Luqman memangku kepalanya di atas meja makan. Wajah isteri di sebelahnya dari tadi masam. Sementara menunggu keluarganya turun dan bibik menghidangkan sarapan, dia ambil keputusan untuk tunggu di meja makan bersama Farhana.
Luqman mengusap rambut Farhana yang sedang fokus pada telefon bimbit dengan wajah serius. Entah apa yang menarik dalam telefon tu tah? "Sayang, are you okay?"
"Hurm." Balas aku pendek. Entah kenapa aku rasa emo lain macam pasal isu cadar tadi. Bendanya bukan masalah besar pun. Just basuh cadar tu je tapi entahlah kenapa aku mengada-ngada nak marah macam ni.
"Sayang kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" Soal Luqman tidak selesa. Apa yang dia dah buat sebenarnya sampai Farhana marah ni? Ke sebab hal malam tadi? Tapi dia bukan paksa Farhana pun semalam.
"I'm okay." Lagi aku balas pendek.
"Are you mad because of last night?" Teka Luqman, mana tahu.
Aku tajam memandang Luqman. Ada ke bangkitkan isu malam tadi? "Let's not talk about that now. Mom dad turun nanti."
"Sayang, if I forced you, I'm sorry, sayang."
Aku menggigit bibir. Luqman tak salah. Cuma aku ni tiba-tiba nak buat perangai. "Can we keep silent?"
Luqman mengeluh perlahan. Untung-untung mommy dan daddy baru turun. "Morning, mommy daddy." Ujar Luqman dengan wajah yang dimaniskan.
"Morning, Luq Hana. Rissa tak turun lagi?" Ujar Datin Laila sambil menarik kerusi setentang anak lelakinya itu.
Luqman mengangkat bahu. "Luq takde pula ketuk bilik dia tadi. So tak tahulah mommy."
Datin Laila mengangguk. "Bik... kejutkan Rissa kat bilik." Arah Datin Laila kepada pembantu rumahnya.
"Baik, datin."
Aku melihat bibik melangkah ke luar dari ruang makan. Haih... kenapa aku harini. Kenapa mood aku swing semacam harini?
"Hana okey ke?"
Soalan yang keluar dari mulut ibu mertua aku membuatkan aku terus memandangnya. "Ya, mommy? Hana okey je. Kenapa mommy?" Jawab aku. Berderau darah bila kena terjah macam tu.
"Mommy tengok muka Hana masam je. Luq ada buat apa-apa kat Hana ke?" Soal Datin Laila.
Aku memandang Luqman dan begitu juga dia. Ya, memang Luqman ada buat sesuatu tapi bukan menyebabkan dia bad mood. Aku memandang Datin Laila semula. "Takdelah, mommy. Hana okey je harini." Balas aku. Aku mencapai tangan Luqman di bawah meja.
Luqman tersentak dengan tindakan isterinya. Tadi bad mood, ni boleh pula pegang-pegang tangan kita? Luqman menyilangkan jarinya dengan jari Farhana. Farhana yang start dulu, kan? Jangan salahkan dia.
Aku memandang Luqman semula. Jantung aku dah mula dah dengan rentak rock kapak dia dah. Gengaman kemas di jari aku tu rasa seperti Luqman tak mahu lepaskan tangan aku.
"Baguslah. Luq jangan buli-buli Hana. Kalau tak, mommy sekeh kepala kamu."
Luqman memandang mommy dan daddynya bersilih ganti. "Mommy, takkanlah Luq nak buli isteri kesayangan Luq. Dia jadi assistant Luq pun, Luq tak pernah buli dia. Inikan pula bila dah jadi isteri. Kan, sayang?"
"Mommy bagitahu ni sebab kamu tu pernah buat kesilapan dulu. Selalu ingatkan diri kamu tu yang kamu dah ada Hana. Hargai dia. Jaga dia. Lindungi dia."
Luqman gelak mendengar nasihat mommynya. Ya, sampai sekarang dia masih sedar kesilapannya itu. Luqman memandang Farhana semula. "I will be with you forever, okay sayang?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
