Part 24

1.5K 54 0
                                        

Aku duduk bersila di atas lantai. Aku memandang mama yang duduk di sofa setentang dengan aku. Busy mama aku recheck preparation perkahwinan aku. Ada lagi 2 bulan tapi mama risau sungguh kalau ada apa-apa yang tak settle lagi.

"Ma... berapa juta kali mama nak recheck bendalah tu." Kata aku lalu mengalih pandangan aku ke arah televisyen. Tengok televisyen lagi best dari tengok mama yang risau je kerjanya tu.

Puan Suraya menjeling anaknya. Kepala anaknya diketuk dengan pen. "Ini adik punya wedding tahu? Adik ingat ni main-main ke? Adik relax-relax je, tak sedar ni wedding awak." Bising Puan Suraya. Mana tak naik hantu bila hampir 80% persiapan, dia yang uruskan. Anaknya senang lenang je.

Aku gelak. Ketukan di kepala aku langsung tak sakit. "Ma, buat apa nak stress-stress. We have 2 more months. Banyak lagi masa tu." Balas aku. Kasi mama aku chill sikit.

"Banyaklah kamu punya masa. Last fitting baju bila? Ni ha, kad pun belum siap lagi. Bilik kamu tu pun belum redecorate lagi. Banyak lagi nak buat."

"Eh... apa sentuh-sentuh bilik adik ni? Kenapa pula nak redecorate?" Ujar aku sedikit terkejut. Bilik aku tu dah okey dah.

Puan Suraya menggeleng perlahan. "No... no... bilik adik tu kena tukar banyak benda. Katil super single tu, kena tukar queen. Kalau tak macam mana kamu berdua nak tidur? Lepastu, almari kena tukar. Satu almari tu pun dah penuh baju kamu je. Then colour bilik kamu tu. Kusam je mama tengok. Ada ke biarkan je warna putih. Mama nak colour warna purple. Bagi ada aura sikit. Then awak punya meja belajar tu, mama nak tukar baru. Serabut mama tengok meja kamu tu. Banyak sangat rak tapi kosong. Haih... banyak sangat kalau mama nak list kan." Bebel Puan Suraya. Dia sudah list kan apa yang perlu diubah untuk bilik anaknya itu. Anaknya bakal berkahwin jadi takkan dia nak biarkan bilik tu macam bilik bujang juga.

"Mama hina bilik adik." Aku buat-buat sedih. Aku jadi tak kisah juga bila mama dah list kan macam tu. Betul juga cakap mama. Aku rasa mahu dah 10 tahun aku tak ubah apa-apa dalam bilik aku.

"Mama bukan hina tapi itulah kenyataan yang kamu tak nak terima." Ujar Puan Suraya dan kembali pada helaian kertas di depannya.

Aku mencebik. Mama ni...

*************************************************
Bunyi mesej masuk dari telefon aku membuatkan aku bangun dan mencapai telefon di atas meja. Yelah aku tengah baring di sofa.

Mesej aku buka. Mesej dari Luqman.

Hana, are you busy now? - Luqman

Nope. Why? - aku

What are you doing now? - Luqman

Ni dah kenapa tanya apa aku buat ni? Aku melihat jam di telefon bimbit aku. Jam sudah pukul 11.50. Takkanlah Luqman nak ajak aku keluar tengah-tengah malam ni.

Just watching tv - aku

What drama? - Luqman

Okey. Aku tak faham kenapa Luqman tiba-tiba nak mesej aku ni. Tak straight macam selalu.

Korean drama. I'm sorry but why you message me? - aku

Seketika Luqman tidak membalas tapi status masih online. Luqman sentap ke aku tanya macam tu? Dan akhirnya barulah aku nampak status typing...

Saja. Boring takde benda boleh buat - Luqman

Lah... boring-boring tengah malam ni, pergilah tidur. Aku membaringkan tubuh aku semula.

Dah malam. Awak tidur jelah - aku

Hahaha. Tak rasa mengantuk lagi - Luqman

Oh... - aku

Aku tak tahu nak reply apa dan itulah apa aku reply kalau takde idea. Aku tunggu Luqman reply tapi seketika langsung takde reply walaupun Luqman masih online. Mungkin Luqman pun tak tahu nak borak apa. Baru je aku nk letak balik telefon aku di atas meja, aku nampak status Luqman typing...

Hana... - Luqman

Aku tunggu lagi memandang Luqman masih typing...

Nanti hantaran, tinggalkan satu kotak kosong - Luqman

Satu kotak? Kenapa? - aku

Adalah... make sure tinggalkan satu kotak tau - Luqman

Oh... ok - aku

Then, goodnight fiancée - Luqman

Aku hampir nak tergelak bila Luqman tulis fiancée. Awkward pun ada juga. 90% aku anggap Luqman ni bos aku. 10% sebagai cousin. Takde 1% pun aku anggap tunang atau bakal suami. Aduyay.

Goodnight, bos - aku

Eh... goodnight Luq - aku

Aku lock skrin telefon aku dan letak di atas meja. Mama yang duduk setentang dengan aku, aku pandang. "Ma... Luq suruh kosongkan satu kotak hantaran."

Puan Suraya menoleh. "Satu kotak? Nak buat apa?"

Aku mengangkat bahu. "Mana adik tahu. Mama kosongkan jelah."

"Kalau macam tu, buah tak payahlah."

Aku hanya angguk saja. Ikut jelah apa jela yang mama aku suruh. Orang lagi berpengalaman.

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang