Cuaca pada tengah hari itu amat panas. Langit membiru, bebas daripada awan. Hangatnya menyelar tubuh-tubuh manusia yang terdedah dengan pancarannya. Ironinya, suasana panas terik begitu membuatkan nostalgia silam hadir ke ruang ingatan lalu mengocak secebis ketenangan yang didambakan.
Jungkook melangkah masuk ke sebuah restoran yang agak sesak dengan pengunjung. Restoran itu hanya disediakan kipas angin yang berputar ligat di siling.
Matanya terpaku ke arah seorang pelayan perempuan bertubuh kecil molek yang melangkah ke arahnya.
"Minum apa encik?" soal pelayan itu sebaik sahaja berdiri di tepi mejanya.
Bau semburan minyak wangi yang berjenama murah itu menusuk ke hidungnya.
"Air buah ada tak?"
"Ada encik" balasnya. "Kalau macam tu, bagi saya air epal ajelah." Pelayan itu mengangguk. "Makan?" soalnya lagi. "Minum aje" jawab Jungkook selepas melempar senyuman mesra.
Suasana panas terik begitu membuatkan tekaknya sangat dahaga dan berharap agar pelayan itu secara meninggalkannya.
Dia menarik nafas lega setelah pelayan itu berlalu.
Kesempatan itu diambilnya untuk menenangkan fikirannya sambil memerhati ragam orang di sekelilingnya.
Lebih kurang 10 minit kemudian, minuman yang dimintanya sampai. Dia menyedut air epal yang manis dan sejuk itu dengan rakus.
++
Aurora mengambil kesempatan waktu rehat disekolahnya itu dengan menyendirikan dirinya di taman yang jarang dikunjungi oleh pelajar lain.
Walaupun EunMi sudah berbaik dengannya, Aurora masih mahu menyendiri buat masa ini. Kejadian dua hari lepas masih menghantui dirinya.
"Apa aku nak buat ni. Macam mana aku nak bagitahu dekat Jungkook" getus hatinya. Kepalanya yang dua hari lepas terhantuk pada meja itu sudah sembuh. Tapi amarahnya terhadap gadis yang bernama Kang EunJi masih belum pulih.
Dia termenung sejenak, dia mungkin baru sahaja berkenalan dengan Hanny. Tapi sayangnya terhadap Hanny sebagai seorang sahabat tak boleh dielakkan. Pelbagai cerita yang sudah dia ceritakan setiap kali bertemu. Yang seronok mahupun sedih.
Dia juga sedih melihat Hanny yang kemurungan dan mengurungkan dirinya di bilik. Belum lagi dengan kes Tasha yang ingatannya sedikit pulih.
"Mak ai, kau termenung sambil makan roti? Boleh kenyang ke?" tegur Suga ketika melihat Aurora yang termenung sendiri. Aurora memandang suga dengan muka pokernya. "Ehh sir, takkan nak makan sambil termenung pon tak boleh?"
Suga menjuih bibirnya. "Bahabi cute siyelll!" gerutu Aurora di hati.
Suga mendaratkan punggungnya di sebelah Aurora. Sebelum dia duduk, sempat dia mengangkat bajunya supaya tidak kotor.
"Kau ada masalah ke?" soal Suga yang melihat tingkah laku Aurora yang nampak pelik seperti ada sesuatu yang berlaku. "Tak ada"
"Kau kalau ada masalah, atau bende yang penting kau kena bagitahu aku" ujar Suga lalu menebuk air kotak perisa susu yang baru dibelinya di kantin tadi.
"Sebenarnya, ni pasal kes Hanny aritu"
++
Taehyung melangkah keluar dari bilik guru tatkala jarum jam menunjukkan angka 3:20 tengah hari. Dia melangkah menuju ke kelas Hanny. Dia melihat Tasha dan Hanny tiada di tempat duduknya. Matanya melingas mencari-cari kelibat kekasih hatinya itu.
"Agaknya Tasha dah balik rumah kut" bisik hati Taehyung sambil meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.
Walaupun Taehyung adalah seorang guru, tetapi dia bukanlah robot ataupun mesin. Guru juga sama seperti manusia yang lain. Badannya juga keletihan. Sesekali virus atau kuman juga hinggap ke tubuhnya.
Dia menaiki kereta Honda dan memandu pulang ke rumah sewanya yang terletak hanya lima kilometer dari sekolah tempat dia mengajar. Temu janjinya untuk berjumpa dengan Jungkook pada pukul 5:30 petang nanti.
Masih ada masa lagi untuk dia berehat dan menyediakan makanan ringkas.
Tiba di hadapan rumah sewa itu, Taehyung memakirkan keretanya di garaj. Dia keluar dari perut kereta. Semasa dia melangkah menuju ke pintu rumahnya, dia ternampak sebuah basikal berwarna pink yang berada di halaman rumahnya.
"Basikal siapa pulak ni?" soal hatinya. Dia menguak pintu dan melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Annyeong, aku dah balik" sapa Taehyung setelah masuk ke dalam rumah itu.
"Nyeong, haa Taehyung. Yeojachin kau ada kat dapur" balas Jin. Taehyung terpingga "Tasha?"
"Yelah, takkan Sajat pulak" Jin membalas, terkekeh Jin saat itu tapi Taehyung tidak menjawab dan terus menuju ke dapur.
Ternampak satu figura perempuan yang sebuk memotong sayur di dapur rumah bujang itu. Mungkin menyediakan makanan untuk Taehyung.
"Tasha?"
"Ehh sir dah balik. Ops, I mean oppa" balas Tasha selepas di tegur Taehyung lalu meneruskan tugasnya. Sayur yang baru dipotong Tasha tadi disusunnya di atas aluminiun foil. Dicalit-calitkan dengan sedikit mentega di atasnya.
"Ehh mak kau hijau!" latah Tasha saat pinggang rampingnya itu dipeluk dari belakang. Dia meronta ingin dilepaskan.
"Kau masak? Kau buat apa kat rumah aku ni?" soal Taehyung lalu meleraikan pelukan.
"Ye saya masak, bukan sajat. Sebenarnya, saya ada bende nak cakap dekat sir" balasnya lalu memasukkan bungkusan aluminium foil itu ke dalam oven. Masa memasak dilaraskan selama 15 minit.
"Kau nak cakap apa?" soal Taehyung lalu menarik kerusi didapur dan menghempas punggungnya di situ.
"Saya-"
"Saya apa Tasha?"
"Saya dah tahu, siapa yang langgar saya dan siapa puncanya"
.
.
.To be continuee.
Gaisss!!! I think Sticky Note dah nak abis! Hahaha keep read and vote. Gomawooo readersss 💕
Sorry chpter ni pendek je. Dalam 700+ word. Okay bye ii.
YOU ARE READING
Sticky Note
Novela Juvenil"Saranghae Sir Kook. HY♡" Ayat yang tertera di dalam sticky note yang kecil itu. "Siapa kau HY?" ------- "He is mine! No one can steal him from me! Kau paham tak!"