Part 11

1.4K 68 4
                                    

Akhirnya hari minggu yang aku tak pernah tunggu, hadir dengan matahari yang bersinar. Kenapa matahari ni macam gembira je dengan apa yang akan aku hadapi harini?

Baju kurung moden berwarna biru pastel yang tergantung di ampaian telekung, aku pandang sepi. Baju kurung moden itu ditempah khas oleh mama buat aku untuk harini.

Kenapa aku perlu hadapi semua ni? Aku meletak kepala di atas meja makeup.

Ketukan di pintu tidak membuatkan aku mengangkat kepala pun. "Come in." Jerit aku. Tak kisah siapa pun yang mengetuk pintu. Aku malas nak tahu.

"Hana, why you look so tired?"

Suara Bowie! Aku mengangkat kepala. "Damn it. You said you..." Hwargh... aku berlari ke arah Bowie lalu memeluknya. "Kau cakap kau kat Thailand." Ujar aku selepas meleraikan pelukan.

"Sis, ni hari bertunang kau tahu? Aku tak nak lepas benda-benda macam ni."

Aku gelak. "Sis, harini orang datang meminang je. Belum bertunang lagi."

Bowie mencebik. "Kau tahu ke siapa yang meminang kau?"

Aku mengeluh berat. Kakiku melangkah ke katil dan duduk di sisi katil. "You must know Datuk Wahid."

Bowie mengikut jejak Farhana dan turut duduk di sebelah Farhana. "What the hell? Bukan ke dia ada dua isteri?"

"See... kau pun terkejut. Aku yang kena ni, berkali-kali terkejut."

"Datuk ni dah lain macam maa..."

Aku baringkan tubuhku. "I can't believe this happened in my life!"

Ketukan di pintu membuatkan aku bangun dari pembaringan. Aku dan Bowie sama-sama menoleh ke pintu bilik aku. "Come in." Jeritku. "Ish?" Wajah abangku muncul dari belakang pintu.

"Ya Allah. Dik, kenapa kau tak siap lagi? Lagi sejam rombongan meminang nak datang." Ujar Faris lalu melangkah masuk.

"Ish! You have promised me. You will do everything to stop this even blocking them from enter our house."

"Dik, I tried what I can do. Please dik. For me and mama."

"How about me?" Nada suara aku sudah naik.

Bowie terkejut dan wajahnya terus memandang Farhana. Dia mengusap bahu Farhana. "Calm down, Hana."

"Dik, trust me. I will not ruin your life. You're my only little sister and forever my little sister. I'm doing my best as a brother."

Air mata aku mula mengalir deras. "But my life already ruined."

"Hey, Hana. Calm down. Always trust your family. They will not ruin you life. You're so precious in this family. Don't cry please." Ujar Bowie untuk menenangkan Farhana. Air mata Farhana dilap.

Faris mengeluh perlahan. "Bowie, please make sure she's ready within an hour. Thanks, Bowie." Ujar Faris lalu melangkah keluar dan menutup semula pintu bilik.

"Babe, kau tak breakfast lagi kan?"

Aku mengangguk sambil mengelap air mata aku. Ya, aku tak dinner dan breakfast. Nak tunjuk aku mogok. Walaupun abang aku hantar makanan sampai ke bilik pun, aku tetap tak sentuh. Cuma air saja aku minum.

Bowie membuka tote bag yang dibawanya. Roti bun dan Milo dikeluarkan. "Nah. Aku belikan untuk kau." Bowie letak dua makanan itu di atas peha Farhana.

"Wah... pancing aku nampak?"

"Tak payahlah nak mogok. Your health most important. Now, makan ni. Lepas tu pergi siap."

*************************************************
Aku menilik tubuhku di cermin. Makeup oleh Bowie. Nasiblah Bowie tak makeup aku macam opera cina. Hasil tangan Bowie itu memang sangat cantik. Yang paling bagus, aku siap warning Bowie supaya jangan makeup tebal-tebal dan Bowie dengar cakap aku.

Satu Dalam Sejuta (Completed)Where stories live. Discover now