Part 28

1.2K 56 0
                                    

Pejam celik pejam celik, tak sedar pun yang tempoh setengah tahun tu dah berlalu. Aku memandang wajah aku di cermin. Aku telah pun di makeup dan memakai pakaian nikah. Aku menarik nafas dalam-dalam. Semalam aku takde pun rasa apa pun sampai pagi ni. Tapi bila dah siap macam ni, tiba-tiba jantung aku berdebar. Aku ada telan drum ke semalam?

"So beautiful, my dear." Bowie memegang bahu Farhana. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia peluk Farhana tapi dia taknaklah rosakkan veil sahabatnya tu.

Aku gelak perlahan, cuba untuk menutup gugup hati aku. "Selama ni aku tak cantik ke?" Aku bergurau.

Bowie menggeleng. Gila tak cantik? "Harini lagi cantik sebab aura pengantin kau tu."

"Thanks, Bowie."

Bowie mengangguk. Dia melangkah ke arah sofa dalam bilik itu dan mengambil tempat. Dia nak duduk atas katil tadi tapi memandangkan dia lihat katil tu dah ditabur dengan kelopak ros, bagi canlah pengantin yang rasmikan.

Bowie memandang ke arah Farhana semula. Sahabatnya itu tak habis-habis memandang wajah dalam cermin. "Babe, tadi aku nampak kawan kau yang Jas tu kat bawah." Ujar Bowie. Tadi masa dia nak naik atas, dia perasan Jas, kawan Farhana dari sekolah menengah masuk dengan beberapa orang lagi.

Selepas Bowie berkata, pintu bilik aku diketuk dari luar. Aku melihat reflection dari cermin aku. Bibir aku senyum lebar. "Tiha, Gaya, Wani, Jas!" Ujar aku lalu berdiri dan memusing tubuh aku ke belakang. 4 orang ni adalah sahabat aku di Sekolah Seri Puteri dan mereka lah yang sentiasa membantu aku kalau aku susah. Mana kawan sekolah aku masam form 1-3? Aku masih berkawan dengan mereka tapi taklah serapat ini. Kawan-kawan yang tu, aku jemput datang masa resepsi nanti.

Tiha, Gaya, Wani dan Jas memeluk aku. Beberapa saat kemudian, pelukan kami terlerai.

"Alamak, veil Hana." Kelam kabut Gaya membetulkan veil Farhana.

Aku tergelak. Perangai kelam kabut tu sampai sekarang tak hilang-hilang lagi. Aku memandang cermin lalu membetulkan veil aku. Bukan susah mana pun. Aku memandang sahabat aku semula. "Thanks guys for coming."

"Gila kau, kitorang tak datang? Kan kitorang dah janji akan datang." Balas Jas.

Aku gelak. "Yelah... mana tahu busy dengan anak-anak."

"Yang busy dengan anak-anak tu Gaya ni ha. Kitorang semua free lagi."

Aku gelak lagi. Yelah, walaupun Tiha dan Jas dah kahwin tapi mereka masih belum ada rezeki untuk mempunyai anak. Entahlah, merancang kot. Aku memandang Bowie. Bowie sedang bermain telefon. "Guys, aku kenalkan tu, housemate aku, Bowie." Bila aku sebut perkataan housemate, Bowie terus mengangkat kepala.

Bowie senyum. Telefon bimbitnya disimpan di dalam beg dan bangun dari duduknya. Dia menghampiri kawan sekolah Farhana. "Bowie." Ujarnya sambil bersalaman.

"Tiya."

"Gaya."

"Wani."

"Jas."

"Ni lepas Hana kahwin, you duduk rumah sorang-sorang lah?" Soal Wani. Setahu dia, Farhana duduk berdua di rumah sewa.

Bowie mengangguk perlahan. Alah... sedih pula nak cerita pasal ni. Yelah, selama 5 tahun dia duduk bersama dengan Farhana dan bila Farhana dah kahwin, pastinya Farhana tak duduk situ dah. "Seem like yes. Tapi I nak cari housemate baru. Tak best duduk rumah sorang-sorang. Sunyi."

"Kau dah campak barang aku keluar ke?" Soal aku buat-buat terkejut. Kalau betullah Bowie campak barang aku, aku cekik dia ni nanti.

Bowie gelak. "Aku sayang kau. Takkanlah aku nak halau kau."

Ketukan di pintu bilik aku membuatkan kami semua menoleh ke pintu. Pintu dibuka dari luar. Wajah Fatiya tersembul di pintu.

"Kenapa Fatiya?" Soal aku. Lembut mak aihh suara aku. Kalau tidak, selalunya suara aku macam cakap dengan kawan-kawan.

"Belah lelaki dah sampai. Aunty suruh turun."

Bowie mengangguk lalu jarinya membuat simbol ok dan barulah Fatiya keluar. "Dah tiba masanya... dah tiba masanya..." Bowie menyanyi.

Jantung aku mula berdebar semula. Tadi jumpa kawan-kawan aku, baru je hilang berdebar tu. Ni ha dah start balik.

Tiha, Gaya, Wani dan Jas mula menyanyi muzik ala-ala majlis kahwin mat saleh. Aku terhibur dengan jenaka mereka.

"Sudahlah. Nanti tunang kau tu nikah sorang-sorang pula." Ujar Jas.

Kali ini, semua dalam bilik ketawa bersama.

*************************************************
Dengan sekali lafaz, aku telah sah nenjadi isteri Luqman. Air mata aku mengalir tanpa aku sedar. Aku tak tahu sama ada sedih atau gembira. Tapi aku rasa sebak. Aku lihat wajah Luqman. Confident betul wajah bos aka sepupu aka tunang aka suami aku tu. Memang dah ready betul nak pikul tanggungjawab baru.

Mama dan mommy bangun dari kerusi yang memang di khaskan untuk mereka dan bersalaman aku. Sahabat-sahabat aku yang duduk di pentas pelamin kecil aku tu juga turut bangun dan bersalaman dengan aku. Mama dengan mommy dah berair mata. Rasa nak gelak pun ada.

Jas mendekati Farhana lalu berbisik. "Na... aku tengok satu kotak hantaran kau ada kunci kereta. Ada orang nak kenakan kau ke?"

Wajah aku berkerut. Aku menoleh ke arah deretan barang hantaran di kiri aku tapi kotak yang dimaksudkan Jas agak jauh dari aku jadi aku tak nampak sangat ada apa dalam kotak tu.

Aku menoleh ke arah Jas lalu mengangkat bahu. Tapi yang aku dapat, reaksi lain. Jas menjuih bibir ke depan dan membuatkan aku memandang ke depan. Luqman sudah bangun dan melangkah ke arah aku untuk acara pembatalan air sembahyang.

Aku menarik nafas dalam-dalam apabila Luqman duduk di sebelah aku. Haiqal memegang satu dulang  hantaran yang dalamnya terletak barang kemas; rantai, gelang dan sepasang cincin emas putih. Luqman punya bukan emas tapi design yang sama dengan aku. Yelah, lelaki kan haram pakai emas.

Luqman mengambil cincin lalu menarik jari Farhana  lembut lalu menyarungkan cincin itu. Seperti yang diarahkan beberapa photographer yang berbayar dan tidak, dia berhenti sekejap agar mereka dapat merakam gambar itu.

Selepas cincin, Luqman menyarung gelang dan rantai pada Farhana dan seperti tadi, setiap perbuatannya akan dirakam.

Usai itu, aku pula yang menyarung cincin di jari manis Luqman. Tengok jelah jari Luqman. Lawa gila. Aku memang tergugat dengan jari lelaki macam ni. Sangat-sangat lawa.

"Salam tangan suami tu." Photographer bersuara.

Dupdapdupdapdupdap. Jantung aku dah mula main rentak apa tah. Pegang tangan Luqman? Mungkin dah biasa tapi nak salam dan cium tangan tu? Aku memandang Luqman dan Luqman senyum je. Apa ni? Dia ni langsung tak nervous ke?

"Pengantin..." ada suara-suara sumbang yang berbunyi.

Aku menarik nafas lagi. Aku boleh predict semua aksi yang photographer nak rakamkan tapi aku tak ready. Aku mencapai tangan Luqman lalu aku salam dan cium untuk beberapa saat sebelum aku melepas tangan itu. Jangan lama-lama, nanti tak bernafas aku nanti.

Tiba-tiba aku rasa satu ciuman melekap pada dahi aku. Anak mata aku bergerak ke atas. Bibir Luqman melekap pada dahi aku. Apa ni? Aku tak ready lagi lah! Penuh badan aku dengan karbon dioksida.

Walaupun ciuman tu cuma beberapa saat je tapi aku rasa macam 10 minit, aku dan Luqman berkeadaan macam tu. Aku memandang Luqan tajam. Bagi hint dulu lah. Jangan main cium-cium. Tapi pandangan aku tu cuma dibalas dengan senyuman dari Luqman.

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Where stories live. Discover now