Hanny termenung memandang keluar tingkap di sebelahnya. Kelas dia? Jangan cakap, riuhnya macam dekat pasar ikan. Mana cikgu? Mesyuaratlah apa lagi. Hanny ni jarang bercakap dengan orang lain, dia lebih selesa bila berbual dengan kawan dia sendiri.
Pap!
"Ehhhhh meja kau terbang ke sana!" Hanny termelatah saat mejanya di ketuk oleh Tasha. Hanny memandang Tasha dengan pandangan 'kau nak mati apa?'. Bukannya apa, Hanny ni jarang melatah, tapi bila dia melatah, kalah makcik bawang kat luar sana. Sebaik sebahagian je dengar, kalau sekelas? Maunya namanya dia naik sebagai Gadis Paling Melatah. "Hehehe, mianhae" Tasha tersenyum kerang busuk di hadapan Hanny yang tak lepas memandangnya tajam. "Alah, janganlah tengok aku macam tu. Takut saya" okay kalinie Hanny dah tak memandang tajam Tasha. Dia mengeluh sedikit.
"Apa niat kau? Nak cakap apa?" soal Hanny, Tasha terus melabuhkan punggungnya kerusi hadapan meja Hanny. Wajah serious dia tunjukkan. "Takkan kau tak tahu yang sekolah kita ni ada tujuh orang cikgu baru" wajah Tasha dah tampak beria, dia ni memang. Kalau bab gosip memang tak kalah. "So? Apa kena mengena?" aduh Hanny ni, serious sangat pehal? "Saja bagitahu. By the way, katanya diorang hensem gila. Tapi aku tahu ah, Sana yang cakap"
"Sana tu memang. Asal cikgu, budak baru je hensem. Bosan aku" balas Hannya yang mula membuka buku latihannya. Buku latihan Tasha yang berasa di bawah meja sebelah dia keluarkan. "Kau pon sama. Madah nak meniru" Tasha memerli Hanny dan membuat muka tiada perasaan.
"Attention kepada semua pelajar, sila turun ke dewan sekarang kerana ada ucapan penting yang pengetua sekolah ingin beritahu. Siaran ulangan takkan diulang kerana ini hanya secara live. Ikhlas daripada pengawas paling kacak di sekolah Vernon"
"Ni mesti nak cakap pasal cikgu baru lah tu" ujar Tasha yang bersandar di kerusi miliknya. "Dah ah jom. Kang lambat si Benon tu marah pulak" Hanny terus mengatur langkah menuju ke dewan sekolah mereka.
++
"Ha korang pergi duduk ikut kelas masing-masing. Aku malas nak aturkan korang, korang dah besar. Kalau rasa korang tu kecik boleh pergi mati dah. Sebab masa kecik-kecik taknak mampos, ni dah besar menyusahkan aku nak aturkan korang duduk" lepas sahaja Vernon berbicara. Pembantu noob Vernon sentiasa bersama di sebelahnya yang bernama EunMi.
"Ha kau, pergi amikkan aku air. Haus ni menjerit dari tadi" suruh Vernon ke arah EunMi. Tasha dan Hanny hanya menggeleng melihat telatah kawan baiknya EunMi yang sentiasa kelang kabut bila bersama Vernon anak Berok Benon. Buku yang dipegang EunMi jatuh menghempas ke lantai kerana ditolak oleh Vernon. Hanny dan Tasha mengambil tempat duduk di bahagian hadapan sekali. Hanny memandang ke arah Joshua, kelihatan Joshua sedang bergelak sakan bersama kawannya yang lain. Yang senang nak kenal kumpulan Seventeen. "Kau tengok ah, ex crush kau tu, dah bergelak sakan dengan geng dia" Hanny sengaja menyenggol lengan milik Tasha, dia nak tengok reaksi Tasha bila dia cerita pasal Joshua. Okay sekarang wajah Tasha dah mula merah padam. Lantas bahu Hanny di tampar kuat. "Uishhh, sakit ah. kau kenapa pukul-pukul aku"
"Aku ni pemalu. HOHOHO" lubang hidung sengaja Tasha kembangkan. Okay ni la salah satu perangai Tasha yang Hanny suka, contohnya like happy go lucky walaupon hodoh. HAHAHAHAHAAHA. EunJi yang baru sahaja tiba terus melabuhkan punggungnya disebelah Hanny yang masih ada ruang. "Hi EunJi" sapa Tasha yang senyuman manisnya disedekahkan kepada EunJi. "Hi Tasha, Hi Hanny" EunJi membalas sapaan Tasha dengan senyuman. "Ada apa ni?" EunJi menyoal Hanny, dia hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu apa-apa.
"Ehem, test 1,2,3 and test" Cikgu Hana selaku cikgu bahasa korea sedang mencuba sama ada mikrofon yang bakal digunakan oleh pengetua rosak atau tidak. "Okay, harini pengetua kita ada maklumat penting untuk kalian semua. So, saya harap korang tak bising okay. Sekian" mikrofon yang di pegangnya terus diberikan kepada Vernon. "Kau dengar tak? Jangan buat bising. Aku dengar kau buat bising, baliklah kau lambat" Vernon sengaja mengugut, dia tak nak bila pengetua bercakap, orang lain buat bising. Cukuplah dulu pengetua tak datang sekolah sebulan sebab budak-budaknya buat bising. Okay, sekarang mikropong dah ke tangan pengetua sekolah, dengan pengetua je dia bagi elok-elok. Cuba dengan EunJi, aku rasa dia baling sampai kena kepala EunJi gamaknya.
"Okay, terima kasih Vernon. Okay harini saya nak bagitahu yang sekolah kita ada 7 orang cikgu baru. Persilakan masuk cikgu" ujar pengetua. Okay nice, sekarang ni semua pandang ke pintu sampai Hanny cakap dengan Tasha pon dia tak layan. Lanetss member Hanny ni. By the way, jangan lupa baca cerita Lanets dekat Wattpad. "Tasha ni lahanet" dia tidak membalas, tapi dia memukul Hanny. "Kau pehal!"
"Tengok luar tuu! Sem dooooo!!!!" Tasha terus memusingkan kepala Hanny memandang ke arah tujuh orang jejaka tampan yang berdiri di hadapan. 'Semnya' desis hati Hanny. "Okay, cikgu semua boleh kenalkan diri" pengetua memberi peluang untuk guru-guru yang baru berpindah ke sini untuk mengenalkan diri mereka. Riak wajah Hanny mula tampak excited. Dia pon tak tahu kenapa dia nak sangat amik tahu.
"Annyeonghasayo, Kim Namjoon imnida. I'm gonna be your english teacher. So I hope you guys can help me if I did something wrong in this school. So, okay?"
"OKAYYY!!!" balas beberapa pelajar. Rasanya 90% perempuan yang jawab.
"Annyeonghasayo, Kim Seokjin imnida. Boleh panggil saya cikgu Jin, saya akan jadi cikgu kesihatan awak semua. Jadi saya akan rawat hati awak semua yang parah dengan senyuman manis ini" beria je Jin ni, senyuman manis dipamerkan. Hampir 90% pelajar perempuan nak pengsan termaksud guru perempuan. Yang lelaki dah buat muka toya, tapi ada sebahagian buat muka excited. Ermm kunyit gamaknya.
"Annyeonghasayo, Min Yoongi imnida. Saya akan jadi cikgu kelas music. Jadi jangan pernah buat hal, atau kau akan mati" tertelan air liur pelajar lelaki, tapi yang perempuan main cair dengan cara percakapan Yoongi.
"Saya pulak, annyeonghasayo, Jung Hoseok imnida. Saya akan jadi cikgu bahasa korea" okay ini simple but okay ramai suka tengok. Tapi Hanny lebih fokus pada lelaki yang berdiri di hujung barisan. Matanya tak lepas memandang cikgu lelaki itu. Dia tidak sabar untuk menunggu giliran lelaki itu untuk memperkenalkan dirinya.
"Hiii! Annyeonghasayo, Park Jimin imnida. Im going to be your cikgu jasmani"
"Aku syak, cikgu ni tak pandai BI" Hanny bisik pada telinga EunJi. Satu tamparan khas tepat pada pipi Hanny. Dia terkedu seribu bahasa. "Diam" marah EunJi. Erm savage. Tinggal lagi dua orang jejaka yang bakal memperkenalkan dirinya. Hanny memandang cikgu lelaki yang diminatinya. Mata mereka bersatu. Tapi cepat-cepat cikgu lelaki itu mengalihkan matanya ke arah lain.
"ARGHHH!! EYE CONTACT DUDE!!!!" jerit hati Hanny. Fuh boleh tahan miang Hanny ni.
"Annyeonghasayo, Kim Taehyung imnida. Saya mungkin akan jadi jejaka idaman di hati awak semua-" tak abis dia nak cakap Yoongi dah sampuk. "Tak berminat~"
"Errghh, saya akan jadi cikgu sejarah awak. So, jaga mata" satu wink di hadiahkan kepada Tasha yang sudah terlopong melihat wajah kacak milik Taehyung. Semua mata gadis memandang Tasha, pandangan tak puas hati diberikan. "Jeles ah tu aku dapat". Terkekeh cikgu-cikgu dan Hanny. "Miang"
Okay ini orang terakhir yang bakal kenalkan diri. Hanny semakin tidak sabar untuk tahu namanya. "Annyeonghasayo, Jeon Jungkook imnida. Panggil Jungkook, cikgu seni korang. Tu je" fuhh yang ni memang tak guna. Gitu je dia kenalkan diri? Tapi takpe, Hanny tetap suka. Jungkook menge'wink'kan matanya ke arah Hanny. Hanny bagaikan terbang ke angkasa.
"My GODDD!!!" desis hatinya.
.
.
.To be continue.
Sorry hambar.
YOU ARE READING
Sticky Note
Genç Kurgu"Saranghae Sir Kook. HY♡" Ayat yang tertera di dalam sticky note yang kecil itu. "Siapa kau HY?" ------- "He is mine! No one can steal him from me! Kau paham tak!"