"Benon, Benon" panggil EunMi yang berjalan di belakang Vernon. Hari ni si Vernon suruh EunMi teman dia makan. Member Seventeen dia yang lain entah kemana. "Bende?" garau sahaja suaranya menyoal EunMi. "Kalau aku bukak cermin mata ni. Pakai lens okay tak?" soal EunMi yang berjalan sambil memandang lain. Vernon terus menghentikan langkah, badannya terus di pusingkan memandang EunMi. "Betul ke apa yang aku dengar?" desis hatinya. Jujur, pada diri Vernon, EunMi nampak cantik bila tidak bercermin mata. Tapi dia lebih suka jika gadis itu tidak menarik perhatian lelaki lain dengan memakai cermin mata.
EunMi yang berjalan tanpa memandang hadapan dengan tidak sengaja terlanggar badan milik Vernon. EunMi terkejut, dia ingin menjauhkan diri dari terus rapat di badan Vernon tapi sayang. Badannya terus dipeluk Vernon. Vernon meletakkan kepalanya di atas kepala EunMi. Nampak tak yang EunMi ni pendek. "Benon, nanti orang nampaklah ayam" ujar EunMi dia cuba meleraikan pelukan. Tapi Vernon masih memeluknya. "Kau, kau cantik bila pakai lens-" soalan EunMi tadi, baru sahaja di jawab Vernon. Pipi EunMi sudah merona merah, dia bangga bila orang puji dia.
"Jinja?!" soal EunMi beria lalu meleraikan pelukan, hendak sahaja EunMi berguling di lantai kerana di puji. "Aku tak habis cakap lagi. Sini aku abiskan, kau cantik bila pakai lens putih je yang tak nampak anak mata hitam" sambung Vernon. "Asal pulak?" EunMi menyoal lagi. Rasanya dia tidak puas hati dengan jawapan yang Vernon beri. "Sebab muka kau macam hantu" balas Vernon lalu berlari meninggalkan EunMi di belakang.
"Yah! Tak guna punya Benon beruk!"
++
+Jungkook pov+
Selepas aku berehat bersama Taehyung, aku mengambil keputusan untuk ke tandas. Well this my first day teaching here. Kata pengetua, aku akan mengajar di kelas ke-2 untuk umur 18 tahun selepas rehat. Wajahku yang dipantulkan di cermin tandas aku pandang. Setiap sisi mukaku aku lihat. Ada seketul anak jerawat yang sedia ada di atas keningku. Jam tangan yang ditutupi oleh kemeja, aku selak. Masa berbaki 10 minit sebelum waktu rehat tamat.
Aku tanpa melengahkan masa terus berjalan meninggalkan tandas guru lelaki. Niat nak masuk kelas lebih awal, senang sikit. Masuk awal, kenal budak yang bakal aku ajar awal. Tanganku aku seluk ke dalam kocek seluar. Wajahku sedikit gatal, aku mengeluarkan semula tangan belah kananku untuk mengaru. Kertas kecil berwarna pink yang aku dapat dari peminat terjatuh ke lantai. Aku tunduk sedikit aku mengambil.
Aku nak buang sticky note tu, tapi sayang. More better aku simpan buat koleksi. Aku memasukkan semula kertas itu ke dalam kocek. Tanpa berlengah, aku terus bergegas menuju ke kelas pertama yang akan aku ajar kerana tinggal 5 minit sahaja masa yang tinggal. Tingkat dua aku tuju. "Kan bagus kalau ada lift. Takdelah penat" bisik hatiku. Penat tau naik tingkat dua ni. Setelah sampai ke anak tangga yang terakhir, aku tersenyum gembira. Tak perlulah aku berpenat nak turun semula. Aku mencari kelas yang aku tuju, aku berjalan dan akhirnya jumpa pintu yang tertera nama kelas yang ku tuju. Aku menghembus nafas dalam. Harap-harap pengajaran hari ini berjalan lancar.
Aku melangkah masuk ke dalam kelas itu, pelajar yang duduk berkumpul secara automatik bergerak ke tempat masing-masing. Anak-anak dara melihat aku dengan padangan mata yang bersinar-sinar seperti berpeluang untuk menguratku. Okay itu aku saja je. Mataku tertancap pada seorang gadis yang aku pernah berikan kenyitan mata padanya. Sebelahnya pula ada seorang gadis yang Taehyung ceritakan kepadaku pada waktu rehat.
Aku berdehem seketika.
"Bangun, good morning sir Jungkook" ujar ketua kelas. Pelajar-pelajar yang lain mengikut apa yang dikatakan oleh ketua. "Sit" suruhku, mereka semua terus duduk dan mengeluarkan alatan lukisan. First day kerja dah mengajar? Please, itu bukan aku.
YOU ARE READING
Sticky Note
Teen Fiction"Saranghae Sir Kook. HY♡" Ayat yang tertera di dalam sticky note yang kecil itu. "Siapa kau HY?" ------- "He is mine! No one can steal him from me! Kau paham tak!"