Hana cuba lelapkan mata dan cuba memaksa dirinya untuk tidur tapi tidak berjaya! Jam dinding dilihat. 3 pagi..kira berapa ekor kambing pun tak boleh!!
Aduh! Apa aku nak buat pukul 3 pagi ni? Siaran mana ada! Takkan nak main kejar kejar pulak time ni? Gila ke apa?! Haih! Aku duduk beranda jelah kejap.
Hana bangun perlahan lahan. Tudung sarung disarungkan ke kepala dan kaki melangkah keluar dari bilik. Secara kebetulan Rayyan juga keluar dari bilik dan tersedar adiknya masih belum tidur.
Hana mula terpukau dengan ketampanan si abang pula pagi ni dengan t-shirt polo warna biru dan seluar jeans hitam. Bila tersedar cepat saja kepala dibelenggu dengan laju. Wake up Hana! Laki hati batu ni kau puji hensem! Tuih!?
Kaki mula melangkah menuruni tangga tapi tangannya sempat dipegang oleh Rayyan.
"Kau pahal tak tidur lagi ni budak?" Soal Rayyan dingin. Nak bercakap pun kasar! Takut aku!
"Saya tak dapat tidur. Saya nak duduk dekat beranda kejap" jawab hana sebelum dia menarik lengannya semula tapi makin kuat pegangan Rayyan terhadapnya.
"Kau lapar tak?" Soal Rayyan. Hana geleng kepala. Tak sampai beberapa saat Hana ditarik oleh Rayyan keluar dari rumah. Dihadapan kereta Audi milik Rayyan, Hana pandang pelik.
"Masuk." Arah Rayyan.
"Kita nak pergi mana?"
"Masuk je lah. Nanti kau taulah aku nak bawak kau pergi mana, memekak betullah budak kecik ni!" Jawab rayyan tegas.
Hana mula berfikir. Mana dia nak bawak aku ni? Pukul 3 pagi pulak tu! Dahlah aku tak kenal sangat dengan mamat ni, nanti dibuatnya dia nak apa apakan aku ke kan! Baik aku sediakan payung sebelum hujan!
"Tak naklah. Saya nak duduk.." belum sempat Hana menghabiskan ayatnya. Rayyan sudah memberi pandangan maut pada Hana terlebih dahulu.
Bagai ada aura lain pada diri jejaka ni! Bulu roma mula naik dan dengan kadar segera dia terus masuk kedalan kereta. Dah tak nak cakap banyak dengan lelaki ni! Seram!!
Rayyan mendengus sebelum dia masuk kedalam perut kereta. Enjin kereta BMW miliknya dihidupkan dan dalam beberapa minit dia mula bergerak menuju ke sesuatu tempat.
"Nama kau siapa?" Soal Rayyan tanpa memandang Hana.
"Hana ariqa. Panggil Hana je" jawab Hana.
"Aku tanya nama panggilan kau. Aku tak nak dengar nama penuh kau! Tak penting" kata Rayyan dan Hana hanya diam.
"Umur kau berapa? Belajar mana?"
"23 tahun. Belajar dekat Shah alam. Bidang perniagaan. Lagi tiga bulan habislah degree saya" jawab hana sambil bermain jari.
"Not bad. Bagus." Jawab rayyan.
"Kau ada adik beradik lain?" Soal Rayyan yang sudah mula mengenai hal peribadi.
"Awak je lah abang yang saya ada sekarang" jawab Hana ringkas.
"So dulu kau anak tunggal dalam keluarga lah?"
"Ye. Awak pun anak tunggal jugak kan?" Soal hana. Rayyan diam.
Hana pandang pelik. Aku salah cakap ke?
"Maaflah soalan saya ni buat awak sensitif. Okay saya dah tak tanya dah" kata hana. Lalu dia memandang keluar tingkap. Jalan dah tak banyak kereta. Yelah 3 pagi kan?
"Aku ada abang dengan adik tiga orang. Dulu hidup aku aman damai je sampailah satu hari, aku ke overseas sambung belajar pasal business sebab nak ambil alih syarikat keluarga aku dulu..cousin aku call kata rumah family aku terbakar. Semua rentung dan tak ada yang selamat dalam rumah tu. Aku dah tak sesiapa masa tu, cuma aku ada alan dan Alex saja sebab mak aku macam kau jugak, anak tunggal and ayah aku ada adik perempuan." Jelas Rayyan.
"Adik perempuan dia yang awak maksudkan tu mak Alan dan Alex ke?" Soal Hana dan Rayyan hanya mengangguk.
"Tapi mak diorang meninggal masa lahirkan diorang dan ayah dia pula mati bunuh diri sebab tertekan perniagaan kedai makan dia gulung tikar. Tapi alhamdulillah, kawan baik arwah ayah aku sanggup ambil kitorang jadi anak diorang"
"Jadi diorang semua tu..."
"Family angkat aku. Diorang lah yang kutip kitorang dan membesar sampai sekarang"
"Tapi kenapa awak anti dengan perempuan?" Soal Hana. Soalan itu menjadi tanda tanya dari tadi lagi dan dari pagi tadi lagi!
"Keluarga aku mati rentung dalam kebakaran disebabkan kena sabotaj. Mak aku punca keluarga aku mati..mak aku plan dengan someone untuk bakar family aku waktu semua tidur dan berjaya bakar rumah tu. Cerita dia perempuan tu benci dengan bapak aku dah lama..ada jugak dengar cerita banyak cara dia nak bunuh bapak aku tapi tak berjaya and plan akhir dia baru berjaya. Bapak aku pulak bodoh sebab tak tau yang perempuan tu curang belakang dia. Perempuan tu bercinta dengan bapak someone yang rancang kebakaran tu jadi sebab tu aku anti dengan perempuan termasuk perempuan dalam keluarga aku. Faham"
Hana anggukan kepala. Kalau aku mesti trauma doh.
"Dulu aku tak jadi macam ni. Dulu aku periang, selalu tersenyum. Tapi sekarang dingin and susah nak nampak aku senyum. Kalau aku senyum pun aku senyuman perli je."
Dari raut wajah seorang lelaki disebelah ini nampak saja dia dingin tapi bila diceritakan kisah tragis seperti tadi aku nampak dia tak kuat nak hadapi benda macam ni. Nampak kesedihan dia tadi.
"Dahlah..tak payah cerita pasal aku lagi, buang air liur aku je, buang masa aku, buat sakit hati, buat aku sedih dan cerita tu buat aku berubah 360 darjah" kata Rayyan sedikit tegas dan Hana hanya diam.
Vape dikelilingi dari poket seluar. Disedut dan dihembuskan asap pada tingkap yang terbuka tapi ada asap asap degil datang dekat aku. Bau mocha??
"Itu apa?" Soal Hana.
"Vape."
"Ouhh asap dia memang bau mocha eh?"
"Dahlah. Kau diam je Hana, malas nak cakap dengan kau" ujar Rayyan sambil dihembus asap tebal pada luar tingkap.
"Dia ada banyak flavour. Tapi flavour mocha ni favourite aku, memang aku selalu beli." Jelas Rayyan.
"Lain kali belilah coklat. Sedap."
"Aku tak suka coklat." Ujar Rayyan dan keadaan kembali senyap. Hanya suara dari nyanyikan mat Salleh yang di gigi birukan (bluetooth) oleh Rayyan saja sebagai peneman kami.
Restoran western menjadi tempat singgahan kami. Bukan kamu tapi Rayyan.
"Keluar" arah Rayyan. Aku pun keluar dan dia pun keluar dari kereta. Yang peliknya, even dah pukul 4 pagi kedai ni still ramai orang. Owner dia ni tak penat ke??
Sedar tak sedar Hana perasan yang Rayyan sudah duduk di dalam kedai tinggalkan aku sorang dekat sini. Duduk saja tempat, pelayan perempuan datang sambil membawa menu.
"Chicken chop dengan fresh orange. Satu je" ujar Rayyan sebelum menyerahkan semula menu tersebut pada pelayan.
Rayyan meliarkan matanya memandang sekeliling kedai itu dan dua orang lelaki yang duduk tidak jauh dari kami memerhatikan kami sambil mulut sedang bercakap dengan seseorang dalam talian.
Rayyan tersenyum sinis.. lakonan yang tak menjadi!
YOU ARE READING
[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)
RomanceHana Ariqa seorang gadis kecil yang berusia dua puluh tiga tahun. Ibunya berkahwin untuk kali keduanya bersama seorang CEO resort..dari dia menjadi anak tunggal dalam keluarga, sekarang dia mempunya abang. Apa yang dia hajati untuk memiliki keluarga...