Part 26

1.6K 59 2
                                        

Usai membuat pembayaran, aku dan Bowie keluar bersama-sama dari kedai itu. Kami melangkah turun ke tingkat bawah. "Kau ada nak beli apa-apa lagi ke?" Soal aku pada Bowie.

Bowie melihat beg kertas dan plastik di tangannya. Apa lagi dia mahu beli. Ini bukan window shopping. Dia gelak sendiri dan memandang Farhana. "Nope. I think it's enough."

"Kalau macam tu, kita pergi makan dulu lah." Ujar aku setelah melihat jam tangan aku. Sekarang pun dah pukul 3 petang. Baik aku pergi makan dulu.

"Makan mana?" Soal Bowie dengan mata bersinar. Perempuan mana yang tak suka makan?

Erm... aku memandang kedai-kedai makan di hadapan aku. "Kenny's okey tak?"

Bowie mengangguk laju. Mana-mana pun dia tak kisah asalkan dapat makan.

Aku dan Bowie melangkah menghampiri restoran Kenny's Roger Roaster. Agak lama juga aku tak makan situ. Selalu makan kat TCRS je.

Sedang aku belek menu di restoran itu, tiba-tiba Bowie mengoncang lengan aku. Aku menoleh. "What?" Soal aku. Muncung Bowie mengarah ke satu tempat dan aku lihat ke arah yang ditunjuknya.

Luqman? Dengan... seorang wanita di sebelahnya. Wanita itu memegang lengan Luqman dengan mesra. Aku lihat mereka berbual pun mesra je. Siapa tu? Sepupu Luqman ke? Setahu aku, semua sepupu Luqman sama ada belah mommy atau daddy Luqman, aku kenal. Tak pernah pula aku kenal wanita tu.

"Siapa yang dengan Luqman tu, Hana? Mesra semacam je aku tengok." Soal Bowie. Dari tadi dia melihat dua susuk tu. Ingatkan salah orang tapi makin lama, makin dekat mereka menghampiri dia dan Farhana, dia pasti itu Luqman.

Aku mengangkat bahu. Mata aku masih memandang ke arah mereka. Otak aku masih meneka siapa wanita itu.

Bagaikan kena renjatan elektrik bila mata aku dan Luqman bertentang. Wajah Luqman sedikit terkejut. Mungkin baru sedar yang aku memandang dia. Luqman melangkah menghampiri aku. Aku perasan yang wanita di sebelah Luqman itu pun memandang ke arah aku dan Bowie dengan muka... muka masam mungkin? Jelas sangat perubahan wajah wanita itu.

"Buat apa kat sini?" Soal Luqman dengan senyum di bibir. Tipulah kalau dia terkejut jika bertemu dengan Farhana di situ. Yelah, hari ahad merupakan hari cuti Farhana.

Aku membalas senyuman Luqman dan kemudian beralih pada wanita di sebelah Luqman. Ei... pehal muka perempuan ni? Aku lihat wanita itu mula memeluk lengan Luqman. Amboi! Depan mata aku!

"Miss, can I know who are you?" Soal Bowie dengan wajah menyampah. Sakit pula hatinya melihat wanita gedik di hadapannya itu.

Aku terkejut. Aku memandang Bowie. Bowie memandang wajah wanita itu dengan wajah meluat. Bowie ni memang betul-betul tak boleh cover perasaan betul. Aku pun takde tanya siapa wanita tu.

"I'm Nadia." Balas Nadia dengan sebuah senyuman.

Aku senyum. Aku memandang Luqman. Wajah Luqman dah berubah riak. Pasti Luqman sedar kenapa Bowie berperangai begitu. Aku memandang Nadia pula. "Hi, Miss Nadia. I'm Farhana. Luqman's personal assistant." Kenapa aku mention pasal kerja aku instead of status aku dengan Luqman? Aku nak tahu apa pula hubungan dia dengan Luqman.

"Oh... you secretary Luqman. Glad to meet you. I'm his girl friend." Balas Nadia.

Aku berubah riak. Amboi... berani-berani mengaku girlfriend? Aku paksa diri aku untuk senyum.

"What?" Bowie sedikit terkejut. "How..."

Aku menahan lengan Bowie dari bersuara dan nasib baik Bowie faham. Luqman pun tak bersuara apa-apa. Biarkan jelah. "Saya tak pernah tahu bos ada girlfriend." Balas aku. Yelah, aku tak pernah tahu pun Luqman ada girlfriend.

"Sorry, my bad. You must be misunderstanding. I mean girl space friend. Kawan perempuan lah." Balas Nadia lalu tergelak kecil. Melihat wajah pekerja Luqman itu, membuatkan dia geli hati. Dia menoleh ke arah Luqman pula. "Hey, dear. You tak pernah bagitahu pula yang you ada pekerja funny macam ni?"

Dia dear kan tunang aku?! "Hurm... bos, Miss Nadia. Kami gerak dulu. We have a lot things to do." Balas aku. Aik? Sakit pula hati aku dengar wanita tu bermesra dengan tunang aku. Aku dengan Luqman pun tak mesra-mesra macam tu. Aku menarik Bowie.

"See you on monday, Hana." Balas Luqman tapi dia tak tahu sama ada Farhana dengar atau tidak. Entah kenapa dengan dia harini, mulutnya tak dapat nak keluar sepatah perkataan pun. Dia sedar wajah Farhana dan sahabat Farhana tu berubah tapi entah kenapa dia speechless dan membiarkan Nadia berbicara.

*************************************************
Aku start enjin kereta. Geramnya aku dengan wanita tu. Kalau betul itu kawan Luqman, takkanlah wanita tu tak tahu yang Luqman dah bertunang?

"Sumpah aku cakap. Aku rasa nak lempang je muka perempuan tu bila dia cakap dia girlfriend bos kau tu." Bowie hilang sabar betul.

Aku gelak perlahan dan pastinya dibuat-buat. "Kau ni over lah." Balas aku.

Bowie memandang Farhana. "Kau ni langsung takde perasaan jealous ke? He's your fiancé tau."

Aku mengangkat bahu. Jealous? Ada kot tapi apa hak aku nak cemburu buta kalau Nadia cakap dia cuma kawan perempuan Luqman. Aku menekan minyak dan keluar dari pakir.

"Kau ni Hana... kau ada hak tahu nak marah dia. Dia biarkan je perempuan tu peluk lengan dia. Sakit je hati aku."

Aku tidak membalas apa-apa. Tak tahu nak balas apa sebenarnya.

*************************************************
Aku memandang skrin telefon bimbit aku. Aku meletak telefon aku di atas tilam. Aku mengeluh. Kenapalah lagi sebulan majlis nikah aku dengan Luqman, banyak pula dugaan.

Orang lain bertunang, takde pula aku tengok diorang kena duga macam-macam. Masa sahabat-sahabat sekolah menengah aku nak kahwin, semua happy je. Semua smooth je. Dari preparation sampailah majlis bersanding. Macam mana aku tahu? Sebab aku kan bestfriend diorang.

Aku mencapai semula telefon bimbit aku semula. Skrin telefon bercahaya semula.

Are you okay, Hana? - Luqman

Yes, I'm ok. Why - aku

I'm sorry about earlier -Luqman

About what? - aku

Aku buat-buat tak tahu.

She's just my friend - Luqman

Ya, memang kawan. Dah Nadia tu cakap kau tu kawan dia. Nak je aku jerit depan muka Luqman. Aiseh... kenapa jealous semacam ni? Aku menarik rambut aku. Stress aku.

Yes, I know. Kan dia cakap tadi - aku

Mulut senanglah cakap kawan je tapi body language perempuan tu kemain... Macam girlfriend dan bukannya girl friend.

I just don't want you misunderstand - Luqman

I have no right bos. That was your personal life - aku

Hana... - Luqman

What? - aku

You have the right. I'm your fiancé - Luqman

Oh... sedar pula dia tu tunang aku? Aku menyepak-nyepak bantal peluk aku sampai bantal itu jatuh katil.

It's okay, bos - aku

Ha... saja aku panggil dia bos. Yelah, tadi pun aku kenalkan diri aku dekat Nadia sebagai pekerja Luqman. Luqman pun takde cakap apa-apa pun.

Hana... don't call me bos here - Luqman

Aku mengeluh. There's still a boundary between me and him.

I have something to do. Bye - aku

Aku mencampak telefon bimbit aku di atas tilam semula. Walaupun aku dengar ada mesej masuk tapi aku biarkan tidak berbaca. Biarlah... bagi aku tenangkan diri aku dulu.

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang