Bowie memeluk lengan Farhana. "Kau nak berbuka kat mana, Hana?"
Dari tadi aku dan Bowie pusing di tingkat LG di Sunway Pyramid itu. "Aku tak tahulah. Selalunya kedai-kedai ni dah full reserved so pukul 8 nanti baru boleh makan."
"Then kau nak buka kat mana?"
Aku memandang kedai makan di Marakesh. Satu kedai yang menarik perhatian aku. "Aku nak take away ayam Kyochon tapi aku nak buka kat athe Chicken Rice Shop." Ujar aku. Nasiblah dua kedai itu bersebelahan saja. "So first, let's reserved our sit at TCRS. Lepas tu, aku nak take away ayam Kyochon." Sambung aku lagi.
"Banyaknya kau nak makan." Balas Bowie.
Aku memandang Bowie dengan sengihan. Sekali-sekala tak jaga makan. Aku dan Bowie sama-sama melangkah ke Kyochon. Reserve TCRS kejap lagi, boleh je.
Sampai di hadapan kedai Kyochon, aku lihat terdapat beberapa pasangan sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke kedai itu. Kalau beratur macam tu, sah-sah pukul 8 nanti baru boleh makan.
"Selamat datang, kak. Akak nak take away ke?"
Aku ditegur oleh waiter kedai itu. Aku mengangguk lalu memandang menu di hadapan aku. "Bowie, kau nak apa?" Soal aku tanpa memandangnya.
Bowie menyiku pinggang aku, membuatkan aku menoleh ke arahnya. "Apa dia?" Soal aku.
Muncung Bowie menunjuk ke satu arah di dalam kedai. Seorang lelaki yang amat dikenalinya.
Aku memandang ke arah yang dimaksudkan Bowie. Mata aku terbuntang. Bos! Lelaki itu sedang melangkah ke arah aku.
Luqman senyum. "Nak makan sini ke?"
Aku menggeleng perlahan. "Saya nak take away je." Balas aku.
"We're going to eat at The Chicken Rice Shop." Ujar Bowie pula dengan senyuman lebar. Bukan senang nak jumpa bos kesayangan Farhana ni.
Aku menoleh ke arah Bowie. Amboi... kemain dia ni. Aku menoleh ke arah bos aku semula. "Bos makan kat sini dengan siapa?"
"Saya datang dengan Haiqal. Nak join kami?"
Aku menggeleng laju. "Eh, takpelah bos. Saya nak take away je ni."
"Kalau macam tu, selamat berbuka ye." Ujar Luqman lalu melangkah masuk semula ke dalam kedai.
"Handsomenya lelaki tu."
Aku terdengar suara dan tawa mengada di barisan yang sedang beratur menunggu giliran untuk makan di kedai itu. Aku menoleh untuk melihat siapakah gerangannya. Lah... mungkin pelajar universiti. Mereka sedang melihat ke arah bos aku yang melangkah ke mejanya.
"Bestnya kalau aku dapat bos handsome macam tu. Dahlah handsome, gentle ajak pekerja dia join makan sekali."
Aku mencuri dengar perbualan mereka. Mata aku memang memandang menu tapi telinga aku mencuri dengar perbualan mereka.
"Shuhh. Nanti akak tu dengarlah."
"Weh... aku nak intern dekat syarikat dia tu lah."
"I wish you can."
Terdengar ilai tawa tiga sekawan itu. Aku mula fokus pada pesanan aku. Aku memesan red pepper 20 pieces. Dalam 10 minit, makanan aku sudah siap. Usai makanan aku selamat di tangan, aku menarik Bowie agar mengikutku ke arah tiga wanita tadi.
Kehadiran aku di situ membuatkan tiga wanita itu sedikit terkejut. Aku senyum segaris. "InQ Holdings." Ujar aku dan berlalu pergi. Aku membiarkan mereka blur.
Dahi Bowie berkerut. "Why you tell them that?" Soal Bowie.
"You know what, company aku dah lama tak terima intern. So why not aku promote company aku tu."
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomantikBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
