14

203 37 21
                                    

"Nah makan bubur ni, hati-hati au. Panas lagi tu" ujar EunMi lalu menghulurkan ke Vernon, tapi dia tidak mengambil malah mengangakan mulutnya. "Aaaaa"

"Kau nak apa?" soal EunMi yang mula pelik dengan perangai Vernon. Cukuplah tadi EunMi nak masak tapi Vernon tu geleng-geleng tak bagi si Dungu tu masak. Suh teman lah, apa lah, ngada.

"Suapkan aku lah dungu, cepat" arah Vernon. Bahasanya saja kasar, tapi nadanya lembut sahaja, demam katakan. "Haish pengawas bertauliah sangat ni" keluh EunMi lalu menyuap bubur ayam yang di masaknya tadi. "Mana cermin mata kau?" soal Vernon yang hairan di mana cermin mata bulat dan besar milik EunMi. Patutlah tadi Vernon uh dok sibuk tengok muka EunMi.

"Hari ni aku trylah keluar lelawa sikit. Ni pun Aurora ajar" jawab EunMi lalu menyuapkan lagi sesudu bubur ke dalam mulut Vernon. "Aurora? Ouh budak acah tu ke? Yang acah swag uh?" muka Vernon kali ni tampak beria, dia ni suka Aurora ke apa hanat.

"Asal?"

"Budak tu lawa do, kau ada number dia? Aku nak try" ujar Vernon, wajah EunMi yang manis kini pudar sedikit demi sedikit. Mangkuk bubur yang berada di tangannya pantas diletakkan di meja sebelah. Dia bangkit dan mahu menuju ke bag tangannya tapi pantas di tarik Vernon.

"Kau nak ke mana dungu?"

"Balik" sepatah sahaja EunMi balas, aku syak EunMi ni ni celup ni broken. "Alah, sebelum balik uh. Bagilah number Aurora uh. Aku nak berkenalan do" pujuk Vernon. EunMi mengeluh kecil, telefonnya di keluarkan. Contact Vernon di tekan, lalu diberikan ke Vernon.

"Thank you dungu"

"Tchh" balas EunMi lalu beredar meninggal Vernon yang demam itu.

++


"Rumah kau kat mana ni?" soal Taehyung yang duduk di tempat memandu manakala Jungkook yang duduk di seat hadapan diam membeku. "Sir terus je depan tu. Nanti berhenti dekat rumah yang warna biru tu" jawab Hanny lalu tunjuk ke arah rumahnya.

Setiba di hadapan rumah, Hanny dan Tasha turun bersama. "Tasha, rumah kau kat mana? Biar aku hantar" ujar Taehyung, Tasha yang mahu sahaja keluar dari perut kereta terhenti.

"Takpelah Sir, rumah saya dengan rumah Hanny dekat je"

"Terima Kasih Sir Kook, Sir Tae. Annyeong" ucap Hanny lalu menutup pintu kereta milik Jungkook. Taehyung terus memecut laju meninggalkan kawasan perumahan Hanny.

"Kau okay tak?" soal Hanny yang mengorek-ngorek bag tangannya. Apetah yang dicarinya tu.

"Okay je, ha Hanny aku nak balik ni. Thank for today, muah" ujar Tasha dengan suaranya yang mendatar, tak ada naik, tak ada turunnya.

Tasha terus melangkah menuju ke rumahnya yang diselangi beberapa rumah milik Hanny.

"TASHA!" jerit Hanny, Tasha pantas memandang Hanny yang memekik kuat namanya. Muka milik Hanny tampak gelisah.

"Asal?" soal Tasha yang menghampiri Hanny, pantas tangan milik Hanny mencengkam kuat bahu milik Tasha.

"Buku nota kecik aku! Tertinggal dalam kereta Sir Kook wehhhhhh!!!!" ujar Hanny yang menggoncangkan badan Tashaaa. "Berhen-tii laaaa"

"Fuh, buku nota apa?" soal Tasha.

"Buku nota kecik aku lah, yang aku list barang selalu"

"Lah, buku tu je, yang kau beria sangat kenapa. Lainlah dalam tu kau confess perasaan kau, baru aku risau" ujar Tasha lalu flipkan rambut miliknya sehingga terkena wajah milik Hanny.

"Haah ek, setakat buku nota nak list barang je pon. Boleh beli baru. Ha annyeong Tasha, aku masuk lu" Hanny melambai ke arah Tasha. Lambaian itu dibalas oleh Tasha lalu dia menuju pulang ke rumahnya.

Sticky NoteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang