"Dik... kau biar betul?"
Aku membuka pintu kereta dan keluar dari Honda Civic Coope abangku. Makin membara hati aku melihat kereta yang tersadai di halaman rumah kampung itu. Tak guna!
Faris cepat-cepat mematikan enjin keretanya dan mengikut jejak adiknya. Risau pula jadinya. Melihat mata adiknya yang membara itu, lagi buat dia tak keruan.
Faris menarik lengan adiknya. "Dik... kita buat cara eloklah. Jangan serang-serang rumah orang."
Aku tak peduli dengan apa yang abang aku katakan. Tangan Faris aku tepis. Kaki aku laju memanjat tangga batu dan sekarang aku berada betul-betul di depan pintu kayu rumah itu.
Faris menggaru kepala yang tidak gatal. Dia ikut memanjat tangga.
Aku menggengam tangan di depan pintu kayu itu. Ikutkan hati, mahu saja aku mengetuk pintu tu sampai roboh tapi aku masih boleh berfikir waras. Aku mengetuk pintu itu dengan berhemah.
Faris membuat muka terkejut. Mati-mati dia ingat yang adiknya nak serbu masuk terus. Farhana tetap Farhana. "Assalamualaikum..." Faris memberi salam memandangkan adiknya dari tadi senyap saja sambil mengetuk pintu.
Beberapa kali salam diberi, pintu itu akhirnya dibuka dari dalam.
"Waalaikumsalam." Alisa membuka pintu. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran orang yang tak dikenalinya itu. Kejap! Dia memandang kedua-dua orang di depannya itu. "Eh, abang dengan akak kat kedai haritu." Ujar Alisa dengan senyuman.
"Yes." Ujar aku pendek. "Boleh masuk?" Soal aku. Soalan aku itu membuatkan Alisa sedikit terkejut. Yelah, aku pula yang menjemput diri sendiri masuk.
Senyuman Alisa bertukar janggal. "Er... jemputlah masuk." Jemput Alisa.
Aku terus masuk ke dalam rumah itu. Rumah itu memang gaya rumah kampung kayu dulu-dulu dan tak tipu rumah itu cantik walaupun gaya lama. Aku mengambil tempat di sofa rotan walaupun tanpa dijemput.
Faris menguntum senyuman pada Alisa sebelum melangkah masuk. Amboi... adiknya tu memang tebal muka habis. Faris mengambil tempat di sebelah adiknya.
Alisa memandang dua orang yang tak dikenalinya itu. "Erm... akak dengan abang ni siapa?" Soalnya. Yelah, takut juga dia bila menjemput orang yang tak dikenalinya ke dalam rumah.
Aku mengangkat muka, memandang Alisa. "Call him." Ujar aku tegas.
"Huh?" Alisa tak faham. "Panggil siapa?"
"Dato Luqman Dato Jamal." Ujar aku. Buat-buat tak faham pula.
"Erm... ada urusan apa ye akak dengan suami saya?" Soal Alisa curiga. Wanita di depannya itu sangat classy. Girlfriend suaminya ke?
Aku gelak tak percaya. Aku memandang abang aku dan abang aku pandang aku dengan wajah yang aku tak dapat tafsirkan. "Suami dia, Ish." Ujar aku sambil ketawa.
"Lisa... siapa yang datang tu?" Jeritan dari dapur.
"Kejap mak... kejap lagi Lisa turun." Balas Alisa dan kembali ke arah dua orang itu. "Akak abang, saya tak tahu apa tujuan akak dengan abang datang sini. Boleh tak kita straightforward?"
Straightforward? Aku bangun. "Panggil suami kau tu sekarang!" Ujar aku tak mampu untuk menahan marah.
Alisa terkesima. "Apa akak ni? Datang rumah orang, nak marah-marah. Apa masalah akak dengan suami saya?"
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku memandang Faris. "Ish, suruh perempuan ni panggil Luq sebelum tangan ni melayang kat muka dia." Ujar aku. Aku sudah mengepal penumbuk, menahan marah.
Faris turut bangun. Dia memeluk bahu adiknya. Dia memandang Alisa. "Alisa, tolong panggil Luqman." Lembut Faris berbicara.
Alisa menggeleng. Apa pula nak panggil suaminya. Tiba-tiba menyerang macam tu, lagilah dia takkan panggil.
"Lisa."
Mata aku terus menangkap susuk tubuh yang baru masuk ruang tamu. Bibir aku tersenyum sinis.
Luqman kelu melihat Farhana dan Faris di ruang tamu itu. Dia terdengar macam suara Farhana tapi tak sangka itu memang Farhana. "Sayang!"
Alisa memandang Luqman. Sayang? Alisa mencapai lengan Luqman. "Abang, siapa mereka ni?" Soal Alisa.
"Jangan kau perasan yang kau dapat title Datin tu." Ujar aku pada Alisa.
"Sayang..." Panggil Luqman.
"Abang siapa ni?" Soal Alisa sekali lagi.
"Aku ni isteri Luqman, perampas!" Tengking aku. Tanpa sedar air mata aku mengalir. Sakitnya hati ni. Abang? Baru seminggu lebih kahwin, dah panggil abang-abang?
Mata Alisa membuntang. "Abang betul ke?"
Luqman menarik lengannya dari dipegang Alisa. Sudah seminggu dia tak berjumpa Farhana. "She's my wife." Ujar Luqman.
Aku mengelap air mata di pipi. "Baru sekarang nak mengaku isteri ke? Masa kahwin tu, tak sedar ke dah ada isteri?" Tengking aku pada Luqman pula.
"Apa bising-bising ni?" Puan Aminah masuk ke ruang tamu. Dari dapur dapat dengar. "Eh, siapa kamu berdua ni?" Soal Puan Aminah pelik. Wanita yang tak dikenalinya itu sudah merah mata. Drama apa ni?
"Mak..." Alisa pergi ke emaknya. "Itu isteri abang." Ujar Alisa.
"Isteri?!" Terjerit Puan Aminah. Apa pula dah ni? Satu demi satu masalah dia hadapi.
"Luq... saya nak awak lepaskan saya. Saya takkan pernah redha untuk hidup bermadu." Air mata aku dah mengalir semula.
"Sayang..." - Luqman
"And you woman, be happy with your new life as Datin."
"Drama apa ni, Luqman?" Puan Aminah sudah naik suara.
"Mak... nanti saya jelaskan." Balas Luqman.
Aku senyum. Lihatlah layanan Luqman dengan keluarga itu. "Luq, saya tunggu surat cerai dari awak and from now, I quit as your PA, cousin, fiancée and wife." Ujar aku. "Ish jom."
*************************************************
Bersambung...
YOU ARE READING
Satu Dalam Sejuta (Completed)
عاطفيةBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...