"Jungkook-shi. Lawanya tempat ni" Hanny mula teruja apabila matanya yang ditutup oleh Jungkook menggunakan kedua tapak tangannya kini dibuka dan terhiaslah permandangan yang cantik di hadapan mata Hanny. "Beautiful like you" sempat sahaja Jungkook memuji Hanny. Wajahnya Hanny sudah bertukar merah menjadi pipi tomato yang masak ranum. "Bunga ni lawalah Jungkook" Hanny membelek-belek setiap bunga yang disusun rapi untuk menarik minat pelancong. Hanny diiringi oleh Jungkook yang kedua tangannya di masukkan kedalam kocek seluar. Wajahnya tampak tersenyum gembira.
"Hanny" Jungkook menarik pergelangan Hanny menyebabkan gadis itu terus berada di dakapannya. Kepala Hanny diusap lembut. Ini kali pertama Hanny dipeluk oleh lelaki selain bapanya. "Saranghae" bisik Jungkook. Hanny memandang Jungkook tepat ke arah matanya. "Nado saranghae" Hanny memejamkan matanya untuk menunggu Jungkook menciumnya dengan penuh cinta.
"Hanny" Hanny tetap mengendahkan panggilan itu. Dia hanya mahu fokus pada ciuman yang akan mendarat di bibirnya yang berwarna pink itu.
"Park Hanny!" Hanny yang dibuai mimpi indah bersama Jungkook kini sudah jatuh di atas lantai kerana di sepak oleh kakaknya. Hanny sedikit mengeluh kerana bahagian pinggangnya sakit akibat hentakkan kuat yang berlaku. Sebaik tak patah. "Yahh unnie! Kejut elok-elok bolehkan" Hanny mula bangkit dan memandang unnienya dengan pandangan tajam yang mempunyai maksudnya tersendiri 'matilah kau'. "Unnie dah kejut elok-elok, tapi Hanny tak bangun. Jadi unnie sepaklah" senang sahaja jawapan yang keluar dari mulut unnienya yang bernama Park Sunhee. Reaksi wajahnya tampak selamba seperti tidak membuat kesalahan apa-apa. Hanny yang tidak mahu bertikam lidah bersama Sunhee terus mengambil keputusan untuk mandi supaya dia tidak lambat untuk ke sekolah.
"Dah siap terus turun bawah. Omma dah siapkan makanan" pesan Sunhee dan mengorak langkah menuju ke dapur.
++
"Pagi omma, unnie, appa" riang sahaja sapaan milik Hanny setelah selesai mendaratkan punggungnya di kerusi. "Pagi, gembira je anak appa sorang ni" tegur Tuan Park terhadap anak perempuannya yang tak berhenti tersenyum kambing di hapadannya. Sunhee pula sedang menyapu jam di roti yang dia ingin sediakan kepada Hanny. "Anak appakan sentiasa gembira. Contohilah Hanny bukan contohi Sunhee yang pagi-pagi dah sepak Hanny" Hanny memuji dirinya dan sempat jugak dia memerli Sunhee. Padangan Sunhee tajam memandang Hanny. Puan Park dan Tuan Park tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
Sunhee meletakkan roti yang sudah siap disapu jam di atas pinggan milik Hanny dengan sedikit kasar. Hanny menjeling Sunhee yang sudah membuat muka poker. "Asal jumpa gaduh, susah betul kamu dua ni nak baik. Bila baik, baik sangat. Sampai tidur pon nak sebilik" ujar Puan Park lalu menyuapkan roti ke dalam mulutnya.
"Hari ni appa hantar Hanny pergi sekolah he?" ujar Tuan Park setelah selesai bersarapan. "Tak payahlah appa. Hanny boleh pergi sekolah sendiri. Lagipun sekolah Hanny dekat je, dalam 10 minit jalan sampailah" Hanny cuba menolak perlawaan Tuan Park untuk menghantarnya kesekolah. Dia taknak susahkan appanya kerana jika Tuan Park menghantarnya kesekolah, Tuan Park perlu berpatah balik untuk menuju ke tempat kerja. "Betul ni? Tak menyesal?" Tuan Park menyoalnya lagi, takut-takut anaknya akan bersetuju untuk dihantar.
"Betul, Hanny setuju dengan keputusan sendiri" Hanny mula mengambil bag galasnya dan botol air yang sudah disediakan di ruang tamu. "Omma, appa, Hanny pergi dulu" laung Hanny dan melambai ke arah Tuan Park dan Puan Park lalu beredar meninggalkan perkarangan rumahnya kecilnya itu.
++
Hanny berjalan menuju ke sekolah seorang diri, jam tangan miliknya yang diutupi oleh lengan bajunya dia singkatkan sedikit. "Baru pukul 7:30" desis hatinya. Lagi 30 minit sesi pembelajaran dimulakan. Batu kecil dia sepak untuk menghilangkan rasa sunyinya. Maklumlah pergi sekolah pon sorang-sorang.
"Hanny!" nama Hanny di panggil dari arah belakang. Hanny cuak dan berasa terancam, dia melajukan langkahnya, tapi orang itu sempat memaut bahunya. "Lah, kau nak lari dari aku kenapa" Hanny memandang empunya suara. "Lah kau rupanya" Hanny menghembuskan nafas leganya kerana namja yang memanggilnya ialah Joshua, rakan sekelasnya. "Aku pikir pencuri mana tadi nak rompak aku" tangan Joshua yang masih berada di bahu Hanny dia alihkan. Hanny perempuan, jadi dia berasa malu jika Joshua terus memaut bahunya.
"Hanny, tunggu jap. Aku nak buang sampah" Joshua menyuruh Hanny untuk menunggunya seketika. Plastik roti coklat yang sudah tiada isi dia masukkan ke dalam tong sampah. Hanny menunggu Joshua dan matanya memandang sebuah kereta yang laju sahaja meluncur jalan raya.
Splashhh!
Baju Hanny yang bersih pada awalnya kini kotor kerana terkena percikan air kerana kereta itu melanggar lopak air yang berdekatan dengannya. Hanny mengesat wajahnya kasar. "Yah! Kereta tak guna! Abis kotor baju aku!" Hanny sempat mengecam nombor plat kereta tersebut. "Heh! Kena kau nanti!" Joshua menuju ke arah Hanny, dia sedikit terkejut dengan pakaian Hanny. "Kau mandi lopak air ke apa? Sampai baju kotor macam ni"
"Tadi ada satu kereta tu langgar lopak air ni. Lepas tu terkena aku! Macam mana aku nak pergi sekolah ni kalau selekeh macam ni! Kalau balik tak guna jugak sebab nanti nak patah balik dah makan masa" Hanny hendak sahaja menangis kerana baju yang baru dibeli oleh Tuan Park kini sudah kotor disebabkan kereta tak guna itu. "Nah, pakai dulu" ujar Joshua yang menghulurkan baju dan seluar sukannya. "Kau serious nak baju aku pakai? Nanti kau nak pakai baju apa time sukan nanti"
"Aku boleh je pinjam baju kawan aku. Dah kajja! Pergi kedai sana tu. Kat situ ada tandas" Joshua menolak Hanny sehingga dia sedikit ke depan. "Gomawo Joshua" Hanny berlari anak menuju ke tandas itu. Joshua pon turut mengikut langkah Hanny. Dia taknaklah tinggalkan Hanny sesorang nanti.
5 minit berlalu, tapi Hanny masih belum keluar dari kedai yang dia menumpang di tandas. Naik jenuh Joshua menunggu, badannya dia sandar pada dinding. Sempat dia menyumbat lolipop ke dalam mulutnya. "Baju kau besar weh" ujar Hanny yang menarik-narik lengan baju yang di pakainya. "Lipatlah, sini aku lipatkan" Joshua lantas menarik tangan Hanny. Dia melipat lengan baju yang menutupi tapak tangan milik Hanny. Setelah selesai lengan dilipat, Hanny terus berlari meninggalkan Joshua di belakang. Dia takut dia lambat untuk masuk ke kelas.
++
"Sebaik kau sempat sampai. Kalau lambat, tak masal kena lari satu padang" ujar EunJi selaku pengawas yang menjaga pagar sekolahnya itu. Termengah-mengah Joshua dan Hanny ketika sudah tiba di sekolah. Mana taknya berlari dia nak ke sekolah tadi. "Sebaik" balas Joshua. Hanny yang tercunggap-cunggap itu memandang tajam sebuah kereta berwarna hitam yang terparking rapi di tempat parking kereta. Nombor plat kereta dia perhatikan dengan pandangan mata yang tajam.
"Gotcha"
.
.
.To be continue.
YOU ARE READING
Sticky Note
Teen Fiction"Saranghae Sir Kook. HY♡" Ayat yang tertera di dalam sticky note yang kecil itu. "Siapa kau HY?" ------- "He is mine! No one can steal him from me! Kau paham tak!"