Aku anak kepada seorang wanita cantik yang bernama Kang Chaeril. Ya, dia adalah seorang omma yang sangat menyayangi aku.
Tapi semua tu berubah setelah hadirnya seorang lelaki tua yang nama keluarganya ialah Park.
Dia seorang lelaki tua yang telah membuatkan ommaku tersenyum dan melupakan aku.
Tapi setelah ommaku dan lelaki tua bernama Tuan Park itu menjalinkan hubungan selama 5 tahun. Secara tiba-tiba Tuan Park itu meninggalkan ommaku sendiri.
Selepas sebulan dia meninggalkan ommaku, ommaku terus mendapat serangan strok.
Hampir separuh bahagian badannya lumpuh.
++
Pagi itu, aku melabuhkan punggungku di sebelah ommaku yang sudah terlantar dan tidak mampu untuk bangun.
"Omma" sapaku. Dia mencelikkan matanya dan memandangku.
"Unnie ada masakkan bubur, omma makan sikit ye" suruh aku. Omma ku tidak membalas, tapi hanya diam membeku. Pada awalnya tak pelik, tapi selepas aku memegang tangannya, aku terkedu.
Adakah ommaku sejuk?
Aku menolak badan ommaku berkali-kali, tapi tetap sama.
"Omma!"
++
Makam.
"Omma" aku masih menangis di makan ommaku. Kenapa waktu seperti ini, waktu dia sedang berduka. Dia pergi meninggalkan aku. Kenapa bukan waktu dia bahagia dahulu. Ini semua salah lelaki tua bodoh itu.
Kalau bukan sebab dia, memang omma takkan derita macam ni!
Saat aku menangis kuat, bahu belakang aku ditepuk. Aku pelik, waktu tadi, memang tiada siapa-siapa.
Aku menoleh kebelakang.
"Aku tahu siapa lelaki tua yang musnahkan kebahagiaan kau sekeluarga" ujarnya.
Aku terus bangun dan berdiri dihadapan lelaki tua itu.
"Siapa dia?" soalku.
"Kalau aku bagitahu, kau kena tolong aku musnahkan semua ahli keluarga dia" ujarnya. Hati aku mula was-was. Perlu ke aku tolong lelaki ni? Penting ke dia?
Tapi pada masa yang sama, perasaan aku ingin tahu siapa lelaki itu.
Dan akhirnya,
"Aku terima. Now bagitahu siapa lelaki sundal tu?" ujarku yang hanya ikut kehendak hati tanpa memikirkan sebarang risiko.
"Nama dia Park JungShee. Amik ni sebagai wang permulaan" satu sampul duit diletakkan di tapak tangan aku.
"Aku buat ni bukan sebab nak duit, tapi sebab dendam"
"Kau amik je duit tu. Aku tahu kau perlukan duit tu sekarang untuk survive diri kau. Start harini, kau akan jadi anak angkat aku. Rumah? Kau jangan risau, aku akan sediakan semua kelengkapan untuk kau" balas lelaki itu lalu melangkah untuk pergi. Tapi lengan tangannya sempat aku tarik.
"Tapi nama kau siapa?" soalku.
"Panggil aku ShiHyuk" lalu dia pun melangkah pergi meninggalkan aku sendiri.
++
Aku mundar-mandir di dalam rumah kecilku itu.
Ting!
Bunyi telefon aku berbunyi. Ni mesti chat masuk.
Aku tergamam dekat chat yang masuk itu.
Esok pukul 8 aku datang rumah kau. Siapkan semua barang, esok kau akan berpindah ke rumah baru.
"Rumah baru. Hidup baru? Misi baru" senyuman sinis terukir di bibirku. Aku tidak tahu kenapa rasa bahagia selepas terima misi itu walaupun berisiko tinggi.
Aku terus menyumbat ke semua bajuku ke dalam bag roda tanpa melipat baju itu.
"Buka buku baru, tutup buku lama yang macam yal"
++
10 days later.
"Ni gambar lelaki yang musnahkan kebahagiaan kau. Aku dapat tahu anak dia sekolah sini. Tapi sampai sekarang aku tak tahu siapa anak dia. Jadi aku nak kau jaga diri" kepala aku diusap dan duit belanja untuk persekolahan aku dimasukkan kedalam poket sekolah.
"Bye papa" senyuman manis aku ajukan kepada lelaki tua itu. Dia hanya sekadar senyum. Aku taktahu tu senyum ke tu masam. Haha
Aku melangkah masuk ke dalam sekolah baru itu.
"First day school and first day attack"
.
.
.To be continued.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sticky Note
Novela Juvenil"Saranghae Sir Kook. HY♡" Ayat yang tertera di dalam sticky note yang kecil itu. "Siapa kau HY?" ------- "He is mine! No one can steal him from me! Kau paham tak!"