Aku memandang sekeliling aku. Aiseh... semua muka-muka yang aku tak kenal. Macam mana lah aku boleh setuju ikut kakak saudara aku, Zulaikha.
Seminggu yang lalu...
"Hana..."
Tangan aku yang dicapai dari belakang membuatkan aku berhenti melangkah. Aku menoleh dan tangan aku terus dilepaskan. "Ye, Kak Ika." Aku memusingkan tubuh aku menghadap Zulaikha.
Zulaikha senyum. "Akak nak minta tolong boleh tak?"
"Tolong? Tolong apa? Kalau saya boleh bantu, saya bantu." Balas aku.
"Ha... bagus... bagus... Hana boleh tolong punya." Ujar Zulaikha lalu ketawa. "Boleh tak Hana teman akak pergi event kawan akak?" Soal Zulaikha. Dia berharap sangat yang Farhana dapat menemaninya.
"Event apa tu?"
"Birthday party. Dia one of my cabin crew. Bolehlah? Bolehlah?"
Aku fikir sejenak. "Abang Is mana?" Ya, mana suami Zulaikha.
"Abang Is kereja." Balas Zulaikha.
Aku lihat kakak saudara aku tu macam mengharap sangat je. "Okeylah, macam tu. Bila event tu? Hana free ahad je."
Zulaikha menepuk tangan, gembira. "Don't worry. Event tu malam ahad ni. Dress code, formal. Nanti akak jemput Hana."
Dan... malam ahad yang dijanjikan...
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku memang banyak pengalaman dengan event-event macam ni. Maksud aku event yang melibatkan orang yang aku tak kenal. Well, itulah cabaran bekerja sebagai PA.
Zulaikha menoleh ke sisinya, melihat Farhana. "Hana okey tak ni?" Soalnya. Takut juga kalau adik saudaranya itu tak selesa.
Aku menoleh. "Don't mind, Kak Ika. Hana dah biasa." Balas aku. Alah... kalau dengan Luqman, dia takde pun tanya aku okey ke tidak. Aku kena survive sendiri dekat event-event macam ni.
"Jom, teman akak pergi jumpa birthday boy."
Aku senyum dan mengangguk saja. Kaki aku melangkah seiring dengan Zulaikha. Tangan aku yang memeluk lengan Zulaikha menjadi penunjuk arah aku memandangkan aku sibuk memandang sekeliling. Well well well. Selalunya aku pergi event banyak orang berumur je tapi sini semua muda-muda. Yelah, kakak saudara aku ni kan stewardess.
Apabila Zulaikha berhenti melangkah, aku juga turut berhenti melangkah dan mata aku memandang ke hadapan.
"Happy birthday, Amar Hariz. May God bless you." Ujar Zulaikha lalu memberi satu pelukan pada sahabatnya itu.
Aku tergamam. Hariz yang sedang membalas pelukan Zulaikha memandang aku dengan wajah yang terkejut. Damn! Macam mana aku tak tahu ni birthday party Hariz? Oh ya! Aku tak pernah tanya pun! Jap! Aku tak tahu pun Hariz ni rakan sekerja Zulaikha.
Zulaikha meleraikan pelukan. "Sorry Riz, I really forgot to buy any present. Next time I bagi."
Hariz memandang sahabatnya dengan senyuman. "Eh, no! You already bring my precious present ever." Ujarnya lalu memandang Farhana.
Oh darn it! Aku memandang ke arah lain. Aku tak sanggup nak berlama-lama kat sini.
"Precious present? Bila masa I bagi you hadiah?" Ujar Zulaikha lalu gelak perlahan. Dia memang betul-betul terlupa untuk membeli hadiah pada Hariz. Petang tadi baru dia teringat yang dia tak beli apa-apa. At last, dia tak beli pun sebab takde idea nak beli apa.
"She. Farhana Lee." Ujar Hariz dengan matanya masih tidak berganjak dari Farhana. Dress merah paras betis yang dikenakan Farhana sangat-sangat lawa. Dia pasti yang Farhana pasti menarik perhatian orang lain juga.
Zulaikha yang dari tadi fokus pada Hariz, mula menoleh ke tepinya. Hariz asyik memandang adik saudaranya. Farhana langsung tidak memandang Hariz. Apa hubungan Hariz dengan Farhana? "Do you know her?" Soal Zulaikha apabila memandang Hariz semula.
Hariz memandang Zulaikha semula lalu mengangguk dengan senyuman masih mekar di bibir. Hadiah hari jadi paling dia suka. "She's my..."
Aku segera menoleh. "His schoolmate." Pintas aku dan mata aku dan Hariz bertentang seketika sebelum aku menoleh semula. Aku tak nak ada pula sotsetsotset pasal aku dengan Hariz.
Hariz senyum. "Yes, my beloved junior." Balas Hariz.
Tajam mata aku memandang Hariz. Beloved junior hakkk tuihhh kau. Meluat betul aku.
"What? I really didn't know that she's same school as you. Since when?" Soal Zulaikha lagi.
"Secondary school." Balas Hariz.
Dahi Zulaikha berkerut. "She's study at Sekolah Seri Puteri. How can she be your junior?"
Oh... selepas 15 tahun, baru dia tahu yang Farhana sambung belajar dekat Sekolah Seri Puteri. Terkejut dia masa selepas result SPM keluar, dia dapat tahu dari gurunya yang Farhana pindah sekolah. Semua laman sosial Farhana deactivate, nombor dia kena block. Jadi dia lost contact betul dengan Farhana.
"She's is my junior masa form 1 till 3." Balas Hariz.
"Both of you mesti berkawan, kan? Sebab sampai sekarang you boleh ingat your junior. Kalau I, entahlah. Yelah, muka pun dah banyak berubah."
'Aduh... lama betullah diorang ni borak.' Ujar aku dalam hati. Aku dah tak tahu nak tengok apa lagi. Dari lautan manusia, sampai deco dewan ni aku dah amati.
"Ika... Hana... enjoy your dinner and have fun."
Dengar saja kata-kata Hariz itu, tanpa memandang Zulaikha, aku terus menarik Zulaikha pergi dari situ. Tak sanggup aku nak tercongok lama-lama di situ.
*************************************************
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
RomanceBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
