Aku mengusap perut. Kenyang sungguh aku harini. Masakan mama tak pernah mengecewakan aku. Ayam masak merah mama memang takde yang dapat lawan.
Remote control televisyen aku capai di atas meja lalu menghidupkan televisyen. Tika itu siaran Astro Warna menayangkan Maharaja Lawak Mega.
Faris mengambil tempat di sebelah Farhana. "Dik, kau ada boyfriend ke?"
Soalan dari Faris yang tiba-tiba membuatkan aku menoleh ke arahnya. Faris memandang televisyen. "Apa Ish cakap ni? Lawak betul." Ujarku lalu buat-buat gelak. Aku memandang mama yang sedang duduk di sofa setentang dengan aku.
"Betul adik takde boyfriend?" Soal Puan Suraya pula.
Aku mengangguk laju. Tang mana nak ada boyfriend kalau asyik sibuk je? Kalau cuti pun cuma Ahad. Ahad tu jelah hari untuk aku berehat. Tak sempatlah nak cari boyfriend.
Aku lihat mama dan abang aku memandang satu sama lain. "Kenapa ni?" Soalku penuh curiga.
Puan Suraya memandang anak perempuannya semula. "Hujung minggu ni ada orang nak masuk meminang adik."
Aku tergamam. Jantungku seperti hendak berhenti. "A... a... apa... ma... mama... cakap?" Sekarang jantungku berdegup laju.
"Hujung minggu ni ada orang nak masuk meminang adik." Sekali lagi Puan Suraya berkata.
Aku pandang Faris. Air mata aku sudah bertakung. "Siapa Ish? Siapa yang nak masuk meminang tu?" Soal aku. Dalam diriku sudah meraung-raung.
"I don't know but Datuk Wahid yang call paklong bagitahu pasal ni." Ujar Faris.
Datuk Wahid? Datuk yang gatal tu? What the hell? Bini dah dua dan sekarang nak tambah 3? Air mata aku laju mengalir. "Mama!!!" Aku sudah meraung. "Adik tak nak kahwin dengan Datuk gatal tu!"
Faris memegang kedua-dua lengan adiknya. "Hey! Calm down. Maybe dia masuk meminang untuk anak dia."
"No!!! Anak lelaki dia baru sekolah rendah!!!" Aku sudah menangis di bahu abangku. Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa kenapa?
Faris memandang mamanya. Jelas kelihatan riak kerisauan mamanya. Dia dan mamanya fikir anak Datuk Wahid yang hendak meminang adiknya rupa-rupanya sebaliknya yang nak jadi.
"Ish... adik tak nak kahwin dengan Datuk tu. Ish... Ish... tolonglah..." mata aku masih deras mengalir air mata. Abang aku sudah mula memeluk aku.
"Ma... macam mana ni?" Soal Faris pada mamanya.
"Mama sendiri tak tahu. Mama ingatkan adik ada berkawan dengan anak Datuk Wahid."
Faris memandang adiknya yang berada dalam pelukannya. "Adik takde boyfriend ke?" Soal Faris.
Aku menggeleng laju. "Adik mana sempat nak cari boyfriend bagai. Please... Ish. Adik tak nak kahwin dengan dia. Tell him to stop doing that." Makin galak aku menangis.
*************************************************
Aku sedar-sedar sudah berada di dalam bilik. Aku bangun dari baringku. Aku mimpi ke pasal tadi? Aku rasa wajahku seperti tidak selesa. Aku terus bangun dari katil dan melangkah ke meja mekap aku. Wajah aku sembab!
Apa yang mama dan abang aku cakap tu bukanlah mimpi? Aku menggeleng kepala laju-laju, cuba untuk menghilangkan apa yang bermain di fikiran.
Kaki aku melangkah ke bilik mandi. Pintu bilik mandi kutolak. Paip sinki dipulas dan aku terus mencuci muka aku. Baru rasa sedar sikit walaupun mata aku masih bengkak.
Aku menarik tuala muka yang digantung di belakang pintu lalu mengelap mukaku. Selesai aku mengelap muka, aku melangkah keluar dari bilik mandi. Aku kena cakap dengan mama!
Kakiku melangkah keluar dari bilik. Dari tingkat atas, dapat kudengari suara lelaki yang asing dari rumah ni. Bukan suara abang aku semestinya.
Aku laju menuruni tangga. Seorang lelaki membelakangi aku dan dari susuk belakang itu dan suaranya dapat aku cam siapa orangnya. Mama dan abang aku sudah memandang aku. "Bos?" Panggilku dan membuatkan lelaki itu menoleh. Sah, bos aku!
Luqman menoleh. Bibirnya mengukir segaris senyuman.
"Apa bos buat kat sini?" Soal aku lagi.
Luqman menoleh ke arah Puan Suraya dan Faris. "I will discuss with them about this." Luqman bangun. "Luq minta diri dulu." Ujarnya lalu menyalami Puan Suraya dan Faris.
Aku pandang Luqman pelik. Luqman yang hendak keluar perlu melalui di hadapan aku dahulu. "Apa bos buat kat sini?" Soal aku, menahan Luqman dari terus melangkah.
Luqman berhenti melangkah. Dia memandang Farhana. "Nothing. Saya datang nak discuss dengan abang awak je. Men's matter." Ujarnya dan terus melangkah keluar dari rumah itu.
Mata aku mengikut langkah Luqman sebelum lelaki itu menutup pintu rumah. Aku menoleh ke arah abang dan mama aku. Men's matter apa kalau mama pun join kat situ? Aku melangkah ke arah mama dan abangku. "Better tell me, what kind of men's matter, Ish?" Soalku pada Faris.
Faris berkerut dahi. "Nama pun hal lelaki, mana boleh tahu." Balas Faris tenang.
"Kalau hal lelaki tapi kenapa mama join?" Soalku lagi.
Faris memandang mamanya dan memandang adiknya semula. Dia sengih. "Come and sit down here." Ujarnya lalu menepuk tempat duduk yang tadinya diduduki Luqman.
Aku duduk di tempat yang disuruh abangku. "Tell me what is it."
"Kau ni dik... Kalau Luq tu jadi suami kau, jangan-jangan lagi teruk kau tak percaya kat dia. Ini baru abang sendiri. Kalau suami, fuhhh entahlah..." Saja Faris memesong dari topik utama.
"Takde makna Luq tu nak jadikan adik ni isteri dia." Balas aku geram.
"Mana adik tahu?" Soal Faris main-main.
"Sebab dia jadikan adik PA dia je."
"Adik suka kat Luq?" Soal Puan Suraya pula.
Aku pandang mama aku. Apa punya soalan lah mama dan abang aku ni tanya. "Sukalah. Dia baik, handsome, kaya. Semua orang akan suka dia." Ujarku. "Eh, kejap. Kenapa cakap pasal Luq ni?"
"Kalau mama suruh Luq masuk meminang sebelum Datuk Wahid masuk meminang, okey tak?"
Aku galak gelak dan kemudian serta merta mati. "Mama, Luq tu jual mahal ma. Lupakan jelah." Aku mengeluh. "Adik harap Allah gerakkan hati Datuk Wahid lupakan niat dia." Tambahku lagi. "Apa masalah lelaki tu sebenarnya? Tak cukup ke bini dua orang. Dua-dua bergetah lagi!" Tiba-tiba aku tak dapat menahan diri dari menjerit. Hati aku sakit.
Puan Suraya dan Faris terkejut dengan tindakan Farhana. Faris bangun lalu duduk di sebelah adiknya. Tubuh adiknya dipeluk. "Adik, calm down. Ish akan cuba sedaya upaya untuk settlekan benda ni. Kalau Datuk tu dah sampai kat perumahan ni, Ish akan suruh pak guard tu tahan diorang."
Aku tergelak kecil, cukup untuk mengurangkan ledakan api dalam hati aku. Aku kembali membalas pelukan abangku. "Ish promise dengan adik, please?"
Faris mengangguk. "InsyaAllah. Adik pun doalah. Kalau setakat usaha je tapi adik tak minta tolong Allah, tak guna juga. Allah akan aturkan yang terbaik untuk adik."
*************************************************
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
