30

138 27 7
                                    

Hujan lebat membasahi permukaan bumi yang menghijau dan membasahi tubuh Hanny yang berlari lemah di tepi jalan.

Dia tercungap-cungap lari menuju ke perhentian bas berdekatan. Dia tersungkur di hadapan perhentian bas itu.

Terkoyak sedikit seluar besar yang dipakainya di bahagian lutut. Dia bangkit dari kejatuhan itu dan terhinjut lari menuju ke tempat duduk itu. Lantas badannya disandarkan di dinding itu.

Dia menarik nafas dalam, kepenatan berlari dari dikejar musuh abadi.

"Omma, appaa"

Dua insan yang paling disayangi disebut.

"Selamatkan Hanny. Ya Tuhan, apa dugaan yang aku lalui ini" air matanya diseka dari terus mengalir matanya sudah kemerahan.

Telefon yang diberikan oleh pembantu rumah Jungkook di pegang kuat. Telefon itu dibuka, lockscreen, wallpaper phone semuanya gambar dirinya bersama Jungkook.

"Jungkook, Jungkook" ujar Hanny sambil mencari contact nama Jungkook.

Semasa mencari nama itu, matanya tertumpu pada satu nama.

My Everything HY♡

Hanny tergelak kecil. Dia menyambung mencari nama Jungkook.

Jungkook.

Lantas contact itu ditekan.

Tuttt..

"Hello? Hanny?"

Suara itu cukup membuatkan Hanny tersenyum.

"Jungkook. Amik saya dekat bus stop yang berdekatan dengan rumah awak"

"Kau buat apa kat situ? Kan aku suruh stay rumah tu!" suara jejaki tadi yang awalnya lembut kini kembali garau dan sedikit kasar.

"Saya kena kejar Jungkook. Palli, Jungko-"

Tutt..

Tak berlengah Jungkook mengambil kunci kereta yang berada di atas meja. Dia beredar dari bilik guru tapi dia terserempak dengan EunJi.

"Sir nak pergi mana?" soalnya.

"Nanti aku call kau" balas Jungkook lalu terus meninggalkan EunJi berdiri tercegat macam patung di situ.

++

"Lepaskan aku bodoh!" teriak Hanny ditepi jalan saat dirinya ditarik masuk ke dalam kereta.

Dia cuba membuka ikatan di tangan dan kakinya. Tapi ikatan itu lebih ketat.

"Cik, kami dah dapat dia" ujar salah satu penculik itu.

"Bagus" satu suara gadis dihujung panggilan. Suara itu amat dikenali, tapi Hanny tidak ingat empunya suara itu.

"Cik nak kami buat apa pada dia pula?" soal pembantu itu lagi.

"Bunuh dia, kalau boleh satu keluarga sekali. Lagi satu lepas dah call ni, padam semua call log, and number aku sekali. Duit korang jangan risau. Aku bank in"

"Baik cik"

Panggil itu dimatikan. Satu ubat cecair dituangkan ke sapu tangan lalu di tekup ke hidung Hanny.

Hanny mengentak minta dilepaskan. Tapi kekuatan ketiga-tiga penculik itu lebih kuat dari dirinya yang sudah ada tali pinggang hitam.

Hanny terus tidak sedarkan diri sehinggalah dia dihantar ke sebuah gudang dimana Tasha diseksa.

Sticky NoteWhere stories live. Discover now