali tersenyum lalu pipi jejaka itu disentuh dan diusap lembut.

"Saya rindu awak sebenarnya sebab tu saya datang jenguk awak. Nampaknya awak masih berdendam dengan orang yang bunuh saya tu ya.. janganlah awak susahkan diri nak balas dendam. Tak kemana pun dendam awak tu sayang" kata Syasya.

Alex memandang wajah suci milik Syasya. Sudah beberapa tahun dia tidak menjenguk pusara milik gadis ini. Air mata jantannya jatuh untuk kali pertamanya.

Tangan syasya digenggam erat. Ditarik tubuh gadis itu dan dipeluk seerat yang mungkin dan kalau boleh dia tak nak lepaskan langsung pun!

"Jangan tinggalkan aku sorang sorang dekat sini syasya. Kau tinggalkan aku tanpa kata kata! Kau mati sebab kau selamatkan aku!? Sepatutnya aku yang mati Syasya. Aku sayang kau syasya tapi kau buat aku macam ni!" Ujar Alex sebak. Syasya diam dan dia membalas pelukan jejaka itu sebelum tubuh jejaka itu digosok lembut.

"Saya pergi sebab ajal Alex. Awak kena percaya pada qada'dan qadar, awak kena terima yang saya ni tak ada dah dekat dunia ni. Saya pergi sebab saya sayangkan awak, saya cintakan awak."

"Lepaskan saya pergi sayang. Selagi awak tak lepaskan saya selagi tu saya tak tenteram nak pergi. Maafkan dragon, kita manusia tak lari dari buat salah dan dosa. Kita bukan malaikat alex" ujar Syasya lembut.

"TAK! Kalau kau sayangkan aku, kau tak akan tinggalkan aku! Kau tak akan biarkan aku macam ni" kata Alex.

"Percayalah cakap saya ni Alex. Saya pergi bermakna tuhan nak bagi awak someone special in your life. Mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak sebab tu tuhan ambil saya.. hidup tak senjanya indah Alex. Mungkin dengan cara macam ni boleh buat awak terus kuat dan tabah. Gadis tu pun dah boleh buat awak senyum.. jagalah dia macam mana awak jaga saya dulu. Lindungilah dia macam mana awak lindungi saya dan sayanglah dia macam mana saya sayang awak. Awak maafkan semua orang insyaallah awak akan tenang" ujarnya sebelum Syasya hilang dari pandangan.

"Bro..apa main peluk peluk ni? Buang tebiat ke bro?" Ujar Alan pelik.

Dari tadi dia peluk aku siap bagi ayat jiwang dah pahal!? Homo ke? LGBT? Jijik lah siuttt.

Alex yang mula tersedar dari alamnya mula melepaskan pelukan dan dia bangun dari duduk tapi alan sempat menghalang.

"Duduklah dulu. Kita berborak kejap"

"Malas" jawab Alex ringkas.

"Duduklah babi aku cakap! Kau nak jadi adik derhaka ke sial melawan cakap aku!" Arah alan tegas. Alex mengeluh sebelum dia kembali duduk.

"Benda yang dah lepas kita buang dari ingatan ni jauh jauh bro. Syasya dah lama tak ada Alex, lepaskan dia pergi. Apa kau dapat kalau kau tak redha dengan pemergian dia? Yes aku tau kau sayang dia gila babi, lebih dari kau sayang aku. Kalau aku jadi kau pun aku akan buat macam kau buat tapi kehidupan ni ada pasang surut dia. Kadang kadang kita pun tak tau benda ni lah yang jadi pembakar semangat kita untuk terus hidup dan terus maju kedepan." Kata Alan.

"You don't understand what i feel alan." Kata Alex dingin. Sedar tak sedar air matanya jatuh sekali lagi tapi dibiarkan mengalir.

"Kau kena faham. Ada hikmah kenapa dia pergi dalam hidup kau.. mungkin sebab tuhan tau dia tak sesuai untuk untuk kau Alex. Kau kena terima pemergian dia macam kau terima pemergian mama dan papa dulu." Kata alan lalu dia mengesat air mata adiknya itu.

Kadang kadang kita sebagai abang kena salurkan semangat dekat adik walaupun dia sendiri tak ada keyakinan. Tapi abangkan? Abang mana yang suka bila nampak adik dia sedih menonggeng? Bontot lawa tak pe jugak! Ni bontot macam bontot beruk hurmmm.

Bontot aku lagi cun.. nak tengok?

Belum sempat alex mahu membuka mulut, mereka terdengar bunyi tingkap pecah beberapa kali. Bunyi tembakan juga kedengaran beberapa kali ditingkat atas.

"Bunyi apa tu?" Soal Alan.

"Bunyi kentut kau!" Kata Alex sebelum dia bergegas menuju ke tingkat atas.

Time time ni bebal kau nak datang sorrylah brader!

BAMM!

Pintu dibuka sebelum mereka dapat lihat dua orang lelaki tumbang dihadapan kami bertiga..eh! Berempat.

"It's him"  ujar Rayyan sambil tangannya memeluk tubuh hana yang sedang tidur mati. Bunyi tembakan pun dia boleh tak dengar cuba kalau letak kentut Alex? Agak agak dia sedar tak?

"Who's him?"

"Dragon."

"Aku nak budak budak ni ketatkan lagi sistem keselamatan dekat rumah ni! Budak ni masih belum selamat lagi, budak budak dragon dan pandai masuk rumah ni tanpa Salam." Ujar Rayyan dingin.

"Aku nak bawak budak ni jauh dari sini. Maybe aku akan bawak dia pergi Langkawi." Kata rayyan.

"Kau siapa nak bawak dia jauh jauh? Kitorang boleh jaga dia" halang Alex.

"Cukup kau ambil kesempatan dekat dia.Sekarang dia hak aku. Memori aku 50/50 ada dalam otak aku walaupun aku tak ingat perempuan ni siapa." Kata rayyan. Dia mencepung tubuh gadis itu dan dibawa menuju ke biliknya.

"Alan. Suruh budak budak bakar sampah sampah ni..abu dia kau campak dekat sungai" arah rayyan.

Gadis kecil ini diletakkan diatas katil dengan berhati hati. Rambut lembut gadis itu diusap lembut sebelum dia mengucup dahi gadis itu.

"Biarlah nyawa aku melayang asalkan kau selamat"

Guyss sorry kalau bab ni tak best sangat. Mungkin Start dari hari ni and sampai bulan 12 sis jarang update sebab Start hari ni sis dah SPM..so yah sis nak fokus dekat SPM..

Kalau tak best sorrylah..sis pun rasa bab ni kelaut..

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now