Part 50

4.6K 98 10
                                        

Aku menarik nafas dalam-dalam. Mata aku tutup rapat-rapat. Nervous nya hanya tuhan je tahu. Aku menunggu beberapa minit. Tolong...

Bila terasa sudah tiba masanya, aku melihat alat di tangan aku. Mata aku membuntang. Ya Allah... ini second pregnancy test aku guna pagi ni. Dua bulan lebih aku tak period dan mood tak stable sebab ni?

Aku tersenyum lebar. Aku lihat kedua-dua pregnancy test. Dua-dua tunjuk aku mengandung. Aku bangun dari duduk. Satu test aku pegang tangan kanan dan satu lagi kiri. Aku terus keluar dari bilik mandi.

"Luq..." panggil aku. Dalam bilik takde, jadi aku melangkah ke ruang tamu. "Luqman..." panggil aku lagi.

"Yes, Datin Farhana." Sahut Luqman baru keluar dari dapur bersama segelas air putih.

"Luq..." panggil aku meleret sambil menyorokkan tangan aku ke belakang.

Luqman menggeleng. "No. No. Call me B."

Aku mencebik. Mana boleh panggil baby dah kalau nak dapat baby tak lama lagi. "Awak dah besar, takkan nak panggil baby."

"Bukan baby tapi B." Ujar Luqman lalu memeluk Farhana. "Barulah saya rasa dimanja kan."

"Eish awak ni. Nanti mommy daddy nampak pula." Ujar aku lalu menggoyangkan bahu aku supaya Luqman melepaskan pelukan.

"Tak nak." Ujar Luqman sambil menjelirkan lidah.

"Okey. Kalau awak lepaskan, saya nak bagi awak hadiah." Ujar aku dan membuatkan mata Luqman bersinar.

"Hadiah? Awak nak bagi hadiah kat sini? Bilik bukan jauh pun." Ujar Luqman dengan senyuman penuh makna.

Aku tak tahulah otak aku fikir lain ke apa tapi dari senyuman Luqman tu, macam aku faham-faham je maksudnya. Aku menggeleng laju. "Jangan fikir bukan-bukan." Ujar aku.

Luqman mencebik tapi dia tetap meleraikan pelukan. "Okey, hadiah apa sayang nak bagi?"

"Awak pilih kiri atau kanan?"

"Saya pilih kiri sebab situlah cincin kahwin kita tersarung." Ujar Luqman dan kata-katanya membuatkan Farhana tergelak kecil.

"Ngada." Ujar aku. "Okey, tutup mata dulu."

Luqman mengangguk dan menutup mata seperti diarahkan.

Aku tersenyum lebar. Aku tunjuk kedua-dua pregnancy test di hadapan muka Luqman. "Okey, tadaa." Ujar aku dan apabila Luqman membuka mata, dia kelihatan confius. "I'm pregnant." Ujar aku gembira tapi reaksi Luqman tetap sama. Seperti masih tidak faham. "B, I'm pregnant our kid." Ujar aku dan serta merta Luqman berlari ke dapur. Aku dapat dengar bunyi muntah dibuat Luqman.

Aku berlari ke dapur. Luqman di sinki sedang muntah. "Luq, are you okay?" Soal aku lalu mengusap belakang Luqman. Pregnancy test yang aku pegang tadi, aku letak di tepi sinki.

"Kenapa dengan Luqman ni?"

Aku toleh. Mommy melangkah masuk dari pintu belakang. "Entahlah, mommy. Luq tiba-tiba muntah."

Datin Laila turut mengusap belakang anaknya. "Luq salah makan ke?" Soalnya risau. Tadi elok je anaknya makan semua. Ini tiba-tiba muntah. Matanya tiba-tiba menangkap sesuatu. Pregnancy test di sinki dicapainya. "Hana pregnant?" Soalnya dengan gembira.

Aku hanya mengangguk laju dengan senyuman lebar. "Luq muntah lepas tengok pregnancy test tu."

Datin Laila tergelak kecil. "Kamu hadaplah first second trimester ni dengan morning sickness ni. Untung Hana tak dapat morning sickness."

Mata aku terbuntang. Morning sickness? Luqman yang kena? Aku memang pernah terbaca pasal lelaki pun boleh dapat morning sickness tapi tak sangka jadi kat aku. Aku tergelak kecil.

Aku pandang Luqman dan Luqman tajam pandang aku sebab aku gelak. "Alah... b. Awak yang buat, awaklah yang tanggung." Ujar aku sambil gelak.

"Tapi mommy, Luq muntah after tengok pregnancy test tu. Sebelum ni tak pernah pun." Ujar Luqman selepas mencuci mulutnya.

"Itu sebab Luq tak sedar kewujudan nyawa dalam rahim Hana tu. So lepas ni, bila Luq kena morning sickness, Luq akan sentiasa ingat yang Hana sedang kandungkan anak Luq." Ujar Datin Laila.

Luqman pandang perut Farhana yang masih kempis. Tangannya mengusap perut isterinya. "Baby baby, nanti dah keluar, sayang daddy lebih dari mommy tau sebab daddy kena morning sickness ni. Sakit dada daddy." Ujar Luqman lembut.

Aku hanya gelak saja dengan gelagat Luqman. Hanya sekejap saja Luqman begitu. Kemudian dia kembali muntah di dalam sinki. Alah kesiannya suami aku ni.

"Sudah. Luq bawa Hana pergi check up." Arah Darin Laila.

"Okey, mommy." Balas Luqman selepas membersihkam mulutnya sekali lagi. Lemau badannya bila semua yang dimakannya keluar balik. Tapi sebab nyawa dalam rahim isterinya itu membuatkan dia semangat balik.

*************************************************
"Alhamdulillah, baby dalam kandungan ini dah 9 minggu dan sihat." Ujar Doktor Siti sambil menunjuk ke arah ketulan daging yang terpapar dalam skrin.

"Sayang, tengok tu." Ujar Luqman penuh teruja.

Aku hanya gelak. Macam budak-budak dapat masuk theme park pula Luqman ni.

"First baby lah ni?" Soal Doktor Siti.

Aku hanya mengangguk.

Apabila semua proses scan selesai, aku dan Luqman kembali ke meja doktor. "Saya akan set next appoinment. So ada apa-apa soalan nak tanya?"

Luqman pandang Farhana dan kemudian doktor. "Erm... doktor. Saya nak tanya sikit boleh tak?" Soal Luqman agak segan.

Doktor Siti hanya mengangguk. "Tanya je."

"Is it normal for the husband to get the morning sickness?" Soal Luqman.

"It's normal. Ada beberapa patients saya juga macam encik." Balas Doktor Siti.

Aku pandang Luqman. Aku pasti dia tak sanggup nak hadap morning sickness ni untuk a few months tapi nak buat macam mana, baby yang nak daddy dia yang kena. Aku kembali pada Doktor Siti. "Tapi doktor, ada tak cara nak kurangkan morning sickness ni?"

"Morning sickness ni bergantung pada individu. Kalau encik rasa teruk sangat, encik datang hospital balik untuk check. Yang paling penting bagi siapa yang menghadapi morning sickness ni, kena jaga waktu makan. Memang encik akan rasa nak muntah lepas makan tapi perut tetap kena isi supaya tak kena gastric pula." Jelas Doktor Siti.

Luqman dan aku sama-sama mengangguk. Beberapa minit kemudian, aku dan Luqman sama-sama keluar dari bilik doktor dan terus ke farmasi untuk mengambil ubat yang di prescribe doktor.

Melangkah kami ke pakir kereta, aku pandang Luqman. Tangan aku dari tadi tidak lepas dari gengaman Luqman. Aku lihat Luqman sedikit pucat selepas muntah di rumah tadi. "Luq, are you okay?" Soal aku risau.

Luqman pandang Farhana lalu mengangguk perlahan. "I just not feeling well."

Aku berhenti mengejut dan membuatkan Luqman juga berhenti melangkah. "Awak nak pitam ke? Kita masuk dalam balik."

"No. No. Saya rasa mual balik. Saya rasa apa saya makan tadi semua dah keluar."

Kasihan pula aku tengok Luqman begitu. Aku menyentuh pipi Luqman. "Let me drive. Awak rest okay?"

"Are you sure?"

Aku mengangguk laju. "Awak rest lah. Bukannya saya tak reti drive." Ujar aku lalu menghulurkan tangan, meminta kunci kereta dan Luqman terus mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.

Aku memeluk lengan Luqman. Kasihan suami aku. Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang telah berikan. Kau berikan seorang lelaki yang memberikan sepenuh kasihnya pada aku, kau berikan keluarga yang begitu menyayangi aku sedangkan tiada pertalian darah di antara kami. Kau kurniakan lagi nyawa yang sedang aku kandungkan ini. Begitu penuh kasih sayang kau pada aku, Ya Allah.

Air mata aku mengalir bersama senyuman. Aku pandang Luqman, dia sudah macam tak larat betul. Mata Luqman terpejam. "I love you," ujar aku membuatkam Luqman membuka mata.

Luqman teras lemah tapi dia gagahkan diri untuk senyum dengan ucapan dari isterinya. "I love you, my sweetheart." Balas Luqman lalu mencium ubun-ubun isterinya sekejap.

*TAMAT*

Satu Dalam Sejuta (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang