Part 49

2.2K 58 0
                                        

Harini Luqman bawa aku sekali jumpa Alisa. Biarlah orang nak cakap aku kongkong suami ke apa. Luqman suami aku kot.

"Tu Alisa dah sampai." Ujar Luqman.

Aku memandang ke arah yang dimaksudkan Luqman. "Awak dengan dia takde private message kan?" Soal aku curiga.

Luqman pandang aku. "No, sayang. Saya mesej dengan dia bila nak jumpa ni je. Kejap lagi Encik Ahmad join kita."

"Encik Ahmad, lawyer waktu awak kena..."

"Yes. I think he's the right one for this case."

Aku hanya mengangguk saja. Ya, Encik Ahmad lah lawyer Luqman waktu Luqman dituduh memberi rasuah. Lama sudah tak jumpa Encik Ahmad.

Luqman lihat isterinya seperti termenung. Tangannya mencapai tangan Farhana lalu dikucupnya lembut. "Why sayang?"

Aku menoleh ke arah Luqman kerana terkejut. "Huh? Nothing. Jom lah." Ujar aku lalu menarik tangan aku dari gengaman Luqman. Walaupun dah berapa lama kami kahwin tapi aku still tak boleh adapt dengan romantik Luqman. Luqman bila jadi suami macam Luqman yang baru.

Luqman tergelak kecil. "Comellah awak ni," ujar Luqman lalu membuka pintu kereta dan keluar,

Alah kembanglah pula dipuji comel. Aku juga turut keluar dari kereta dan ikut langkah Luqman ke meja tempat Alisa tunggu.

"Assalamualaikum, Alisa." Luqman tegur.

Alisa menoleh. "Waalaikumsalam, abang, Kak Farhana. Duduklah."

"Maaflah kami lambat." Ujar Luqman sambil menarik kerusi untuk Farhana. Bila Farhana dah duduk, baru dia duduk di sebelah Farhana.

"Eh, takpe. Lisa pun baru je sampai."

"So, ada apa-apa perkembangan tak kes tunang Alisa? Ada evidence?"

"Kami ada dapat bukti baru tapi tak pasti boleh guna atau tak. Itu yang Lisa risau tu."

"It's okay. Abang dah dapatkan lawyer, jadi nanti Lisa discuss dengan dia. Tapipun dia lagi arif untuk hal-hal macam ni."

Alisa mengangguk faham.

"Mak sihat?" Soal Luqman.

Aku terus pandang Luqman. Mak? Eish, menyesalnya aku ikut dia ni. Tengah hati aku membara, tiba-tiba tangan Luqman meramas tangan aku di bawah meja seperti memujuk aku.

"Alhamdulillah mak sihat. Kalau abang ada masa, datanglah melawat mak. Bawa Kak Farhana sekali." Ujar Alisa. Kemudian dia memandang Farhana yang sejak dari tadi senyap saja. "Kak Farhana, Lisa betul-betul minta maaf dengan apa yang dah jadi antara Lisa dengan abang. Lisa takde niat pun nak rampas abang dari akak."

Aku mengetap gigi menahan marah tapi dalam masa yang sama aku memaks wajah aku senyum. "Akak harap awak cepat-cepatlah kahwin dengan tunang awak." Balas aku. Lagi cepat Alisa ni kahwin, lagi cepat tanggungjawab Luqman pada Alisa dilepaskan.

"Plan kami lagi beberapa bulan je tapi aral melintang. InsyaAllah kalau settle kes ni, kami akan nikah seperti dirancang lah. Nanti Lisa hantar kad jemputan."

Beberapa minit kemudian, Encik Ahmad sampai. Setelah itu makanan yang dipesan pula sampai. Sepanjang aku makan, aku hanya mendiamkan diri dan hanya mereka tiga sahaja berbual tentang kes tunang Alisa.

"Okeylah. Kalau macam tu, Encik Ahmad buat saja apa yang terbaik. Semua kos atas saya." Ujar Luqman lalu berjabat tangan dengan Encik Ahmad.

"Kalau macam tu, apa-apa info dari tunang Cik Alisa, terus bagitahu saya. Setiap info tu penting." Ujar Encik Ahmad pada Alisa.

"Lepasni Alisa berhubung dengan Encik Ahmad. Abang dapat bantu sampai sini je."

Alisa mengangguk faham. "Terima kasih Encik Ahmad." Ujar Alisa dan menunduk hormat pada lelaki itu.

Encik Ahmad menoleh ke arah Farhana. "You got a perfect husband, Puan Far... opss Datin Farhana."

Aku hanya tersenyum dan berjabat tangan dengan Encik Ahmad. "Hope you can win this case." Ujar aku.

Encik Ahmad melangkah pergi. Aku pandang Luqman yang masih duduk menyedut minuman. Dia ni tak nak balik ke?

"Ni Lisa balik kampung macam mana?"

"Hurm. Bas kot."

"Kan abang ada belikan kereta, kenapa tak drive je ke sini?"

Mata aku membuntang. Belikan kereta untuk Alisa. Wah... membara jiwa aku.

"Tak confident nak drive jauh-jauh. Tapipun tiket bas bukan mahal sangat."

"Nanti balik hati-hati tau. Kirim salam kat mak."
Ujar Luqman. Baru dia nak menyambung kata-katanya, Farhana mencubit pehanya dan membuatnya menoleh.

"Sayang, I nak baliklah." Ujar aku memandang tepat pada Alisa. Nak bagi warning yang Luqman tu suami aku. Oh siap dapat kereta ye? Aku pandang Luqman. "Oh, takpelah. I boleh balik naik grab. Bukan mahal sangat pun." Ujar aku lalu bangun dari duduk.

Luqman terkesima. Lengan Farhana ditahannya. "Wait sayang." Luqman turut bangun. Dompet dikeluarkan dan sekeping not RM100 diletak atas meja. "Lisa tolong bayarkan ye." Ujar Luqman sebelum menoleh ke arah Farhana yang sudah mula melangkah. Sudah satu kerja nak pujuk si isteri.

"Okey, jangan risau. Abang jaga Kak Farhana elok-elok tau." Pesan Alisa sebelum Luqman dan Farhana berlalu pergi.

Sampai saja di kereta, aku terus bolos dalam perut kereta. Satu perkataan pun aku tak cakap. Luqman pun hanya diam saja.

Luqman menoleh memandang Farhana. "I love you." Ujar Luqman sebelum memulakan perjalanan.

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang