Bunyi alarm telefon membuatkan aku terjaga. Aduhai... aku lupa nak turn off alarm semalam. Yelah, aku kan tak boleh solat.
Masa aku nak bangun, aku terasa sesuatu berat menghempap pinggang aku. Aku tengah peluk bantal peluk. Apa pula kat pinggang aku ni. Perlahan-lahan aku membuka mata.
Wajah Luqman beberapa inci dari aku. Serta merta mata aku terbuka luas. Walaupun kami dipisahkan dengan bantal peluk tapi keadaan tu cukup buat aku gementar. Aku hampir terlupa yang Luqman ni suami aku. Yelah, aku pun tak sedar bila aku tertidur.
Perlahan-lahan aku menarik tangan Luqman dari pinggang aku dan aku letakkan atas bantal peluk. Badan aku kebelakang sikit. Bagi ada space sikit. Baru aku sedar yang comforter menutup badan aku. Ni mesti Luqman buat.
Pergerakan kecil dari Luqman membuatkan aku terus menutup mata. Mesti Luqman tersedar sebab bunyi alarm telefon aku.
Luqman membuka mata apabila terdengar bunyi alarm yang tak henti-henti berbunyi. Wajah Farhana ditenungnya sekejap dengan senyuman. Dia bersyukur, sekarang ni bangun, ada seseorang yang dia sayang di sebelahnya.
Luqman bangun. Dia menyandar tubuhnya di kepala katil tapi matanya masih pada Farhana. "Good morning, sayang." Ujarnya perlahan lalu satu kucupan di ubun-ubun diberikan pada Farhana dan barulah dia bangun dari katil.
Apabila terasa Luqman sudah bangun, perlahan-lahan aku membuka mata sekecil yang mungkin agar Luqman tak tahu yang aku dah bangun. Aku lihat Luqman mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi. Aku menarik nafas dalam-dalam. Sayang? Dia bagi morning kiss kat aku? Bagi nyawa bagi nyawa. Sisi lain Luqman yang amat mengerikan.
*************************************************
"Pengantin baru dah bangun dah... Awal semalam hang masuk tidur." Usik Maria sambil tangannya sibuk mengacau mee goreng dalam kuali.
Aku menarik kerusi di meja makan lalu duduk. Sempat aku menjeling Maria. Malas aku nak layan gurauan macam ni.
Sergahan di bahu aku membuatkan aku hanpir melatah. Nasib baik tak keluar kata-kata kesat. Aku menoleh. "Rissa..." Adik Luqman satu ni sengeh-sengeh je. "Duduklah." Ajak aku lalu aku memandang ke depan semula.
Larissa menarik kerusi di sebelah kiri Farhana. Bau mee goreng menarik perhatiannya. Mee goreng basah kakak saudara iparnya tu memang terbaik di ladang.
Kejap! Aku memandang Larissa di sebelah aku. Ada benda tak kena ni. "Bukan Rissa dengan mommy daddy Rissa dah balik rumah ke?" Soal aku. Ye, semalam Luqman cakap family dia dah balik rumah.
Larissa menoleh lalu mengangguk. Dia buat matanya juling. "Saya bukan Larissa." Ujar Larissa dengan nada garau dan bila Farhana tidak menunjukkan apa-apa riaksi, dia terus gelak. "Kak Hana tak cool lah." Balas Larissa.
Aku pandang Larissa pelik lalu aku buat-buat gelak. 'Terhibur' sangat dengan jenaka adik iparnya itu. "My question."
"Yang balik tu, mommy daddy je. Rissa, angah dengan along stay kat hotel." Balas Larissa.
Muka aku cemberut. Luqman cakap dia sorang-sorang kat hotel. No! Bukan Luqman je tapi abang aku juga. Kalau aku tahu, takde makna aku ajak dia datang sini.
"Good morning."
Aku menoleh. Ha... panjang umur bos aku ni. Eh... suami aku ni.
"Good morning, angah." Balas Larissa.
Mata Luqman dan Farhana bertentang dan dia melemparkan sebuah senyuman tapi mata mereka bersatu hanya seketika. Luqman melangkah ke meja makan dan mengambil tempat di sebelah kanan Farhana.
Aku mencuit lengan Luqman. Nak soal siasat. Dan Luqman menoleh, aku terus membuka mulut tapi dengan suara perlahan. Taknak Larissa dengar. "Awak cakap family awak dah balik rumah."
Luqman memandang Farhana pelik. Kemudian matanya terarah pada adiknya di sebelah Farhana. Baru dia faham kenapa Farhana bertanya. "Saya cakap mommy daddy. Not my family." Balas Luqman tenang dengan senyuman masih di bibir.
"No..." aku teringat kembali. Luqman cakap mommy daddy dan bukannya whole family. Mata aku kembali pada Luqman semula. "That time you said you're alone." Soal aku lagi. Bila Luqman reply macam tu, memang aku fikir dia sorang-sorang lah.
Luqman gelak. "Of course lah saya alone. Bilik saya, saya duduk sorang-soranglah. Kalau ada orang lain, tu lain jadinya." Balas Luqman.
"Awak patutnya show me the clear picture. I thought your family already back to KL." Balas aku.
Luqman mematikan senyumannya. "Then if I tell you that, you won't ask me to come here huh?" Soal Luqman.
Aku menelan liur. Aduh... Luqman serius pula. "No... I means you should tell me the truth." Balas aku lembut. Janganlah Luqman ni salah faham. Baru satu hari nikah, dah bergegar rumahtangga aku. Belum sempat sampai hari bersanding pun.
"I told the truth. Awak yang misunderstood." Balas Luqman lagi. Terasa dia bila Farhana menuduhnya. Farhana yang salah faham tapi dia yang kena.
Aku mengeluh perlahan. "Look. I'm sorry." Ujar aku lalu memandang ke depan semula. Untung-untung Maria sedang membawa semangkuk mee goreng ke meja jadi aku terus senyap. Tak naklah orang nampak aku berbalah dengan Luqman.
*************************************************
Sedang enak aku menikmati mee goreng, entah dari mana entah abang aku datang, dia terus memandang aku dengan senyuman nakal. Aku memandangnya pelik.
"Woi, kau tak mandi lagi ke dik?" Soal Faris sambil tangannya memegang kerusi.
Aku menelan mee goreng dalam mulut aku. "Alah, macamlah semua tak biasa tengok adik sarapan sebelum mandi." Balas aku lalu menyuap mee goreng ke dalam mulut aku. Tapi dahi aku masih berkerut melihat senyuman abang aku tu. Lepas tu abang aku asyik pandang aku dengan Luqman.
"Hari lain tu memang biasalah tapi semalam kan..." belum sempat Faris menghabiskan ayatnya, ada orang lain menyambung ayatnya.
"First night korang." Sambung Husna.
Aku dan Luqman sama-sama tersedak. Nasib baik mee goreng sempat aku telan. Aku pandang Luqman dan Luqman pandang aku. Kami sama-sama memerah muka. Aku dengar Larissa dah gelak di sebelah aku.
Aku memandang abang aku tajam. "Ish, jangan kotorkan minda budak-budak boleh tak?" Balas aku. Cipta alasan konon Larissa budak-budak lagi.
"Rissa okey je. Rissa dah 24 tahun lah, Kak Hana." Larissa ikut join usik abang dan kakak iparnya.
"Rissa!" Serius suara Luqman menegur adiknya. Malu betul dia dengan usikan macam tu. Bila dia dan Farhana tersedak sama-sama tadi, jadi kelakar pula jadinya tapi dia cuma dapat tahan tawanya.
"Jangan nak fikir bukan-bukanlah. Mind your own business. Hal dalam bilik Luq dengan adik, biar kami je tahu." Balas aku.
"Amboi... dah declare hal dalam bilik Luq dengan Hana. Hurm... tak lama lagi lah tu, Faris dapat anak buah." Balas Husna.
"Berangan jelah Ish nak dapat anak buah. Pi lah kahwin cepat-cepat dengan Batrisya tu. Sibuk tunggu Batrisya tu habis belajar lah, itu lah, ini lah. Pergilah kahwin dengan Batrisya pastu pergi buat anak cepat-cepat. Cakap macam kita ni kilang buat baby." Balas aku sinis. Sibuk cakap kita.
Faris gelak. Tukar topik tu... dan bestnya berdesung telinga dia. Nasiblah Farhana tu adik kesayangan dia. Kalau kawan-kawan ke apa, mahu ada terbang penumbuk. "Isu sensitif tu adikku sayang. Tapipun kau baru kahwin, takkanlah Ish nak kahwin pula."
"Kalau Ish tak kahwin-kahwin lagi, adik akan melekat je kat Ish. Biar orang fikir adik ni girlfriend Ish." Balas aku lalu turut gelak.
"Woi, dik. Kau tu dah ada Luq. Pergi manja-manja kat Luq. Kasi Ish bebas sikit. Asyik layan perangai kau je." Balas Faris. Gila nak serius dengan adiknya. Kalau Farhana merajuk, satu hal nak pujuk.
Aku gelak lalu menoleh memandang Luqman di sebelah. Wajah Luqman tak beriak. Macam orang takde perasaan. Ah... biarlah.
*************************************************
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
