Aku menceritakan seringkas yang mungkin dengan apa yang terjadi pada aku dan lelaki yang pertama kali Bowie jumpa tadi, Hariz.
"Dasar lelaki tak guna betul." Bowie menggengam jarinya seperti tak guna. Dia yang dengar ni pun rasa nak layangkan penumbuk dia pada lelaki tu.
"Aku harap dialah lelaki terakhir yang aku boleh jumpa dalam dunia ni."
"Lelaki macam tu, tak layak untuk kau jumpa. Eh... no! Tak layak jumpa kau! Pandai berlakon je lebih. Tak jujur langsung!"
Aku meletakkan kepala aku di atas tanganku yang bersilang di atas meja. Pasti lebih baik kalau Hariz tak wujud langsung dalam hidup aku.
Bowie melihat Farhana yang macam takde semangat langsung tu. "Hana..." panggil Bowie. Bila Farhana memandangnya, dia membuka mulut semula. "Kau masih simpan perasaan dekat Hariz tu lagi ke?" Soal Bowie.
What?! Ada hati lagi kat Hariz? Aku mengangkat kepala aku semula dan menggeleng laju. "Hell no. Aku cuma rasa sakit hati bila teringatkan apa yang pernah aku hadapi dengan dia."
"Aku nasihatkan, kau cuma pandang ke depan je. Don't turn back even once. Always remember that you have your fiancé."
Ya, aku ada tunang. Hariz masa silam aku. Kejadian tu pun jadi 13 tahun lepas. Tapi! Pengalaman yang memeritkan tu bukan senang nak dilupakan.
*************************************************
13 tahun lalu..."Dah 2 hari Hana berkurung dalam bilik ni. Mama risau ni abang." Ujar Puan Suraya pada anak lelakinya.
Faris mengangguk faham. Adiknya cuma akan turun makan sekali sehari and the rest of the day, adiknya akan berkurung dalam bilik. Dari luar, dia boleh nampak langsir bilik adiknya sentiasa tertutup.
"Apa mama nak buat ni? Mama risau ni." Sakit kepala Puan Suraya memikirkan anak perempuannya itu. Farhana bukan beban baginya cuma keadaan macam ni, pertama kali dia hadapi jadi dia tidak tahu apa yang hendak dia nak buat.
Faris risau melihat mamanya dan juga adiknya. "Mama jangan risau sangat. Let me talk to her." Ujar Faris lalu mengetuk pintu adiknya itu. "Adik... Dik... Ish ni..." Tapi tiada sahutan dari dalam bilik. "Ish masuk ni..." ujar Faris lalu menolak tombol pintu. Tak berkunci seperti hari-hari sebelum ni. Dia memandang mamanya.
Puan Suraya senyum segaris. "Abang pergi pujuk adik. Mama percayakan abang." Ujar Puan Suraya dan melangkah meninggalkan anak-anaknya. Dia bukannya tidak peduli akan anaknya cuma dia tahu yang kedua-dua anaknya amat rapat jadi dia pasti Farhana lebih selesa dengan Faris.
Faris melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Bilik Farhana tidaklah gelap mana memadangkan cahaya matahari masih dapat masuk dari celah-celah langsir bilik itu. Matanya terarah adiknya yang sedang meniarap di atas katil bersama komputer riba.
"Dik..." panggil Faris tapi tiada sahutan. Faris melangkah ke katil adiknya dan mengambil tempat di sisi katil. "Dik..." panggil Faris sekali lagi dan barulah adiknya menoleh. Wajah adiknya sugul saja.
"Dik... are you okay?" Soal Faris.
"Do I look okay?" Aku soal balik.
"Dik... janganlah macam ni. Tell me, what happened sampai kau jadi macam ni." Pujuk Faris.
Aku bangun dan duduk di sebelah abang aku. Beberapa saat aku berdiam. Aku pandang Faris dan begitu juga Faris. Aku memeluk abang aku. Air mata aku tidak mampu lagi nak keluar.
Faris mengusap belakang kepala adiknya. "Share dengan Ish apa dah jadi. You know right that I'm trustworthy."
Aku menarik tubuhku dari abang aku. Seketika kemudian, aku menceritakan apa yang terjadi. Aku dapat lihat wajah Faris berubah menjadi tegang.
"Tak guna jantan tu!" Faris mengamuk. Dia tahu akan hubungan adiknya dengan Hariz. Itupun dari junior yang rapat dengannya sebab adiknya takkan cerita benda-benda macam tu pada dia.
"Adik nak pindah sekolah. Adik tak boleh nak hadap budak-budak sekolah adik lagi bila diorang tahu apa yang jadi."
Ni kes serius sampai adiknya nak pindah sekolah ni. "Dik... kau tak perlulah sampai pindah sekolah. Tahun depan bukan dia ada sekolah tu lagi."
Aku menggeleng laju. "Adik malu dengan kawan-kawan adik. Adik selalu cakap apa yang diorang cakap pasal Hariz tu salah tapi hakikatnya diorang yang betul. Bila diorang tahu, mesti diorang mengata adik nanti."
"Kalau kau pindah pun, kau ingat diorang tak mengata ke? Kot-kot lagi teruk diorang mengata."
"Itu lain cerita. Asalkan diorang tak mengata depan adik. Please Ish. Pujuk mama tukarkan sekolah adik."
Faris berfikir sejenak. Nak tukar-tukar sekolah ni leceh juga. Nak-nak pula dengan alasan yang tak munasabah. Ting! Satu idea muncul. "Ha... Ish ada idea."
"Apa dia?"
"Kalau PMR ni kau dapat result gempak, apa kata kau masuk MRSM ke sekolah sains ke?"
"Ish nak suruh adik masuk sekolah asrama penuh?"
"Jangan fikir bukan-bukan. Bukan senang nak tukar-tukar sekolah ni. Kau percayalah cakap Ish. Kalau kau masuk sekolah asrama, lagi bagus. Kau fokus belajar semua."
Aku mengeluh perlahan. "Kalau result adik gempak. Kalau."
Faris memegang kedua-kedua belah lengan adiknya. "Trust me. Usaha kau tu berbaloi. Kau akan berterima kasih kat mama sebab mama paksa kau study memalam."
*************************************************
Minggu kedua Disember 15 tahun lalu...Result PMR sudah pun keluar. Aku excited tapi tak se-excited abang aku. Abang aku sampai buka laptop nak check result aku. "Ish ni... super excited sangatlah. Kalau result adik biasa-biasa je macam mana?"
"Alah... kau adik Ish. Mana boleh result biasa-biasa je. Keluarga kita semua gempak-gempak tahu?"
Aku mencebik. Yang gempak tu abang aku. Mama dengan baba pun gempak juga. Mama designer dan baba dulu engineer, selalu offshore.
Faris sibuk check result adiknya. Memandangkan laman web tengah jams gila jadi terpaksalah dia menunggu seketika.
Beberapa minit kemudian, dia berjaya masuk ke web itu. No kad pengenalan adiknya ditaip. Matanya membuntang melihat result adiknya. "Dik!!! Kau ni belajar ke tidak?"
Aku terkejut. Kenapa dengan result aku? Aku memandang skrin komputer riba abang aku. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 A! Bibir aku tersenyum lebar. Aku terus memeluk abang aku. "Ishhhhhhhh." Jerit aku.
Faris gelak. Bingit juga telinganya bila Farhana menjerit di telinganya. "Kan Ish dah cakap. Kau mesti perform punya!" Ujar Faris apabila pelukan adiknya sudah terlerai.
"Apa ni jerit-jerit? Terkejut mama." Puan Suraya bersuara apabila melangkah saja di di ruang tamu. Terkejut dia tadi di luar bila dengar anak perempuannya menjerit.
"Ma, adik dapat straight A." Ujar Faris dengan bangga. Siapa yang tak bangga dapat adik macam tu. Dia dulu pun PMR cuma 7A 1B sebab sejarah tak perform. Well, selalu tidur time subjek sejarah.
Puan Suraya senyum lebar. Dia terus memeluk anaknya. "Alhamdulillah. Tahniah sayang." Satu kucupan diberi pada pipi anaknya.
"Ma... adik nak pindah sekolah." Ujar aku dan membuatkan mama meleraikan pelukan.
"Kenapa ni?"
"Adik nak mohon MRSM."
*************************************************
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/154467568-288-k112133.jpg)
YOU ARE READING
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...