Baru berapa minggu jadi isteri Luqman dan sekarang ni aku dapat title baru lagi. Kenapa hidup aku ni macam advance sangat?
"Datin Farhana..."
"Datin Farhana..."
Rakan sekerja aku mula main-main. Ya, beberapa hari lepas, Luqman dikurniakan darjah kebesaran Dato'! Sekarang ni Luqman merupakan Dato' Luqman bin Dato' Jamal. Diorang ni keturunan Dato ke apa?
"Untung kau, Hana. Datin muda oi..." ujar Esya. Dia yang tahu berita big boss dapat Dato' tu yang excited lebih. Bukan sebab big boss dapat Dato tapi sebab kawan sendiri jadi Datin.
Aku menghirup kopi yang masih berbaki. Dapat title Datin tu bukan ubah apa-apa pun. Luqman pun tak nak ramai tahu pasal title dia tu. Apa-apa event pun tak guna title Dato'.
"Best tak lepas jadi Datin ni, Kak Hana?" Soal Liya. Yelah, bukan senang nak dapat kawan dengan VVIP macam ni.
Aku memandang Liya. "What do you mean by best? Nothing special lah, Liya. Layanan still sama."
"Kau terkejut tak masa kau dapat tahu bos nak dapat Dato' tu?" Soal Esya.
Gila tak terkejut? "Sangat-sangat terkejut. Dia tak cakap apa-apa pun. Tuptup dia bagi satu surat tu and bam... Dikurniakan darjah kebesaran... Pastu tuptup macam mimpi, dalam istana dah aku berdiri." Balas aku. Ye, macam mimpi kot. Aku berdiri dalam istana yang tak pernah aku fikir akan jadi kenyataan.
"Datin muda kau ni Hana. Untung betul."
Aku cuma gelak kecil. Entahlah, title Datin tu macam tak ada effect pun dekat aku. Layanan orang pada aku sama je macam PA Luqman. Work is work lah kan katanya...
*************************************************
Aku mengangkat muka bila aku terasa semacam. Mata aku bertentang dengan mata Mr Simon, client Luqman dari Vietnam. Dah kenapa pula lelaki ni asyik tenung aku ni.Aku berdehem perlahan sambil membetulkan duduk aku. Tak selesa pula bila asyik ditenung. Aku memandang diari aku. Entah berapa kali aku membaca barisan ayat yang sama sebab tak nak buat eye contact dengan Mr Simon.
"So Mr Simon, we will move to the contract. My lawyer will meet you next week." Ujar Luqman. Sedar akan Mr Simon tidak lagi fokus padanya, Luqman memandang ke arah apa yang dipandang Mr Simon dan sah-sahlah Farhana. Dia memandang Mr Simon semula. Bengang pula jadinya.
"Mr Simon?" Panggil Luqman.
Mr Simon memandang Luqman dengan senyuman. "I'm sorry. What are you talking about?"
Luqman memaksa dirinya senyum. "About the contract. We will proceed the contract next week." Ujar Luqman sekali lagi.
"Oh... sure. I don't mind to come here again." Balas Mr Simon dan sempat menjeling ke arah Farhana.
Makin lama dia sedar akan perbuatan Mr Simon tu, makin sakit hati pula dia jadinya. "Don't worry, Mr Simon. We will send our lawyer to your place."
"I really don't mind to come here again, Mr Luqman. I love Malaysia."
Love Malaysia? "Then I'm so grateful to hear that." Luqman bangun dan menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan Mr Simon. Ketika ini, dia mahu lelaki tu cepat keluar dari pejabatnya.
Aku bangun apabila terlihat Luqman bangun. Wajah aku angkat. Dari tadi aku doa agar lelaki tu cepat pergi. Seram kot muka Mr Simon tu. Nampak miang sungguh.
Mr Simon bangun. Tangan yang dihulur disambutnya. "I'm very glad to be cooperate with you."
Tangan Luqman dan Mr Simon terlerai. Dia lihat Mr Simon menghulurkan tangan pada Farhana pula. Tak guna.
"Nice to meet you, Miss Farhana." Ujar Mr Simon sambil menghulurkan tangan.
Aku memandang Mr Simon. Huh? Aku senyum. Tangan kanan aku letak pada dada kiri lalu menunduk hormat. Takkan aku salam lelaki macam ni. Aku lihat Mr Simon menarik hulurannya semula. Pasti Mr Simon pelik sebab tadi masa dia datang, aku tak kisah pun bersalaman tapi ni tiba-tiba aku reject macam tu. Ah... kisah pula aku!
Luqman tersenyum simpul. Tak sangka itu tindakan Farhana. "So Mr Simon, do you have transport to return to your hotel?"
"Oh... I thought I want to have a lunch with both of you." Balas Mr Simon.
Ada saja alasan. Walaupun lunch dengan client, perkara biasa saja tapi dengan Mr Simon ni, dia akan anggap bukan biasa. Luqman melangkah ke sebelah Farhana. "I'm sorry, Mr Simon. I have lunch date with my wife." Ujar Luqman lalu memeluk pinggang Farhana.
Aku sedikit tersentak dengan perbuatan Luqman itu. Aku memandang Luqman di sebelah aku. Aku dapat rasa pelukan itu makin diperkemaskan. Aku senyum. Terasa aku dilindungi bila Luqman buat macam tu. Aku memandang Mr Simon semula. Hambek kau! Pucat wajah Mr Simon.
"Miss Farhana is your wife?" Soal Mr Simon terkejut.
Luqman mengangguk.
"Oh... I'm sorry Mrs Luqman. I don't really have any idea about that." Balas Mr Simon. "So... I'm waiting for the contract next week at my place." Ujar Mr Simon sambil senyum sebelum keluar dari bilik itu.
Aku menunduk hormat sepanjang Mr Simon melangkah ke pintu. Bila aku dengar pintu tertutup, aku berdiri tegak semula. Aku tergelak kecil.
Lawak pula tengok muka Mr Simon tu.Luqman meleraikan pelukan di pinggang Farhana. "Kenapa gelak?" Soal Luqman. Dia patutnya kekalkan sikap profesional tapi Farhana isterinya kot! Takkan dia nak biarkan saja.
Aku senyum nakal lalu memeluk pinggang Luqman. "Awak jealous ye?" Usik aku.
Luqman terkelu seketika apabila pinggangnya dipeluk. Selalunya dia yang akan peluk isterinya. "I'm not kind of jealousy person. I just helped you because you're my wife."
Kali ni aku peluk pinggang Luqman dengan kedua-dua tangan aku. Kedudukan aku dengan Luqman; Luqman menghadap ke depan dan aku aku menghadap Luqman. Jadi aku peluk pinggang Luqman dari sisi. Entah dari mana datangnya keberanian aku nak buat macam tu. Tiba-tiba tangan ni laju je. "Jealous tak?" Soal aku lagi. Masih dengan nada mengusik.
Luqman menelan liur. Wajah Farhana ditenungnya. Dari mata ke hidung dan berhenti di bibir. Astagfirullahhalazim. Dekat office ni. "You want me to answer, yes I'm jealous?"
Aku memgangguk laju.
Luqman menarik nafas dalam-dalam. Dagu Farhana ditariknya dan wajahnya mendekati wajah Farhana. Satu kucupan melekap di bibir Farhana sebelum wajahnya dan Farhana cuma dua inci jauhnya. "Yes, I'm totally jealous." Balas Luqman dengan senyuman nakal.
"Bos, I need your sign..." Stef terdiam. Patutlah ketukan pintu tadi tak berjawab. Bersweet-sweet dalam ni rupanya.
Aku meleraikan pelukan di pinggang Luqman dan menjarakkan kedudukan aku dengan Luqman. Suara Stef tu. Malunya! Stef nampak ke?
Luqman berdehem perlahan beberapa kali sebelum memusing tubuhnya ke arah pintu biliknya. "Yes?"
Stef cuba menahan dirinya dari tersenyum tapi dia tak mampu. "Sorry bos. Sorry Hana. I just need your approval for this document." Ujar Stef. Bersalah pula jadinya bila dia penyebab keadaan janggal tu.
"Yes, sure. Put it on my table." Balas Luqman.
Stef melangkah masuk dan terus ke meja bosnya. Tak boleh lama-lama dalam bilik itu. Ganggu moment panas pasangan sejoli tu nanti. Usai meletak dokumennya, Stef melangkah ke pintu semula. "Ah... I won't tell anyone what I saw." Ujar Stef dan terus laju keluar dari bilik bosnya itu.
Aku menjeling Luqman. "Tengok... awaklah ni."
"Awak yang provoke saya."
Aku mendengus. Kalau ye pun aku provoke, janganlah buat macam tu kat office. "Saya keluar dulu." Ujar aku sambil mengambil diary aku di atas meja. Kaki aku mula melangkah ke pintu.
"Don't forget our lunch date." Ujar Luqman sebelum Farhana menutup pintu biliknya. Bibirnya menguntum sebuah senyuman. Walaupun Farhana marah tapi dia langsung tidak rasa bersalah. Bukan salah pun apa yang dia buat tu. Cuma pekerjanya salah masa je masuk dalam biliknya tadi.
*************************************************
Bersambung...
YOU ARE READING
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomansaBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...