Matahari yang menyinari bumi itu langsung tidak menyilaukan mataku yang sudah ditutup dengan kain putih. Yang aku nampak hanyalah kegelapan.
Kerusi rodaku disorong entah kemana. Lambaian tumbuh-tumbuhan tidak dapat aku lihat.
"Tunggu jap ae. Aku belikan air" ujarnya. Aku menganggukkan kepala. Aku ditinggalkan seorangan, aku hanya mampu mendengar jeritan kanak-kanak kecil. Bahagianya mereka.
Aku bangun daripada duduk di kerusi roda. Tanganku, aku lunjurkan kehadapan cuba meraba-raba dihadapan. Aku terus maju kehadapan.
Debuk!
"Adui" rintihku setelah jatuh tersungkur. "Gwenchana?" sapa seseorang, tangannya ralit membantu aku bangunan.
"Nae, gomawo" balasku, reaksi wajahnya tidak dapat aku tafsir.
"Jung Tasha?" soal lelaki itu, aku mengangguk. "Ni siapa?"
"Saya Sehun, inspektor Sehun"
++
"Yeobo, dah dua hari anak kita tak balik!" Puan Park menjerit kuat, bergema rumah mereka. Tuan Park di sisi cuba menenangkan isterinya."Eunbi, sabar. Hanny balik punya, kita tunggu je".
"Ni semua salah yeobo! Awak desak Hanny kahwin dengan Joshua! See? Hanny lari dengan lelaki mana tah!" Puan Park terduduk dikerusi, wajahnya ditekup menahan air mata daripada menitis ke lantai.
"Omma, ada orang nak jumpa omma dekat luar" ujar Sunhee.
"Siapa?"
"Jungkook"
++
"Apa dia? Apa bende yang Jungkook nak cerita dengan ahjumma?" soal Puan Park setelah beberapa minit tadi Jungkook mendiamkan diri
"Ni bende yang mungkin ahjumma dengan ahjushi tahu"
"Apa dia Jungkook? Terus terang saja, mungkin kami boleh bantu" sampuk Tuan Park. Jungkook menangguk.
Nafas berat dia hembus, kemudian dia menyedut nafasnya semula.
"Saya yang bawa Hanny lari" ujarnya. Lega sikit rasanya selepas memberitahu hal yang sebenar.
Pantas Tuan Park menarik kolar baju milik Jungkook menyebabkan badannya kehadapan.
"Kau buat apa dengan anak aku!" teriak Tuan Park. Jungkook perlahan-lahan menarik tangan Tuan Park dari terus mencengkam kolar bajunya.
"Yeobo, sudah" Puan Park pula cuba meleraikan perbalahan antara Tuan Park dan Jungkook.
"Okay!" balas Tuan Park lalu menolak Jungkook sehingga terduduk semula ke sofa.
Jungkook membetulkan dudukannya. Kolar baju juga dia betulkan.
"Mungkin Agak klishe dan agak bodoh. Tapi, saya cintakan Hanny. Saya tak sanggup tengok dia berkahwin dengan lelaki yang menganiaya maruahnya" bidas Jungkook.
Tuan Park yang mukanya bengis kini sudah kurang kebengisan.
"Aniaya? Maksud kau?" soal Tuan Park yang masih terpinga-pinga.
"Joshua, bukan niat dia nak rogol Hanny. Tapi dia dipaksa, dia diugut" sampuk seseorang yang melangkah masuk ke dalam rumah Tuan Park itu.
"Abistu?"
"Tu semua kerja Hayeon dan EunJi"
"Betul ke semua ni Mingyu? EunJi? Kawan baik Hanny sanggup buat macam tu?" soal Puan Park yang semakin keliru dengan kekelingan kisah itu.
"Dia nakkan Jungkook"
++
"Inspektor nak apa dari saya?" soal Tasha yang kini duduk di sebuah bangku bersebelahan dengan Sehun. Sehun sedikit simpati dengan gadis yang baru sahaja berumur 18 tahun itu. Muda-muda lagi dia sudah menderita.
"Awak tahu siapa yang langgar awak masa depan mall dulu?" soal Sehun. Tasha mengangguk.
"Awak ingat nama dia?"
"Saya tak ingat. Tapi yang saya tahu siapa ketuanya" balas Tasha. "Kenapa awak tak nak laporkan pada pihak polis hal ni?"
"Bukan saya tak nak. Tapi saya di ugut, di ugut bunuh. Nyawa omma saya dalam ancaman masa tu. Saya fikir dengan simpankan bende ni, semuanya akan okay. Tapi tak, dia tetap ambil nyawa omma saya. Omma saya tak bersalah" ujarnya, jelas ada air mata jernih mengalir di pipi gadis itu. Tapi pantas diseka oleh Sehun.
"Siapa dia?"
"Nama dia Hayeon"
"Dia yang seksa awak juga ke?" soal Sehun.
"Hmm"
"Bagitahu, awak akan selamat" pujuk Sehun. Dia tahu mungkin berat untuk gadis itu memberitahu siapa puncanya. Tapi dia tetap malu selesaikan kes berat itu.
"Hayeon juga"
++
Hanny terduduk termenung di tepi tingkap rumah agam yang besar itu. Sudah dua hari dia tinggal bersama Jungkook. Pakai dan makannya sudah dijaga rapi oleh Jungkook.
"Buat masa sekarang, kau kena duduk sini. Kau tak selamat bila keluar"
Kata-kata Jungkook itu masih terngiang-ngiang di telinga kiri dan kanan Hanny.
Apa yang dimaksudkan dengan ancaman tu? Soalan itu juga tertanya-tanya pada dirinya. Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan.
Mungkin Jungkook sayang pada dirinya sebab itu Jungkook membawanya lari pada waktu perkahwinan itu. Jika tidak mungkin dia sudah bergelar isteri kenapa lelaki yang cuba mecabulinya.
"Hanny! Hanny!" jeritan seorang orang gaji memanggil namanya. Hanny segera keluar dari bilik itu. Dia lihat orang gaji milik Jungkook sudah tergesa-gesa lari ke arahnya.
"Lari Hanny" arah makcik itu. Hanny panik. Lari? Apa yang dia perlu lari?
"Apa ahjumma ni? Suruh Hanny lari?"
"Lari Hanny, selamatkan diri. Dia nak bunuh Hanny. Lari Hanny" ujar makcik itu. Dia menolak Hanny supaya keluar dari rumah agam ini.
Bang!
"Hanny! Mana kau?!" jeritan itu sudah jelas yang dirinya sedangkan diburu. Makcik itu pantas menarik lengan Hanny. Pintu rumah belakang di buka.
"Selamatkan diri Hanny, pergi Balai polis. Call Jungkook. Amik telefon ni. Lari Hanny!" makcik itu terus menolak Hanny. Hanny terus berlari. Dari jauh dia dapat lihat, makcik itu dipukul kuat dengan menggunakannya kayu hoki.
Air matanya menitis, saat itu. Dia tertanya-tanya, mana sahabatnya yang lain. Adakah semuanya selamat.
Dia terus lari meninggalkan kawasan rumah agam yang sudah tidak selamat itu.
Pada masa yang sama, dia sudah dapat jawapan pada soalan yang tidak terjawab tadi.
"Omma, appa"
.
.
.To be continue.
Kekelingan dan kebabunan sudah datang. Hahaha, sorry. Aku tahu tak Best, hahaha.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sticky Note
Teen Fiction"Saranghae Sir Kook. HY♡" Ayat yang tertera di dalam sticky note yang kecil itu. "Siapa kau HY?" ------- "He is mine! No one can steal him from me! Kau paham tak!"