Kali ini, adiknya lagi teruk bersedihnya. Kalau dulu dengan Hariz, cuma beberapa hari saja tapi dengan Luqman ni sampai seminggu dah adiknya mengurung diri dalam bilik. Lagi buat dia dan mamanya risau bila adiknya hanya makan sarapan saja. Bilik gelap. Asyik berselubung. Bilik bersepah dek kerana barang dicampak-campak.
Faris menolak pintu bilik adiknya tanpa diketuk. "Adik..." Bilik adiknya terang. Aik, langsir bilik adiknya sudah diselak. Bilik adiknya tak segelap macam seminggu ni. Faris melihat ke arah katil. Adiknya sedang bermain telefon bimbit.
"Dik..." panggil Faris lagi sambil kakinya melangkah ke arah katil lalu duduk di sisi katil. Dia memandang adiknya. Terlihat sedikit sunggul wajah adiknya itu. "Adik, kau sihat tak ni?"
"He never loves me." Ujar aku. Mata aku masih fokus pada permainan candy crush.
"Apa kau cakap ni? Luq sayangkan kau."
"He never loves me." Ulang aku.
"Dik... apa yang Luq boleh buat untuk dia buktikan yang dia sayangkan kau?"
Aku memandang abang aku. "Dia boleh fikir apa yang dia patut buat untuk buktikan dia sayangkan adik."
"What do you mean?"
"Divorce me."
"Cerai tu boleh buktikan yang dia sayangkan kau? Kau gila ke, dik? Bila tak jumpa dia ni pun, kau dah macam ni, inikan pula kalau dia ceraikan kau. Lagi teruk dari ni lah jadinya, kan?"
Aku terdiam. Aku cuma mahukan Luqman untuk aku sorang saja. Hati aku mahu Luqman ceraikan Alisa tapi mulut aku cakap sebaliknya.
Air mata aku mengalir lagi. Kenapa seminggu ni aku asyik menangis saja? Aku letih. Otak aku letih. "He never loves me." Ujar aku.
"Saya takkan ceraikan awak sampai saya mati."
Darah aku berderau. Mata aku terarah ke pintu bilik aku. Luqman... Luqman... air mata aku mengalir dengan lebih deras bersama esakan.
Faris mengeluh. Dia bangun dari katil adiknya dan melangkah ke pintu bilik adiknya. Bahu Luqman dipegangnya. "Kau tahu kan apa yang baik apa yang buruk, kan? Fikir elok-elok." Ujar Faris dan keluar dari bilik. Pintu bilik adiknya ditutup. Bagi privasi untuk adiknya dan Luqman.
"Hana..." Luqman melangkah ke katil di belah Farhana baring. Dia duduk di sisi katil. Fail di tangannya diletak di atas meja sisi katil. "Sayang..." panggil Luqman. Pipi Farhana diusapnya.
"Go away, Luqman." Aku menarik wajah aku dari diusap Luqman.
"I miss you." Luqman mengusap kembali pipi isterinya.
Aku tak mampu. Semakin kuat esakan tangisan aku.
Luqman pilu. Tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukannya. Belakang kepala Farhana diusap lembut. "Sayang, I love you forever and ever."
"You're lying." Balas aku lemah.
"I love you until I die."
Aku menolak tubuh Luqman. "Awak ada isteri lain. Pergilah kat dia."
"I only have a wife."
"Liar!" Jerit aku.
Luqman mengucup bibir Farhana kejap sebelum menjauhkan bibirnya dari bibir Farhana. "Only a wife, sayang. Saya dah cerai dengan Alisa. Saya tak nak kehilangan awak."
Aku menggigit bibir. Benar ke apa yang Luqman katakan atau setakat nak sedapkan hati aku je? "Bukti."
"Bukti?"
"Surat perakuan cerai awak dengan dia."
"Oh..." Luqman mencapai failnya lalu mengeluarkan satu helaian kertas dan diberikan kepada Farhana.
Aku mencapai kertas itu. Surat perakuan cerai. Luqman bin Jamal dan Nur Alisa binti Ahmad. Mata aku berair. Aku memandang Luqman dan terus memeluk tubuh lelaki itu.
Luqman senyum lebar. Pelukan isterinya itu dibalas. "I truly love you, sayang."
"I love you too, b."
"B?" Luqman meleraikan pelukan.
Aku mengangguk. Mood aku 360 darjah berubah. Kalau tadi bersedih tapi sekarang excited. "Yelah. B. Ke awak nak saya panggil baby? Ke sayang juga? Ke dear? Ke darling?"
"Abang?"
"Hell, no. First, Alisa panggil awak abang. So panggilan abang tu dah tercemar. Second, kitakan sebaya. Tak selesa nak panggil abang-abang ni."
Luqman tergelak kecil. Satu kucupan pantas di bibir Farhana diberikannya. "Tak kisah apa-apa pun asalkan awak tak panggil saya nama je. Tak rasa connection between us bila awak panggil saya nama je."
"Bila saya panggil b, awak rasa connection ke?"
Luqman mengangguk. "I feel like I don't want us to leave this room." Ujar Luqman dengan senyuman penuh makna.
Aku menelan liur. Weh, lain macam dia senyum suami aku ni. Mata Luqman tu pun macam nak terkam aku je. Aku terus menolak comforter yang menutup bahagian perut ke kaki aku lalu bangun. "Awak stay sini. Saya nak keluar." Ujar aku. Baru selangkah kaki aku melangkah, tangan aku direntap dari belakang dan aku terduduk semula di atas... riba Luqman?
Luqman memeluk pinggang Farhana. Belakang bahu yang tertutup dengan baju pyjama satin, dikucupnya.
Berderau darah aku apabila terasa belakang aku dicium. Kepala aku tidak bergerak, cuma bola mata aku yang ke hulu ke hilir bergerak. Jantung aku memang tak payah cakaplah.
Luqman meletakkan dagunya di atas bahu Farhana. "I'm really sorry, sayang. Saya sangat-sangat bersalah. I promised to myself that I won't hurt you but..." Ujar Luqman. Dia memang bersalah.
Jari Luqman yang berada di pinggang aku, aku gengam lembut. Aku betul-betul sayangkan Luqman. Aku tak sanggup kehilangan lelaki ni. "I forgive you but make sure you won't do something like this again or I won't forgive you anymore." Ujar aku.
"Thanks, sayang." Ujar Luqman lalu mengucup leher Farhana kejap.
Lagi sekali! Aku terus menolak tangan Luqman yang memeluk pinggang aku lalu bangun. Aku mengadap Luqman. "Please don't kiss me like that." Ujar aku jujur atau aku mungkin tak dapat melawan ciuman seperti itu lagi.
"Why? Is it hot?" Soal Luqman nakal. Dia boleh lihat wajah Farhana yang sudah kemerahan. Terlalu jelas untuk dia buat-buat tak nampak.
Ei... geramnya aku. Kenapa Luqman ni makin nakal? Aku melangkah keluar dari bilik. Tak mampu aku nak berdua-duaan dengan Luqman dalam bilik ni. Takut lain pula jadinya kejap lagi.
*************************************************
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...