Aku memandang sepasang bantal emoji ❤️ di atas katil. Bibir aku tersenyum melihat bantal itu. Sempat semalam sebelum aku balik, aku singgah ke kedai apa tah sebab nampak bantal emoji tu. Terus teringat mesej Luqman tu. Walaupun rasa geli sikit tapi tak apalah. Untuk suami aku juga.
Sekarang dah pukul 6.30 petang. Sepatutnya Luqman dah sampai ke rumah. Tak tahulah kalau dia ada melencong ke tempat lain. Malam semalam aku mesej, dia minta Naim je yang jemputkan.
Aku mencapai telefon bimbit aku. Skrin telefon bercahaya tapi takde satu notification dari Luqman. Yang ada cuma notifications schedule Luqman esok.
Aku membaringkan tubuh di atas katil. Lama sungguh menunggu Luqman sampai aku tak sedar bila aku terlelap.
Aku tersedar dari tidur aku bile terasa seseorang bermain dengan rambut aku. Perlahan-lahan mata aku membuka mata. Wajah Luqman di depan muka aku. "Luq." Mata aku terus terbuka luas dan aku duduk.
Luqman senyum. Dia duduk di sisi katil bersebelahan Farhana. "Sorry ganggu." Ujar Luqman. Dia mahu lepaskan rindu dia pada isterinya tapi tak sangka pula sampai mengejutkan Farhana.
Aku menggeleng perlahan. Tak ganggu pun cuma terkejut. Yelah sehari lebih aku tunggu kepulangan Luqman. "Awak baru balik ke?"
Luqman mengangguk perlahan. Badannya letih. Dia macam tak cukup rehat untuk dua hari ni.
Jam di dinding aku jeling. What? Pukul 9 baru balik? Aku pandang Luqman semula. "Lambatnya balik." Balas aku.
Luqman memandang Farhana semula dengan sebuah senyuman. "Rindu ke?" Usik Luqman. Lambat? Ada sebab...
Aku mengangguk. Mengaku jelah kalau rindu. Aku rasa tubuh badan aku tak boleh nak menipu dah apa perasaan aku dekat Luqman.
Luqman sedikit terkejut dengan balasan Farhana. Bibirnya tersenyum lebar. "I miss you too." Balas Luqman lalu menarik Farhana ke dalam pelukannya.
Kalau dulu aku kejung dalam pelukan Luqman tapi tidak kali ni. Malahan aku rindu pelukan Luqman itu. Hari-hari aku nak peluk Luqman. Aku membalas pelukan Luqman dan tanpa disangka-sangka aku terasa Luqman tersentak dengan tindakan aku itu dan paling aku tak sangka bila aku dapat mendengar degupan jantung Luqman dengan kuat.
Luqman kaku seketika. Dia dapat rasa tangan Farhana di belakangnya. Tak pernah dia sangka yang Farhana akan membalas pelukannya. Wajahnya sedikit memerah apabila dia terasa jantungnya mula bermain retak.
Pelukan itu dileraikan Luqman. Dia tak mahu Farhana dengar degupan jantungnya seperti itu. Malu. "Erm... saya nak pergi mandi kejap." Ujar Luqman lalu bangun.
Aku terus mencapai tangan Luqman, menahan Luqman dari melangkah pergi. "Luq..." panggil aku.
Luqman menoleh. "Yes?"
Tangan kanan aku masih memegang tangan Luqman dan tangan kiri aku mencapai dua bantal berbentuk hati di sebelah aku. Aku tak tahulah kalau Luqman perasan atau tidak kewujudan bantal itu. Satu bantal aku hulur pada Luqman dan satu bantal lagi aku letak di riba aku.
Luqman memandang bantal yang dihulurkan padanya sebelum diambil. Bibirnya mengukir senyuman. "Is this the real heart from you?"
Aku mengangkat bahu lalu senyum penuh makna. The real heart already yours.
Senyuman Luqman semakin lebar. Dia menghampiri Farhana lebih dekat. Dagu Farhana ditariknya lalu satu kucupan berlabuh di bibir Farhana.
Perlahan-lahan Luqman menolak tubuh Farhana ke katil bersama kucupan yang masih tidak terpisah lagi. Satu lututnya sudah menghenyak katil.
Aku bagaikan tenggelam dalam kucupan itu sampaikan aku tak mampu hendak menolak. Apabila terasa badan aku menghenyak katil, mata aku serta merta terbuka luas. Wajah Luqman benar-benar dekat dengan wajah aku dan mata Luqman masih tertutup, menikmati kucupan itu. Aku segera menolak tubuh Luqman dan kucupan terlerai.
"Why?" Soal Luqman sedikit kecewa. Adakah isterinya belum bersedia lagi?
Farhana menggigit bibir. Pasti Luqman fikir yang bukan-bukan dengan penolakannya itu. "I'm period." Balas aku perlahan.
Perlahan-lahan bibir Luqman mengukir senyuman. Dia berdiri semula dan membantu Farhana untuk duduk. "Alah..." rungutnya. Ingatkan apa tadi. Rupa-rupanya period. "Next time okay, sayang?" Ujar Luqman lalu menghadiahkan satu kucupan di bibir Farhana.
Next time? Next time tu betul-betul akan jadi ke? Dah takde excuse ke masa tu? Aku lihat Luqman melangkah ke bilik mandi. Tanpa sedar aku menyentuh bibir aku. Kali pertama aku dan Luqman sehangat itu.
*************************************************
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
