Hari-hari aku di pejabat, sama je macam biasa. Luqman takde bangkitkan isu tentang ahad lalu. Nasib baik. Aku salute dengan Luqman yang professional macam tu. Yelah, mana tahu Luqman fikir aku marah ke. Tapi buat apa Luqman nak fikir macam tu? Itu kan life Luqman. Aku mengeluh.
Memandangkan hari ni Luqman tak ada meeting jadi tak banyak kali lah aku menghadap muka Luqman. Yelah, aku dengan Luqman kan macam belangkas. PA kena ikut jelah mana bos pergi.
Bunyi mesej masuk di telefon aku. Aku mencapai telefon aku di atas meja.
Eh, baru teringat ni. Hana kahwin lagi sebulan kan? - Esya
Ye kot. I dont know - Stef
Ha... itulah aku nak tanya. Kad kahwin bila nak bagi ni Hana? - Esya
Haah! Aku lupa. Kad jemputan perkahwinan aku tak bagi lagi. Bukan je tak bagi lagi, ambil pun belum lagi.
Kak Hana tak jemput kami keeee? - Liya
Eh... mana ada. Terlupa nak bawa lah - aku
How can you forgot? - Tan
:) sorry lerr... I give lah. Dont worry - aku
"Macam manalah aku boleh lupa ambil kad kahwin?" Omel aku sendiri lalu mengetuk dahi aku perlahan. Yelah, benda-benda macam tu mama dengan mommy Luqman yang uruskan tapi kalau diorang lupa, haruslah aku bertanggungjawab.
"Kad kahwin?"
Aku mendongak dan segera bangun. Luqman baru keluar dari biliknya. "Haa... yes bos."
"Kad kahwin?" Soal Luqman lagi sekali.
Aku berkerut. Apa yang Luqman tak faham? "Our wedding card." Balas aku. Ha, bagi jelas terus.
Luqman mengangguk. Dia saja je buat-buat tak faham. "We're free today, right?"
Aku mengangguk laju. "Yes, bos. No meeting today and you're free." Balas aku.
"Then, let's go get our wedding card." Ujar Luqman dan mula mengorak langkah.
*************************************************
Aku membelek dua jenis kad kahwin di tangan aku. Aku tak tahu pula macam ni kad kahwin aku. Satu warna krim dan satu lagi warna kelabu gelap. Kad warna krim tu biasa je dan warna kelabu tu siap dengan wax seal stamp LuF. Dia bukan U sebenarnya tapi simbol 'union' dalam matematik.Aku buka satu sampul kad berwarna kelabu. Orang kedai tadi bagi kami lebih satu untuk kami check sama ada okey ke tidak.
Aku baca details pada kad itu sebab tadi yang check Luqman. The Banquet Hall, Moon Palace Hotel. Mak aih... Kau tengoklah ni. Aku sendiri tak tahu yang majlis resepsi buat dekat Moon Palace Hotel. Aku pernah pergi wedding di hotel itu tapi bukanlah yang banquet punya. Banyak naw duit Luqman ni. Eh... ke parents Luqman yang sponsor?
Aku buka pula kad warna krim. Kad warna krim ni takde wax stamp tapi just ikat dengan ribbon. Soooo cute. Aku baca detail pula. Majlis bersanding di rumah.... TOK! Yay! Aku tersenyum. Kenapa aku suka rumah tok? Sebab rumah tok luas, cantik, sejuk je.
"Nanti reception card yang kelabu tu bagi kawan-kawan awak."
Aku memandang Luqman yang tengah fokus memandu. Aku pandang semula kad kelabu di tangan. Patutlah. Satu kad tu untuk sepasang je. Hahaha. Habislah kawan-kawan aku yang ada anak.
Luqman menjeling Farhana sekilas. Farhana sibuk dengan kad di tangan. Yelah, Farhana tak tahu apa-apapun tentang kad kahwin tu. "Kalau saya invite Nadia, awak tak kisah kan?"
Aku memandang Luqman semula. Apa ni? Takde nama lain ke selain Nadia? Takde kawan lain ke selain Nadia? Aku memaniskan wajah aku. "Suka hati awaklah. Dia kan kawan awak. Jangan lupa jemput Encik Haiqal. Dah lama saya tak jumpa dia. Rindu pula kat dia." Balas aku lalu tergelak kecil. Memanglah dah lama tak jumpa tapi takde sampai rindu-rindu bagai.
Luqman berdehem beberapa kali apabila Farhana kata Farhana rindu Haiqal. Jealous pula jadinya. "Awak tak ajak ke Hariz?" Soal Luqman.
Aku mengangkat bahu. "Awak tak kisah ke saya jemput dia?" Soal aku pula. Yelah, mana tahu lepas apa yang Luqman nampak haritu, Luqman tu anti dengan Hariz. Aku ni anti dengan Hariz takpe sebab aku ada sejarah dengan lelaki tu.
"Ikut awaklah. Kalau awak rasa nak jemput, then jemputlah." Balas Luqman.
Selepas apa yang Luqman balas, keadaan dalam kereta sunyi semula. Aku rasa keadaan macam ni paling awkward kalau dalam kereta berdua dengan Luqman. Kalau ada Naim, aku rasa okey lagi sebab kadang-kadang aku borak dengan Naim.
*************************************************
Aku meletakkan 9 kad jemputan di meja Liya memandangkan meja Liya paling dekat dengan aku. "Guys, this is the invitation card." Ujar aku. Orang pertama yang mencapai kad itu pastinya Liya. Selepas Liya, barulah Tan ambil dan mengagihkannya.Liya membelek-belek kad di tangannya itu. Wah... kali pertama dia dapat pegang kad mahal macam tu. Selalunya dia lihat wax seal tu dekat youtube je. "Luf? Wah... sweetnya. Love love love." Balas Liya lalu membuka sampul itu berhati-hati. Kad mahal tu.
Aku gelak perlahan. "Bukannya love tapi L union F." Terang aku.
"Kak, bunyi dia tetap love. Sweet lah akak ni dengan bos." Ujar Liya sambil mengeluarkan kad dari sampul. Dia membaca detail pada kad itu.
"Alah Hana..." Esya mengeluh.
Aku memandang Esya. "Awat ni?" Tanya aku.
"One card for a couple. Aku mana ada couple." Balas Esya lalu buat-buat menangis. Yelah, cuma dia je yang tak ada pasangan lagi. Fadil dah kahwin, yang lain-lain semua ada kekasih. Dulu yelah dia dengan Farhana je yang single (memandangkan waktu tu dia tak tahu pun sebenarnya Farhana dengan bos) tapi ni, Farhana nak kahwin dah.
Aku gelak lagi. "Drama queen betullah kau ni. Kau ajaklah adik kau. Acah-acah jadi boyfriend kau." Balas aku. Esya ada seorang adik lelaki umur 20. Not bad. Muka flower boy. Aku ada juga nak jadikan anak ikan tapi kakaknya aka Esya dah warning awal-awal.
Esya mengurut dagunya. "Bernas juga idea kau tu tapi... adik aku tu nanti kikis aku. Nak upah, temankan je pun." Ye, adik dia ni satu perangai. Apa-apa nak minta tolong mesti kena ada upahnya. Adiknya bukannya teruk tapi tulah cara adiknya dapat duit tiap-tiap bulan darinya memandang dia pun tak bagi duit bulanan pada adiknya itu.
"Alah... kikis duit kakak sendiri je pun." Balas aku.
"Untunglah Kak Hana. Lepas kahwin dengan bos mesti hidup akak best gila. Tiap-tiap bulan mesti bos bagi nafkah sampai gaji akak pun tak bersentuh." Ujar Liya sedikit cemburu. Yelah, baca je dari novel-novel melayu. Suami kaya-kaya bagi nafkah lagi banyak dari gaji si isteri. Dia juga nak dapat suami macam tu.
Jantung aku dah main rentak lain. Mata aku bagaikan petir menyambar pada Liya. "I don't like to hear that." Balas aku dengan nada keras. Ini perangai sama macam Cik Dah lah ni. Membara je.
Liya mengangkat muka, memandang Farhana. Dia dapat lihat mata Farhana tajam ke arahnya. Dia salah cakap ke? "I'm sorry, Kak Hana. Liya takde niat. I just want to say yang Kak Hana very lucky."
Farhana mengetap gigi. "Stop, Liya. Just continue your work." Ujar aku lalu melangkah pergi.
"Liya, kau dah kenapa naikkan isu nafkah gaji bagai. Mulut kau ni..." - Esya
"Haiya... lu ni Liya. Orang dengar ayat lu tu macam sarkastik tahu? Tak baik maa lu cakap macam tu." - Fadil.
Itu saja yang sempat aku dengar dari mereka. Aku menarik kerusi aku lalu duduk. Aku memeluk tubuh. Apa hak Liya nak cakap macam tu pada dia? Ingat aku ni apa? Kaki kikis apa?
*************************************************
Bersambung...
YOU ARE READING
Satu Dalam Sejuta (Completed)
Roman d'amourBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...