Masuk seminggu Tasha terlantar. Hanny pula sudah ke sekolah semula kerana di paksa oleh Puan dan Tuan Park. Tapi sejak pergaduhan antara EunMi dengan Hanny dan kes Tasha, Hanny menjadi seorang yang pendiam. Tidak bercakap, dia hanya akan menjawab soalan penting bila orang tanya. Sekarang yang sentiasa dengan dia ialah Aurora. EunJi? Waktu sekarang dia hanya menemani EunMi.
Semasa di dalam kelas, Aurora yang duduk di sebelahnya sebab Aurora tak nak Hanny rasa sunyi. Jungkook? Lepas kes first kiss dia dicuri, rahsia dia seorang secret admire terbongkar. Hanny tidak menegur Jungkook malah menjauhkan diri walaupun Jungkook mencarinya. Dia perlukan masa.
"Hanny, omma aku ada suruj aku bawak kimchi lebih. Amik lah" Aurora menghulurkan semangkuk kimchi. Tapi di tolak Hanny. "Tak nak" balas Hanny lalu meneruskan renungannya.
"Bangun class" arah Mingyu selaku ketua kelas, act Mingyu bukan Minggu tau. Semua murid berdiri. "Morning teacher Hanna"
"Morning teacher Hanna" serentak pelajar kelas itu membalas. "Duduklah, hari ni saya tak akan mengajar" ujar Hanna. "Kenapa teacher?"
"Saya takkan mengajar selagi Tasha tak sekolah. Saya tak nak dia ketinggalan. Jadi kamu semua bacalah bab yang tak paham tu dulu" terang Hanna.
"Tchhh, menyusahkan betul ah Tasha ni! Sebab dia kita tak belajar"
"Baguslah, harap Tasha uh koma lama sikit" balas seorang yeoja. Bahunya di pukul kuat "Kau ni. Patutnya doakan yang terbaik, bukan suruh makin tak bangun"
Tokkk tokkk
Pintu luar di ketuk, semua murid memandang kecuali Hanny. Dia tetap memandang ke luar tingkap, memandang ke arah pokok dan pondok di mana ahli Blink selalu lepak.
"Hanny, Aurora" panggil Hanna. Mereka dua memandang Hanna serentak. "Kamu berdua boleh ikut Sir Jungkook sekarang" arah Hanna. Mereka berdua terpingga-pingga.
Mereka berdua berdiri dan terus mengikut jejak langkah Jungkook.
"Nak pergi mana Sir?" soal Aurora, Hanny yang di sebelahnya hanya mendiamkan diri. "Tengok Tasha"
"Ada apa dengan dia?" soal Aurora lagi. "Dia dah sedar"
Mimik muka Hanny mula bertukar, wajahnya kembali ceria.
++
Hanny terlebih dahulu jalan di hadapan bersama Aurora, Jungkook pula berada di belakang. Tiba di hadapan pintu bilik wad, Hanny pantas memulas. Ternampaklah lima orang manusia yang berdiri di sisi Tasha. Di wakili seorang namja dan empat orang yeoja."Tasha!" jerit Hanny, dia terus berlari menuju ke arah Tasha. Badan Tasha di peluk, "Aku rindu kau bodoh"
Tapi Tasha malah menolak. "Wait, who are you?" soal Tasha. "Kau tak kenal aku ke? Aku kawan kau, sahabat kau. Jiran kau!" terang Hanny. Jungkook yang berada di situ terus menarik Hanny. "Sabar, ni lah sebabnya kenapa aku bawak kau, dengan kawan kau semua" ujar Jungkook. "Jap, kau siapa?" soal Hanny yang menunding jari ke arah seorang yeoja yang duduk di kerusi bersebelahan katil Tasha.
"Aku Hayeon. Kau Hanny?"
++
"Okay, sekarang ni doktor ada bagitahu dekat omma Tasha yang Tasha hilang ingatan. So 50 peratus dia lupa pasal korang semua" ujar Jungkook. Sekarang ni diorang semua duduk dekat cafe hospital. Berkumpul kat situ.
Aurora, EunMi, EunJi, Hanny dan Taehyung semua di situ. "Fuhh, tapi Sir. Kenapa tak ajak Hayeon sekali? Kenapa dia ikot?" soal EunJi pula.
"Heyeon cakap dia nak melawat. Dia kesian dekat Tasha sebab tu aku bawak dia" balas Taehyung. "Abis Hayeon tak join kita berkumpul kenapa?" soal EunJi lagi. Sila flip EunJi ni, banyak soal dia ni.
"Tasha cakap dia ingat Hayeon je, yang lain tak. Lagipun Tasha yang minta Hayeon teman dia" sampuk Jungkook pula. "Kita orang yang empat tahun dengan dia, tapi kenapa Hayeon yang dia ingat?" Hanny pula bersuara.
"Aku tak tahu, sekarang ni kita sama-sama tolong Tasha. Dia pon tak ingat Taehyung, Joshua. Yang dia ingat Hayeon dengan omma dia"
++
"Terima kasih tau sebab jaga aku sekarang ni" ujar Tasha, Hayeon yang berada di sebelahnya hanya tersenyum. "Sama-sama, by the way, kau takkan tak ingat diorang?" balas Hayeon yang di akhiri dengan soalan. "Tak, kau kenal? Kalau ye, siapa diorang?"
"Ouh, diorang tu musuh kau, actually diorang datang sini sebab nak guna kesempatan tu. Kononnya amik berat" jawab Hayeon sambil mengosok kukunya. "Ouh, betul ke? Aku tengok baik je" balas Tasha. "Haha memang nampak baik. Tapi kau tahu penderitaan yang aku rasa waktu dia gunakan aku dulu. Aku taknak sahabat aku jadi mangsa seterusnya. So Tasha, aku mohon jauhkan diri kau dari diorang. Aku kan kawan kau" rayu Hayeon.
"Nae"
"Hahah, bodo noob. Makin senang kerja aku" bisik Hayeon.
++
Hanny dengan riangnya berjalan menuju ke wad Tasha. Tangannya berisi cake coklat yang Tasha gemari. Tiba di hadapan pintu bilik dikuak, tapi rambutnya di rentap dari belakang.
"Sakit bodoh!" marah Hanny terhadap yeoja yang menarik rambutnya. "Opps sorry, kau halang jalan aku nak jumpa sahabt baik abadi sejati aku"
"Kau nak apa Hayeon? Aku tak ada cari pasal dengan kau. Wait, tang mana kau jadi kawan baik abadi sejati si Tasha uh. Tang ketiak kau yang berbau busuk kalah bangkai babi tu ke?" ujar Hanny yang sempat memerli Hayeon.
"Tak lah, tang sticky note kau yang murah tu. Ouh tu Tasha punyakan. Meh sini" Hayeon terus merampas bungkusan Cake coklat itu. "Bagi baliklah bajingan. Aku punya babi" Hanny berusaha merampas, tapi Hayeon dengan kasarnya menolak Hanny sehingga terduduk.
"Bodoh, Tasha tak ingat kau dah ah. Mampos sana" Hayeon terus membuka pintu wad itu. Tasha yang tadinya membaca majalah terus memandang Hayeon.
"Tasha, aku bawak kek peberet kau. Kek coklat"
"Jinja! Gomawo, kau lah kawan baik sejati abadi aku"
.
.
.To be continue
YOU ARE READING
Sticky Note
Teen Fiction"Saranghae Sir Kook. HY♡" Ayat yang tertera di dalam sticky note yang kecil itu. "Siapa kau HY?" ------- "He is mine! No one can steal him from me! Kau paham tak!"