Part 30

1.5K 63 1
                                    

Aku dengar mama panggil aku dari ruang tamu utama jadi aku bangun. Baru tengah syok tengok Detective Conan. Siapa entah yang pasang movie tu.

Aku melangkah ke ruang tamu utama. Mata aku tertancap pada manusia yang berdiri di pintu. Luqman sedang menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah bersama sebuah bagasi kecil di tangannya.

"Hana... apa pandang je tu. Pergi ambil beg tu." Ujar Puan Suraya.

Aku melangkah mendekati Luqman. Aku cuba mengambil bagasi Luqman tapi dia halang tangan aku. Aku pandang Luqman dan dia hanya menggeleng dengan senyuman.

Aku melangkah mendahului Luqman ke ruang tamu keluarga semula. Kalau dekat pejabat, takde makna aku jalan dulu sebelum Luqman. Aku ni kan macam belangkas.

Luqman mengikut jejak Farhana ke ruang tamu keluarga sambil menolak bagasinya.

Sampai saja di ruang tamu itu, aku duduk semula di tempat aku tadi. Nasib baik takde siapa yang ambil tempat aku. Boleh cari pasal woo kalau curi tempat duduk.

"Bro!"

"Luq!"

Ha... bising balik. Tadi elok je semua fokus dekat televisyen. Bila muncul je Luqman dekat ruang tamu ni, terus kecoh.

"Ada orang merajuk kau stay kat hotel, bro."

Damn. Kepala aku pantas menoleh ke arah Abang Khai. Abang sepupu aku ni dah mental apa? "Abang Khai!" Marah aku.

Khai mengangkat tangan ala-ala surrender. "Abang tak mention sesiapa pun. Hana pula yang terasa."

Luqman gelak. Tak cakap pun takpe. Dia dah kena sound dekat What'sApp tadi. "Itulah. Saya ingatkan takde orang perasan saya balik hotel. Rupa-rupanya ada."

Aku pandang Luqman pula. Bila masa pula aku merajuk? Bila masa aku buat perangai mengada-ngada tu? Aku bangun. "Korang ni spoil mood Hana nak tengok tv lah." Balas aku dan mendaki tangga untuk ke bilik.

"Bro, baik kau pujuk Hana tu." Ujar Faris sambil gelak. Menggeleng-geleng kepala dia dengan perangai adiknya tu.

Luqman juga turut gelak sambil mengangguk faham. Dia kembali mengangkat bagasinya dan mendaki tangga.

Aku membuka pintu bilik lalu masuk dan menutup semula pintu itu. Suis lampu dan aircond aku pasang. Orang baru kahwin ni memang kena macam ni kaw kaw ke? Aku duduk di sisi katil. Geram pula aku dengan saudara-mara aku ni. Pantang bagi aku tenang sikit. Ada je benda nak sakat aku. Aircond yang mula sejuk tu pun tak dapat nak sejukkan hati aku.

Mata aku terarah pada pintu yang terbuka. Luqman melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup semula pintu itu. Bagasinya diletak disebelah almari.

"Dah solat Isyak?" Soal Luqman.

Aku yang memeluk tubuh, mengangkat muka lalu menggeleng.

"Tak boleh atau belum?" Soal Luqman lagi.

"Tak boleh." Balas aku.

"Ruginya." Balas Luqman perlahan.

Walaupun Luqman balas dengan perlahan tapi telinga aku tetap dapat menangkapnya. Ada maksud tersirat ke tu? "Rugi apa?" Soal aku untuk dapat kepastian. Kalau ada maksud lain, aku liku kepala Luqman ni. 'Eh, berani ke kau liku kepala bos kau?' Soal hati kecil aku. Liku kepala bos tak berani tapi liku kepala suami berani pula?

"Awak rasa?" Soal Luqman nakal dan bila dia lihat riak wajah Farhana berubah, dia menghampiri Farhana dan duduk di sebelah Farhana.

Jantung aku dah lain macam lagi sekali. Ciss... ada maksud tersirat rupanya. Bila Luqman duduk sebelah aku, aku bergerak ke tepi sikit. Aura Luqman malam ni lain macam. Yelah, selalunya sebagai bos jadi pastinya ada limit antara aku dengan Luqman tapi bila dah jadi suami isteri, mana ada limit dah!

"Don't come any near to me." Tegas aku bersuara.

Luqman gelak. Dia cuma hendak mengusik isterinya itu saja. "Mana ada saya datang dekat awak. Saya tak gerak pun. Saya duduk sini je dari tadi." Balas Luqman.

Aku menarik nafas lega. Nasib baiklah Luqman cuma sakat je. Kalau hari-hari dia sakat aku macam ni, mahu pendek nyawa aku.

Aku dan Luqman sama-sama diam. Kami duduk di sisi katil tanpa apa-apa perkataan keluar dari mulut. Kejap! Aku bangun tiba-tiba dan membuatkan Luqman terkejut.

"Where are you going?" Soal Luqman. Lemah jantung dia tadi bila tiba-tiba Farhana bangun secara mengejut.

"Kejap ye." Ujar aku tanpa memandang Luqman. Aku membuka bagasi aku. Bibir aku menguntum senyuman apabila aku jumpa barang aku nak cari.

Aku melangkah semula ke arah Luqman dan duduk di sebelahnya. Kotak di tangan aku tu, aku berikan pada Luqman. "Nah."

Luqman pandang kotak di tangan Farhana itu sebelum mengambilnya. Dia membuka kotak itu. "Cufflinks?" Soal Luqman terkejut.

"Your birthday's gift." Balas aku. Ya, sengaja atau tidak sengaja, hari pernikahan aku dan Luqman pada hari lahir Luqman. Tadi masa majlis makan lepas nikah, ada lah potong-potong kek sikit untuk sambut hari lahir Luqman cuma waktu tu mana sempat aku nak cabut lari naik bilik, pergi ambil hadiah.

Luqman tersenyum lebar. Dia mengambil satu cufflink dan dibeleknya. "So beautiful."

Aku senyum lebar. Nasib baik Luqman suka. Kalau tidak, aku ambil balik. Simpan biar jadi pekasam. Takpun aku jual je lah. Diamond tu weh.

Luqman memandang Farhana yang sedang tersenyum. Dia menarik kepala Farhana mendekatinya dan bibirnya melekap pada dahi Farhana kejap.

Mata aku terbuntang luas. Kepala aku automatik ke belakang. "Apa ni?" Wajah aku membahang.

"Thanks?"

"Cakap jelah. Tak payahlah buat macam tu." Marah aku.

Luqman hanya senyum saja. Dia benar-benar gembira. Luqman menyimpan semula cufflink yang dipegangnya ke dalam kotak. Dia bangun dan melangkah ke bagasinya. Bagasi kecilnya itu dibuka dan kotak itu disimpan.

Luqman bangun semula. "Saya nak solat jap." Ujar Luqman dan hilang ke dalam bilik mandi.

Wargh... aku menekup pipi aku dengan tapak tangan. Bahangnya muka aku. Aku membaringkan tubuh aku di atas. Kaki aku geselkan di atas comforter dengan kasar sampai banyak kelopak bunga mawar jatuh ke lantai.

Malunya... malunya... beraninya Luqman bertindak macam tu. Luqman selalunya behave je tapi takkan sebab dah jadi suami isteri, dia...

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Where stories live. Discover now