Aku terlihat kereta Maserati Luqman terpakir di taman permainan ni. Aku melangkah turun dari kereta. Taman ni takde besar sangat tapi ramai budak-budak pula. Macam ada event dekat taman ni. Macam sukaneka.
Aku meneruskan langkah mencari Luqman. Aku pandang 360 darjah taman permainan ni. Taman ni kecoh dengan tawa riang kanak-kanak yang sedang bersukaneka seperti yang aku fikir tadi. Nampak macam kem. Yelah sekarang kan cuti sekolah.
Langkah aku lajukan sehingga aku terhenti daripada melangkah apabila terlihat Luqman bersama seorang wanita di bawah gazebo. Mata aku bertentang dengan Luqman dan menyebabkan Luqman terbangun dari duduknya.
Wanita yang bersama Luqman juga turut menoleh. Alisa? Mata aku terbuntang.
Luqman berlari anak ke arah Farhana. Terkejut dia dengan kehadiran Farhana di situ. Kedua-dua lengan isterinya dipegang. "Sayang, what are you doing here?"
Aku pandang tepat ke dalam mata Luqman. "Why are you meet her?" Soal aku keras.
"Look. We are nothing. She just need some help from me."
"Is this what you mean emergency meeting?" Jerit aku sambil menarik kedua tangan aku dari gengaman Luqman. Ada beberapa kanak-kanak memandang aku sedikit takut tapi aku tak peduli.
Luqman tergamam. "Sayang, I can explain this."
Air mata aku sudah mula mengalir. "Why you do this, Luqman? Why? Why?" Soal aku.
"Kak Farhana."
Aku menoleh. Perempuan ni! Tajam mata aku memandang Alisa.
"Akak jangan marah Abang Luqman. Alisa yang urgent nak jumpa abang."
Abang? Aku pandang Luqman semula. Tangan aku yang dari tadi menggengam penumbuk, menumbuk dada Luqman kuat. "I hate you, Luqman." Ujar aku lalu melangkah pergi.
"Sayang..." panggil Luqman tapi Farhana tetap melangkah pergi. Luqman memandang Alisa. "Lisa, abang rasa kita discuss nanti pasal ni. Bagi abang explain dekat Kak Hana dulu."
Alisa mengangguk faham. "Abang, Lisa minta maaf kalau buat Kak Farhana salah faham. Lisa betul-betul perlukan bantuan abang."
Luqman mengangguk. "Nanti abang contact Lisa, okey? For now, Lisa balik rumah terus. Abang tak boleh nak hantar Lisa ke TBS. Lisa jaga diri tau." Ujar Luqman lalu menghulurkan RM100 pada Lisa.
"Eh, tak payah abang. Duit yang abang bagi masa cerai tu pun banyak lagi."
"It's okay. Just take this." Ujar Luqman dan terus melangkah pergi.
*************************************************
Selepas aku drop kereta Liya di office, aku terus panggil Grab dan pulang ke rumah. Aku tak mampu nak masuk office harini.
Aku menekan password rumah dan melangkah masuk. Melangkah saja aku dan dapat aku rasa penghawa dingin rumah ini terpasang, menandakan ada orang pasang.
Aku melangkah ke ruang tamu. Luqman sedang duduk termenung di ruang tamu. Sakit hati aku bila teringat Luqman masih contact dengan Alisa.
"Farhana!"
Terhenti langkah aku bila nama aku disebut. Suara Luqman sangat tegas. Sama macam mood Luqman di pejabat pagi tadi. Aku memandang Luqman. "What?" Lawan aku.
Luqman melangkah ke arah Farhana. Satu kucupan di bibir isterinya diberikan dan membuatkan Farhana membuntang.
"Luqman!" Aku terkejut dengan tindakan Luqman.
"Listen here. Only you that I love. I. Love. You. So now, come sit and let me explain to you what happened between me and Alisa."
Aku terdiam. Entah kenapa, aku selalu cair bila Luqman kata dia cintakan aku. "Emergency meeting?"
"Okay, let me explain now. But now let sit first." Ujar Luqman dan menarik Farhana supaya duduk.
Aku hanya ikut saja. Walaupun hati aku sakit tapi cair juga bila Luqman confess macam tu. Bila aku dan Luqman duduk, Luqman menghadap aku.
"Listen. Saya jumpa dengan Alisa sebab Alisa minta tolong saya."
"Tolong apa? Tolong kahwin balik?"
"No, sayang. Lisa minta tolong saya bantu tunang dia. Tunang dia kena tangkap SPRM sebab difitnah rasuah kontraktor. So dia minta tolong saya dapatkan peguam."
Aku memeluk tubuh. "Kalau betul tunang dia bagi rasuah macam mana?"
"Do you remember when I was in his shoe? Saya tak bersalah dan saya difitnah. I know how it feel."
"Tapi itu memang saya tahu awak tak bersalah. Kalau tak bersalah, takkan kena penjara."
"Sayang, sebab tu saya akan tolong sediakan peguam untuk tunang Lisa. Bersalah atau tidak, belakang cerita. As long as saya bantu."
"Awak tak risau ke kalau Alisa tu take you for granted? Itu hal personal dia. Kenapa nak kaitkan awak?"
Luqman menunduk. "Selagi dia tak kahwin dengan tunang dia, selagi tu dia masih tanggungjawab saya." Ujar Luqman perlahan.
Kata-kata Luqman membuatkan mata aku membuntang. Tubuh Luqman aku tolak kuat sehingga membuatkan Luqman mengangkat muka dengan wajah terkejut. "That's why I hate you. Kalau awak tak kahwin dengan dia, semua ni takkan jadi."
"Sayang, I know my mistake. I will be careful next time."
"Luq, after this please be honest to me. Don't lie like this anymore. If you're not my husband, I really won't care." Ujar aku lalu memeluk tubuh Luqman.
"I'm truly sorry, sayang."
"I love you." Ujarku perlahan walaupun hati ni tengah geram. Aku cintakan Luqman jadi aku tak nak dia mengkhianati aku.
Mata Luqman terbuntang mendengar kata-kata itu. Dia menolak tubuh Farhana agar memandangnya. "What you said?" Soal Luqman penuh teruja.
"What? I love you?" Soal aku buat-buat tak faham. Wajah aku dah mula membahang. Lelaki di hadapan aku ni adalah sepupu aku merangkap bos aku dan suami aku. Hakikat yang Luqman ni sepupu aku dan aku dah jatuh cinta dengan sepupu sendiri, memang susah aku nak mengaku.
"I love you too, sayang." Ujar Luqman dan bibirnya terus melekap pada bibir isterinya.
*************************************************
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
