33

14K 481 18
                                    

Tiga hari Yana terkurung didalam bilik. Tidak makan malah jika dia keluar pun, hanya ke bilik mandi saja kemudian dia masuk semula.

Puan Zaiton hanya mampu melihat bilik anaknya sahaja. Dia tau anak perempuannya ini sedang membawa satu lagi nyawa didalam perut itu setelah diceritakan yana tempoh hari.

Tapi entah apa yang merasuk tubuh ini.. diherdik, dimaki, dicarut anaknya sehingga anaknya itu mengasingkan diri darinya dan suami.

"Itulah awak! Bercakap biar pakai otak!? Saya tau lah awak tengah marah tapi dia tu anak kita! Anak kita tu mangsa rogol bukan dia rela ishh!!" Marah Pak Samad. Puan Zaiton diam.

"Habis apa yang saya nak kena buat sekarang?"

"Awak yang buat dia macam tu, awaklah yang fikir. Time susah baru nak nampak muka saya?" Sindir si suami kemudian dia pergi meninggalkan isterinya di situ.

Yana duduk termenung diatas katil, perut diusap lembut. Mata memandang luar.

"Mama minta maaf ye sayang? Kalau bukan sebab jantan tak guna tu, mungkin mama tak akan jadi macam ni tapi takpe mama tak salahkan sayang pun. Mama akan jaga awak sampai hujung nafas mama." Ujar Yana sambil tersenyum.

"Aku tak nak tengok muka kau.. aku tak nak jumpa kau! Aku benci kau!" Kata yana geram. Bila dia teringatkan dragon, hatinya bagai dicucuk jarum panas! Hatinya sangat sakit!

*****
KREKKK!

Bunyi seperti benda disepak membuatkan hana membuka matanya sedikit. Dia memandang sekeliling sebelum matanya tertacap pada satu tubuh yang sedang tidur ditepi katil.

Hana tersenyum. Dia bangun dan duduk atas lantai berhadapan dengan Rayyan yang sedang nyenyak diulit mimpi.

Dia kesiankan rayyan sebenarnya. Memang dia tak ada siapa nak tolong dia sedar ke? Kenapa waktu macam ni diorang lupakan Rayyan? Kan Rayyan dan buat macam macam untuk diorang??

Berapa banyak diorang aku sebut ni?

Dari mata yang tertutup sehingga bibirnya direnung hana. Tidak terlepas satu pun. Semuanya bersih cuma ada beberapa kesan calar dekat pipi. Sikit je!

"Saya maafkan semua kesalahan yang awak pernah buat dekat saya dulu. Saya sedar dalam hidup tak semestinya semua indah kan? Kadang kadang keperitan tulah yang jadi pembakar semangat kita" ujar Hana perlahan.

Kemudian matannya turun ke bahagian leher. Rantai bertali itu direnung sebelum tangannya menyentuh rantai itu tanpa sengaja. Jarinya tersentuh sedikit kulit dadanya.

Disebabkan baju kemeja Rayyan tidak dibutang sepenuhnya, dia dapat lihat ada sesuatu aneh pada tubuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Disebabkan baju kemeja Rayyan tidak dibutang sepenuhnya, dia dapat lihat ada sesuatu aneh pada tubuhnya. Didadanya terlihat seperti diconteng sesuatu.

Hana menyelak sedikit kemeja Rayyan sebelum dia nampak dengan jelas tatu berbentuk harimau. Hana terkejut sebelum dia mengerutkan dahinya.

Kenapa aku tak pernah nak perasan tatu ni? Aku tak pernah nampak atau dia baru buat??

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kenapa aku tak pernah nak perasan tatu ni? Aku tak pernah nampak atau dia baru buat??

"Ya Allah.."ucap hana sebelum tangan hana dipegang dan diletakkan didada Rayyan. Terkejut bila nampak rayyan terjaga dari tidur.

Mesti dia nampak apa aku buat tadi kan!

"Apa kau cuba buat tadi? Kau nak perkosa aku ke?" Soal Rayyan. Matanya digosok sedikit sebelum dia kembali memandang hana dengan tajam.

"M..mana ada." Ujar hana gagap.

Rayyan diam sebelum tangannya menyentuh dahi hana yang luka akibat perbuatannya tadi. Kalau nak fikir logik dia nak baling dekat Alex tapi salah sasar pulak.

"Apa hubungan kau dengan Alex? Kau ada apa apa ke?" Soal rayyan ingin tahu.

"Kenapa awak nak tahu? Awak nak buat.." belum sempat Hana mahu habiskan ayatnya tiba tiba tubuhnya dicepung dan dicampak diatas katil sebelum pintu dikunci Rayyan.

"Kalau aku nak tau apa masalahnya Hana? Kita kan sebelum ni pernah ada hubungan hmm?" Ujar rayyan. Lama kelamaan dia mula mendekati tubuh Hana.

Hana mula mengundur kebelakang tapi kakinya ditarik membuatkan dia terbaring. Peluh mula membasahi wajah dan tubuh hana.

Kalau aku tau benda ni jadi, aku buat buat pengsan sampailah dia blah.

Rayyan mula menghimpit tubuh gadis kecil itu sebelum pipi hana diusap lembut dan jarinya pula berhenti dibibir Hana dan diusap juga. Pin tudung Hana dibuka tapi dihalang oleh hana.

"Awak jangan pernah ulang benda dulu Rayyan." Ujar Hana dengan air mata mengalir. Rayyan tidak mengendahkan malah tudung direntap dan dicampakkan ke dinding.

Rambut gadis itu disentuh dan dicium sebelum jari lelakinya menyentuh leher jinjang milik hana yang sudah berpeluh.

"Rayyan..saya.."

Rayyan diam tapi jarinya mengesat air mata Hana kemudian baru dia berubah tempat. Dia duduk bersila disebelah hana kemudian tubuh Hana dicepung sekali lagi dan diletakkan diatas kakinya yang bersila. Tubuh kecil itu dipeluk malah rambut gadis itu diusap lembut.

"Aku tau kau takut dengan aku. Aku minta maaf pasal dahi kau tu.. tak terniat pun aku nak sakitkan kau hana." Kata rayyan perlahan. Rambut yang menutup separuh wajah gadis itu dibetulkan dan disisipkan ketepi telinga dan dia menyambung memeluk tubuh gadis itu.

"Aku masih mencari siapa aku. Aku tak kenal orang dalam rumah ni hana. memori aku kosong! Zero!" Ujarnya lagi.

Hana diam. Nak kata dosa bila dia dalam keadaan begini memang dosa! Bukan muhrim! Tapi aku rasa macam selesa, rasa selamat kalau dia ada. Biarlah dia jahat sekarang tapi akhir cerita dia baik. Dia tetap abang aku!

"Sa..saya ni bekas adik awak. Ayah awak kawin dengan ibu saya.. Alex dengan Alan tu saudara awak.. kembar tulah satu satunya keluarga yang awak ada" jelas hana. Dia seperti anak kecil ketika berbicara..dia kemudian mahu melepaskan diri tapi pelukan lelaki ni semakin kuat!

"Then mana mak ayah kita?" Soal rayyan.

"Diorang dah tak ada. Meninggal beberapa bulan lepas sebab terkena tembakan.." jawab hana sebak.

Bila terkenangkan ibunya, dia jadi sedih! Sebak! Bila dia dah tak ada baru kau nak hargai semua benda yang pernah dia bagi dekat kau! Baru kau nak sedar ibu tak ada ganti!? Baru nak terkenang semua benda?! To late!

"Kalau kau rasa nak nangis. Kau nangis je budak. Aku tau kau kuat, kau kena sabar bila kena uji" ujar rayyan. Kepala Hana diletakkan didadanya malah bagi gadis itu digosok lembut.

"Saya tak nak lepas ni saya hilang awak, Alex dan Alan. Saya dah tak ada siapa siapa." Kata hana. Rayyan diam malah dia masih menggosok lembut lengan Hana sehingga beberapa minit kemudian dia terdengar bunyi dengkuran halus dari hana.

"Tidur pula? Baru je sedar dari pengsan then tidur pula?" Omel Rayyan sendiri sebelum dia tersengih.

"Ingatan aku mungkin hilang tapi aku janji aku akan jaga kau sampai aku mati. Aku janji" ucap Rayyan sebelum dia mengucup lembut dahi gadis itu kemudian dia meletakkan gadis itu perlahan lahan diatas tilam. Dia mengusap lembut ubun ubun Hana kemudian tangan hana digenggam dan dikucup lama sebelum dia turun dari katil dan keluar dari bilik.

Guyss sis nak minta maaf kalau korang tak faham bab ni 😫..sis dah perah habis nak habiskan bab ni 😭..nak dekat lima kali sis tulis then padam dan ulang balik..malam ni baru dapat sikit idea tu..maaf kalau bab ni tak syiok hurmm.. mwahhh.

Kalau ada typo tu sorry.. korang tolonglah betulkan eh HEHEH..

[ C ] I'M YOURS MR RAYYAN (✓)Where stories live. Discover now