Selepas majlis makan-makan lepas nikah, aku masuk ke dalam bilik. Fuh... tak selesa aku nak pakai baju nikah ni. Baju nikah tu buatkan aku susah nak berjalan. Macam kepit je aku jalan dari tadi. Aku nak tukar baju.
Mata aku tertarik pada deretan barang hantaran aku dan Luqman di atas lantai. Bila masa entah diorang letak barang hantaran dalam bilik ni. Aku melangkah ke arah barang hantaran tu. Design dulang hantaran Luqman berbeza dengan aku. Aku punya berwarna putih emas manakala Luqman berwarna hitam emas.
Tiba-tiba aku teringat apa yang Jas katakan pada aku masa majlis nikah tadi. Dulang hantaran yang Luqman minta kosongkan tu, dia buat apa? Aku pun melihat satu persatu dulang hantaran tu dan...
Mini Mini Cooper dan di situ ada satu kunci kereta Mini Cooper. Aku menutup mulut tak percaya. "No. This is just a joke." Ujar aku tak percaya. Takkanlah Luqman betul-betul belikan aku Mini Cooper.
"Not a joke at all."
Aku pusing. "Luq?" Aku terkejut dengan kehadiran Luqman dalam bilik aku. Yelah, mana pernah lelaki masuk dalam bilik aku kecuali Faris. Tambah lagi, masuk tanpa aku sedar.
Luqman menutup pintu bilik. Bibirnya mengukir senyuman. Dia melihat bilik itu. Bilik tu wangi dengan bau kelopak mawar merah di atas katil. Dia melangkah ke katil lalu duduk di sisi katil.
Aku memandang saja Luqman. Jantung aku kembali berdegup kencang. Alahai... macamlah tak pernah berdua macam ni. Dekat office okey je aku berdua dalam pejabat Luqman.
"Do you like that?" Soal Luqman. Mata dia dan Farhana bertentangan.
"Are you serious buying that car? Like seriously?" Soal aku tak percaya.
Luqman mengangguk laju. "Kan awak yang nak."
Aku menepuk dahi. "Saya gurau jelah. Kan awak cakap nak beli mainan Mini Cooper je." Balas aku.
"I told you I will buy that mini one but I didn't told that I won't buy the real one, right?"
Aku pandang semula kunci di atas dulang hantaran itu. Takkan semua benda yang aku cakap, dia ambil serius. Tiba-tiba aku teringat semula perbulan aku dengan Luqman tentang aku nak kikis duit dia. Aku terus memandang Luqman.
Luqman terkejut dengan reaksi Farhana. "What?" Soalnya dengan nada terkejut tanpa dapat disorok.
"Don't tell me when I say I want to kikis your money, you meant it? Will you give your ATM card, credit card to me?" Soal aku curiga.
Luqman gelak. Kemain dia cuak tadi dengan reaksi isterinya. Rupa-rupanya pasal tu. "If you want, I can only give my credit card but not my ATM card." Balas Luqman dengan tawa yang masih bersisa.
Damn it. "Luq, it just a joke. Don't take it serious." Balas aku dengan serius. Aku tak nak orang fikir aku ni ambil kesempatan dekat Luqman. Yelah, aku bukannya ada hubungan istimewa dengan Luqman tapi tuptup nak kahwin.
"I know, Hana. What I gave and will give to you as an appreciation." Balas Luqman. Ya, dia tidak tipu. Dia tidak kisah untuk buat semua tu.
"Oh my god, Luq. Please don't do something like this anymore. Saya bukannya gold digger. Saya bukan kahwin dengan awak sebab awak kaya."
"But you're my wife now. I gave you all this things after you became my fiancée. I never give you something special when we're not in any relationship."
Ya, aku setuju. Luqman tak pernah bagi apa-apa yang special pada aku. Aku mengeluh perlahan. "I'm so thankful but please, this is the last thing." Ujar aku perlahan.
Senyuman di bibir Luqman mati. Hari pertama perkahwinan dia je dah ada perbalahan macam ni. Dia mengeluh perlahan. "I'm not promising that." Ujar Luqman perlahan cukup untuk dia sorang je dengar. Usahanya untuk menggembirakan Farhana bagaikan tidak berjaya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
Storie d'amoreBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
