Seperti biasa, Hanny akan kesekolah dengan berjalan kaki walaupun Tuan Park ingin menghantarnya. Tapi kali ni berbeza kerana Hanny ke sekolah ditemani oleh rakannya yang lain EunMi, EunJi, Tasha dan juga Joshua. Tapi Hanny lebih selesa jika dia berjalan sendiri, takdelah orang nak kacau dia bila jalan laju ke, lambat ke. Yedak?
"Hanny, aku nak muntah boleh tak? Nyampah aku tengok Joshua dengan Tasha ni" ujar EunMi yang sudah geli melihat Joshua dan Tasha yang berpegangan tangan ketika berjalan seperti sudah digam dengan gam gajah. "Biarlah dia, first daykan Tasha bercinta dekat highschool. Just biarkan" balas EunJi yang memegang erat roti coklat miliknya. Hanny pula berjalan di antara EunMi dan EunJi. Joshua dan Tasha pula berada di hadapan.
Sebuah motosikal besar berhenti bersebelahan dengan Hanny. Hanny yang malas untuk amik tahu teruskan berjalan.
"EunMi!" laung seorang namja. Langkah mereka bertiga terhenti tapi Joshua dan Tasha tetap maju kehadapan. "Nae! Benon berok!" kali ni EunMi yang berada di sebelah Hanny terus berlari anak ke arah Vernon. "Kau nak apa?" soal EunMi yang sedang bercangkung membetulkan tali kasutnya. "Jom naik aku pergi sekolah" ajak Vernon. EunJi dan Hanny tidak mahu masuk campur urusan si dungu dengan si benon terus meninggalkan mereka.
"Jinja?" soal EunMi inginkan kepastian. Vernon mengangguk dua kali dan terus memakaikan EunMi helmet yang dia bawa lebih. Lembut sahaja Vernon memakaikan EunMi helmet. Sisip muka Vernon sangat menggoda pada mata EunMi. Ingin sahaja dia memberitahu perasaan sebenarnya. Wajah EunMi mula merona merah. "Dah naik" arah Vernon. EunMi mengangguk lalu secara perlahan-lahan naik, untuk mengelakkan dia memeluk Vernon.
Setelah EunMi berjaya menaiki motor besar milik Vernon. Vernon pantas menarik tangan EunMi dan di letakkan di pinggangnya. Motif? Tak nak EunMi si pendek tu jatuh. "Peluk kuat-kuat" suruh Vernon lalu membawa laju menuju ke arah sekolah.
++
"Tasha, temankan aku tampal sticky note ni dekat locker Sir Kook kejap" bisik Hanny yang menarik-narik lengan baju Tasha yang bersandar di locker miliknya. "Sekarang ke?" soal Tasha yang mahukan kepastian. "Haah sekarang. Aku tinggal tampal je ni" Hanny menunjukkan stickynote berwarna purple di depan mata Tasha. "You so brave gurl. Dah kajja!" Hanny yang patutnya beria sekarang. Tapi Tasha pulak yang beria pergi tarik Hanny. Sebaik tak tersungkur mencium lantai.
Sampai sahaja di depan locker milik Jungkook, Hanny berbisik di telinga Tasha "Jaga line". Tasha mengangguk lalu memerhati setiap sudut, takut-takut Jungkook and the gang sampai. Tasha pantas menunjuk ibu jarinya menyatakan yang line kawasan itu clear tiada pelajar. Hanny menampal sticky note berwarna purple itu tepat di tengah-tengah locker milik Jungkook.
"Hanny, Sir Kook dah sampai. Better lari" arah Tasha lalu menarik lengan Hanny. Secara drastik Hanny mengikut kelajuan Tasha berlari.
Jungkook berjalan menuju ke lockernya bersama Taehyung disisi. Harap-harap dia bukan kunyit. "Kookie, kau tengok tu. Sticky note lagi" ujar Taehyung sambil menunding jarinya ke arah locker Jungkook. Jungkook tersenyum sinis.
"Have a nice day Sir Kookieツ HY♡"
Mahu sahaja Taehyung menghamburkan gelaknya membaca isi dalam sticky note itu. "Have a nice day dude. Kau tak nak balas ke ayat ni?" soal Taehyung yang membuka lockernya di sebelah locker Jungkook. Jungkook tersenyum, dia mengambil sticky note miliknya yang berwarna biru dan sebatang pen. Laju sahaja Jungkook menulis.
"Ouh, thankyou. Have a nice day too secret admired ♡"
Jungkook terus menepek sticky note yang ditulisnya itu tadi ke lockernya semula. Dari jauh Hanny tersenyum gembira kerana Jungkook membalas semula.
YOU ARE READING
Sticky Note
Teen Fiction"Saranghae Sir Kook. HY♡" Ayat yang tertera di dalam sticky note yang kecil itu. "Siapa kau HY?" ------- "He is mine! No one can steal him from me! Kau paham tak!"