Kakiku melangkah laju masuk ke dalam bangunan InQ Holdings. Jam di tangan aku belek. Macam mana aku boleh terlajak bangun harini? Inilah yang jadi malam tadi.
Panggilan masuk di telefon membuatkan aku terus memanjangkan tanganku ke atas meja. Skrin telefonku memaparkan panggilan masuk dari 'Big Boss'.
Badanku tegakkan. Aku terus mengangkat panggilan itu. "Hello, bos. May I help you?"
"FaceTime now. Our client from Houston called me."
Aku terkejut. What? Tengah-tengah malam ni nak meeting tiba-tiba? "Kenapalah malam-malam baru nak buat meeting?" Rungutku. Aku sudah pun bangun dan melangkah ke bilik tidurku.
"Diorang kat sana baru pukul 10 pagi."
Menapak saja kakiku di dalam bilik, aku terus turn on Macbook aku. "Be considerate lah sikit. Tengok time zone negara kita juga." Rungutan aku masih tidak henti. Spoil mood betul.
"He's our client, Hana." Pujuk Luqman lalu tergelak kecil.
Telinga aku menangkap tawa kecil dari telefon bimbitku membuatkan aku menjauhkan telefon bimbit itu dariku dan memandangnya. Aku salah dengar ke? Jarang bos aku ni gelak bab kerja.
Aku melekapkan semula telefonku di telinga. "Okey, bos. Connected." Aku terus meletak panggilan itu. Tika itu aku dapat lihat Luqman dengan jelas di skrin Macbook aku. Bos aku tu hanya mengenakan baju t-shirt dan kot saja. Aku pula? Baju t-shirt hitam.
"Hello, Mr Walker. We can start our discussion now."
Wait wait! Aku berdiri dan mencapai buku nota di rak buku aku lalu duduk semula. Pen di dalam drawer meja belajar kucapai lalu bersedia untuk menulis segala info.
Setelah hampir satu setengah jam perbincangan antara Luqman dan Mr Walker, akhirnya tamat juga apabila jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Hanya Tuhan saja tahu macam mana mengantuknya aku ketika itu.
"Hana..." panggil Luqman. Dia memandang Farhana yang sudah meletakkan kepala di atas meja.
Aku mengangkat kepala walaupun waktu tu mata aku dah separuh tertutup. "Yes, bos?" Soalku seperti orang mamai.
"Esok jangan lambat datang office." Ujar Luqman. Mahu saja dia gelak melihat Farhana sebegitu. Kali pertama dia melihat Farhana mamai sebegitu.
Aku mengangguk perlahan. "Goodnight, bos. Sleep well." Ujarku lalu menutup terus komputer riba aku. Aku bangun dari duduk. Aku terus terjun ke atas katil dan terus aku tidak sedar sehinggalah Bowie mengejutkan aku jam 8.30 pagi.
Masuk saja ke dalam lif, aku terus menekan butang no 14. Memandang aku dah lambat jadi lift pun tak sesak.
Sampai saja di tingkat 14, aku terus melulu keluar dari lif sehingga aku tidak perasan yang aku terlanggar seseorang.
"Sorry... sorry..." aku menunduk memohon maaf sebelum mengangkat kepala. "Eh, Encik Haiqal."
Haiqal senyum. "Nice to meet you, Cik Farhana."
"Nice to meet you too. Sorry tadi. I betul-betul tak perasan. I was late."
"Eh, it's okay. Patutlah tadi I tak nampak you masa jumpa Luq."
"Yes. Ah... I'm sorry but I need to go now." Ujarku lalu menunduk sebelum melangkah pergi. Sudahlah lambat. Lepastu nak ber'chit-chat' bagai.
Langkah aku laju ke pejabat. Aku lihat rakan sekerjaku memandang aku pelik. Sangat-sangat-sangat jarang aku lewat ke pejabat. "Good morning, everyone." Ujarku sebelum meneruskan langkah aku ke meja kerjaku yang agak terpisah dari pekerja yang lain. Sempat juga aku dengar rakan sekerja aku membalas ucapan selamat pagi aku tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
