Part 12

1.7K 69 0
                                        

Bila selesai majlis pertunangan aku, rumah aku kembali sunyi. Hanya keluarga Acik Jah saja yang tinggal. Itu pun sebab Acik Jah tinggal di Kelantan jadi dia mahu pulang pagi esok.

Faris duduk di sebelah adiknya lalu memeluk bahu adiknya sambil matanya terarah pada televisyen. "Congratulations, dik."

Aku menolak tangan abangku dari bahu. "Ish cerita pasal Datuk Wahid dekat Luq ke?"

Faris memandang Farhana lalu mengangguk perlahan. "What I did just for you."

Aku menjentik dahi abang aku. "Datuk Wahid tu client baru syarikat Luq. I don't want something happen to the company."

Faris mengaduh akibat dijentik adiknya. Dia mengusap dahinya. "Dik, kau ni patut bersyukur dengan apa Ish dah buat untuk kau."

"Haah. Bersyukur sangat. Bakal suami merangkap bos dan sepupu." Ujar aku penuh sarkastik.

"Lah... sebelum ni kau yang kata on je kalau nak kahwin dengan Luq. Allah dah makbulkan kata-kata kau, dik."

"Apa adik cakap tu cuma main-main je. Adik tak pernah terfikir pun benda akan jadi macam ni."

"Dik, kata-kata itu satu doa." Balas Faris pendek dan kembali pada televisyen.

Seketika ruang tamu sunyi. Hanya suara dari televisyen saja. Aku menoleh ke kiri. Acik Jah melangkah ke ruang tamu. Aku senyum sebelum aku memandang ke televisyen semula.

"Faris, ni acik nak tanya ni." Puan Kadijah bersuara sambil mengambil tempat di sofa setentang anah buahnya.

Faris mengalih pandangannya ke arah ibu saudaranya. "Apa dia, Acik Jah?"

"Berapa hantaran dengan mas kahwin Hana yang diorang bagi?" Soal Puan Kadijah. Memandangkan sewaktu perbincangan rombongan tadi dia duduk agak jauh dari mereka jadi dia tidak dapat dengar detail perbincangan itu dengan jelas.

Soalan Acik Jah membuatkan aku menoleh ke arahnya semula. "Apa ni, Acik Jah?" Nada aku sedikit keras. Tak suka dengar soalan-soalan macam tu. Acik Jah ni dah lah makcik bawang.

"Ada lah. Diorang bagi lebih dari kami minta." Ujar Faris.

Puan Kadijah membuat muka. "Lebih dari kamu minta tu berapa? Amount."

"Acik Jah, saya terima je berapa diorang nak bagi. Saya bukan jual diri saya." Aku pula buka mulut. Sibuk pula Acik Jah ni. Aku yang bakal pengantin ni pun tak kisah.

"Alah... acik nak tahu je. Tak ke mana pun kalau acik tahu."

Faris memandang adiknya. Mereka berbalas pandang. Adiknya hanya mengangguk saja. Dia memandang ibu saudaranya semula. "Hantaran 30k. Mas kahwin 30k."

Aku yang dengar membuntang. Mak aih! Banyaknya! "Ish minta diorang berapa? Kenapa mahal sangat? I'm not selling myself." Kataku dengan tegas.

"What? Ish minta mas kahwin 3k and hantaran 8k je. Diorang yang bagi banyak tu." Balas Faris. Terkejut dia apabila di attack sebegitu oleh adiknya.

"Ha... untunglah kamu, Hana. Dalam keluarga ni, kamu lah yang pertama mas kahwin dengan hantaran semahal tu. Untung-untung lepas kahwin, mewahlah kamu." Ujar Puan Kadijah ada sedikit nada sinis.

Aku memandang ibu saudara aku tu. "Acik, saya tak minta pun mahal-mahal macam tu. Diorang yang bagi kan."

"Ye, acik faham. Kamu tu patut bersyukur."

"Saya sangat bersyukur." Aku menoleh ke televisyen semula dengan tangan memeluk tubuh. Makcik bawang betul!

Setelah ruang tamu sunyi untuk seketika, aku menoleh ke arah Acik Jah. Acik Jah sudah mengangkat punggung. Aku menoleh ke arah abang aku pula. "Ish." Panggil aku.

Faris memandang Farhana dengan kening terangkat. "Apo?"

"Apa jadi kat Datuk Wahid? Esok kan patutnya dia datang sini."

Faris memeluk bahu adiknya dengan tangan kiri. Matanya dihala ke arah televisyen. "Don't worry, dik. Kau kan dah jadi tunang Luq. Takkanlah Datuk tu nak datang meminang lagi."

"Did paklong told Datuk Wahid?"

Faris menggeleng laju. "Your fiancé."

Aku membuntang. "Luq? Kenapa dia sendiri yang bagitahu?" Aku benar-benar terkejut. Takkanlah Luqman nak beritahu sendiri pada Datuk Wahid. Datuk Wahid client syarikat Luqman.

"Mana Ish tahu. Dia yang nak bagitahu sendiri."

"Ish sepatutnya suruh paklong. Datuk Wahid client baru Luq, tahu? What if something happen?"

Faris memandang adiknya. "Something like what?"

"Cancel our deal?"

Faris menarik semula tangan yang berada di bahu adiknya. Jarinya menjentik dahi adiknya. "Kau ni dik. Fikirlah. If Datuk tu cancel deal tu, dia yang rugi besar."

Aku fikir sejenak. Betul juga kata abang aku tu. Dari pelbagai segi Datuk Wahid aka rugi. Tapi! Datuk Wahid bukan calang-calang orang. Petik jari je, ada je yang nak jadikan Datuk Wahid sebagai client.

*************************************************
Sedar tak sedar, hakikatnya hampir satu hari aku tak pegang telefon. Memandangkan aku mogok dari semalam, telefon pun aku campak ke mana tah.

Aku melabuhkan duduk di sisi katil. Telefon aku di meja sisi katil, aku capai. What?! 254 mesej dari InQ Best Worker. Apa yang diorang bincangkan ni?

Aku unlock telefon aku dan membuka mesej itu. Apalah yang diorang bincangkan ni.

Hana bertunang!!!!!!! - Esya

Mata aku membuntang. Apa lagi ni? Macam mana diorang tahu? Aku membaca lagi.

Kenapa Kak Hana tak jemput kitorang? - Liya

Hana, where are you? - Stef

Aku skip beberapa mesej.

Damnnnnnnnnnnn. Is that Datin Laila? - Esya

You gotta be kidding me! - Esya

Datin Laila? Is that meanssssssssssss - Liya

Yes! Our big boss! - Esya

Hey hey. Calm down. Maybe adik or abang big boss - Tan

Aku menggeleng laju. Macam mana diorang tahu ni? Dari Didi lagi ke? Aku menarik rambut. Sekali lagi aku skip beberapa mesej.

I told you! Our big boss! - Esya

Mesej Esya berserta gambar. Aku download gambar itu dan bam! Gambar aku dan Luqman berdua di atas pelamin tadi.

Oh my god! She hit the jackpot! - Tan

She stole my crush - Esya

Omg. Where is Farhana Lee?! - Esya

Dia busy lah. Kan harini big day dia - Stef

Hana dah online! - Stef

Damn! Aku terkejut dengan mesej dari Stef. Tajam betul mata Stef ni.

Baru kau online Hana?! - Esya

Explain to us Kak Hana - Liya

Hey hey. Jangan ugut2 dia. Nanti dia report kat big boss - Tan

Guys, sorry. I'm so tired now - aku

Kau dah buat satu office terkejut, pastu kau taknak explain - Esya

Argh... aku memang tak boleh nak face dengan benda ni. Aku matikan wifi dan data pada telefon aku. Biarlah aku rehatkan fikiran aku.

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang