Macam tekaan aku tadi. Semua senyap je bila nampak big boss datang kat meja makan rakan-rakan sekerja aku. Yelah jarang kot boss nak makan sekali macam ni, nak pula harini big boss bad mood.
Aku melemparkan sebuah senyuman kepada rakan-rakan sekerja aku. "Sorry lambat. " Ujar aku lalu mengambil tempat yang Tan berikan untuk aku dan Luqman. Tan terpaksa berpindah ke kerusi sebelah aku supaya dapat bagi aku dan Luqman duduk.
"Dah order ke?" Soal aku sambil membelek menu di Tan tadi. Aku menolak sedikit menu itu pada Luqman supaya Luqman boleh tengok sekali.
"Belum lagi, kak. Kami tunggu Liya tadi." jawab Tan.
Aku mengangguk faham. Suasana di meja itu sunyi je. Aku pun dah rasa awkward kat situ. Aku mengangkat muka memandang Luqman di sebelah yang masih membaca menu. "Bos nak makan apa?" soal aku dan membuatkan Luqman mengangkat muka memandang aku sekejap sebelum memandang menu semula.
"Sayang nak makan apa?" soal Luqman pula. Dia memang jarang makan kat Nandos ni jadi dia tidak tahu sangat nak makan apa kat sini.
Membulat mata aku bila Luqman panggil aku sayang. Eh... dia ni. Aku memandang rakan sekerja aku pula. Aku pasti diorang dengar. Aku lihat Stef dan Esya sedikit terkejut. Tangan aku terus mencuit peha Luqman geram.
Luqman menoleh ke arah Farhana semula apabila terasa pehanya dicubit. "What's wrong, sayang?" soal Luqman tapi Farhana memandang pekerjanya yang lain jadi dia turut memandang ke arah mereka. Mereka semua memandangnya sedikit terkejut. "Oh, ya. Today is my treats." ujar Luqman dan kembali menilik menu di hadapannya.
Aishh. Dia ni kan. "Korang order lah. Mood bos dah okey." Ujar aku lalu tergelak kecil dan tawa aku disambut dengan tawa yang dibuat-buat dari rakan-rakanku.
Aku kembali pada menu dan seketika kemudian, kami membuat pesanan. Usai membuat pesanan, rakan-rakan sekerja aku mula berbual. Aku pandang Luqman. Dia dah dengan phone dia.
"Isa cakap family day department diorang buat kat Terengganu. Preparation diorang gempak gila. Aku nampak diorang bawa macam-macam hadiah lucky draw."
Aku tertarik dengan perbualan rakan-rakanku. "Bila diorang punya family day?" Sampuk aku.
"Lusa kak. Jumaat dorang gerak." Jawab Tan.
Aik? Jumaat? Aku toleh ke arah big boss dan kembali pada Tan. "Big boss luluskan cuti dorang?" Soal aku.
"Bos bagi half day. Pukul 3 dorang gerak."
Aku mengangguk faham. Aku terlupa pula yang aku pernah berhenti kerja sebab tu aku tak tau pasal cuti tu. "Big boss kita tak nak buat family day untuk department kita ke?" Ujar aku.
Stef gelak. "Big boss kan suami you. You cadangkan lah." Bisik Stef. Big boss ada semeja, tak boleh cakap kuat-kuat.
Aku tersenyum sumbing. Aku yang cakap? Hurm... akan dipertimbangkan.
Tak sampai beberapa minit, makanan kami sampai. Aku lihat ayam nandos di hadapan aku. Wohooo. Aku capai pisau dan garfu. Baru saja aku nak potong ayam, bahu aku dicuit. Aku pandang Luqman.
"Sayang, I have emergency meeting now. I need to go now." Ujar Luqman sambil mengeluarkan kad kredit dari dompetnya.
Aku letak pisau dan garfu bersama kerutan di dahi. "Right now? Your food?" Soal aku.
Luqman letak kad kredit di hadapan isterinya. "It's okay. I will meet you at the office. Enjoy your meal." Ujar Luqman lalu bangun. "Oh ya, I will send the password by message." Lantas Luqman melangkah pergi.
Aku pandang Luqman yang dah keluar dari restoran Nandos ni. Emergency meeting tapi.... something wrong.
"Hana, bos pergi mana?" Soal Esya.
Aku menoleh. "Emergency meeting." Jawab aku lalu menyambung suapan aku yang tergendala tadi.
Sepanjang aku makan, aku rasa macam tak tenang. Kalau betul emergency meeting, kenapa Luqman tak bawa aku sekali. Takkan baru beberapa minggu aku tak masuk kerja, dia dah lupa tugas aku.
Aku keluarkan telefon dan satu aplikasi pengesan telefon aku buka. Ya, aku pasang peranti pengesan pada telefon bimbit Luqman. Aku fobia dengan apa yang Luqman dah buat dekat aku. Dahi aku berkerut.
"Hana, you look disturbed. Why?"
Aku pandang Liya. "Liya, akak nak pinjam kereta Liya kejap. Urgent." Ujar aku dan Liya mengangguk laju dan menghulur kunci keretanya pada aku.
"Kereta Liya kat main entrance. Touch n go kat cup holder." Ujar Liya. Risau pula dia jadinya melihat Farhana cemas sebegitu.
Aku mengangguk laju dan terus melangkah ke kaunter bayaran untuk bayar bil. Selesai bayar, aku terus mendapatkan kereta Liya.
*************************************************
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
