"Luqman ada isteri kedua."
Aku terpaku. Salah apa yang aku dengar ni? Aku memandang Acik Jah, mama dan Faris bersilih ganti. Aku buat-buat ketawa. Tak lawak langsung gurauan Acik Jah ni. "Acik Jah ni buat lawak tak kelakar pula." Ujar aku.
Puan Khadijah memandang adiknya, Suraya. Mereka membuat eye contact. "Acik minta Hana bersabar sangat."
Faris memandang mama dan ibu saudaranya itu. Berita itu amat mengejutkannya. Dia memandang adiknya pula. Nampak riak tidak percaya pada wajah adiknya.
"Acik Jah jangan buat lawak boleh tak?" Marah aku. Benda-benda serius macam tu dibuat gurau pula.
Puan Suraya mengeluh perlahan. "Hana... mama nak Hana semangat. Luqman still your husband." Sebak hati ibunya melihat anaknya diperlakukan begitu.
Aku memandang tepat ke mata mama. Apa benar segala yang dikatakan Acik Jah. "Please tell me this is just a prank." Ujar aku masih tidak mahu menerima berita yang aku baru tahu itu.
Faris memeluk bahu adiknya. Kasihan adiknya. Kalau Luqman ada di depan matanya sekarang ni, memang dah melayang satu tumbukan di muka lelaki tu.
"Huh... first love hak tuihhh." Ujar Faris geram.
"Faris!" Tegur Puan Suraya. Ini lagi satu dia risau. Marah lelaki ni, lain gayanya. Mahu juga ada berakhir dengan tumbuk-menumbuk.
"Ma... kalau Ish tahu ni akan jadi dekat adik, Ish takkan terima Luq tu jadi menantu keluarga ni. And kalau tak disebabkan dia bersungguh-sungguh meminang sendiri adik ni 8 tahun lepas, Ish tak terimalah dia tu." Ujar Faris bengang.
"What? Meminang adik 8 tahun lepas?" Soal aku pada abangku.
"Yes, Hana." Balas Puan Suraya.
Aku memandang mama.
"Luq orang pertama yang datang meminang Hana. Dia datang jumpa mama dengan Ish sendiri dan bagitahu hasrat dia but dia tak nak bertunang terus sebab dia nak cari duit sendiri dulu by his own business. Sebab tu masa Datuk Wahid nak datang meminang, mama suruh Luq masuk meminang dan bertunang terus. And dia agree." Cerita Puan Suraya.
Cerita yang tak pernah aku tahu pun dan selepas beberapa bulan aku bergelar isteri Luqman, baru aku tahu. Even Luqman pun tak pernah cerita. "So maksudnya he loves me, right? He won't do something that can hurt me, right?" Soal aku, masih cuba menahan diri aku dari memakan berita yang disampaikan Acik Jah.
Aku memandang mama, Acik Jah dan abangku. Semua terdiam. Don't tell me... that's true. Perlahan-lahan air mata aku mengalir. Hati aku remuk. Apakah kenyataan ini?
Faris pilu. Sekian lama adiknya tidak menangis dan kali ini kembali menangis dengan hati yang remuk. Faris mengeratkan pelukan di bahu adiknya. "Adik... don't cry. Ish tak nak kau nangis macam dulu lagi." Mata Faris panas. Dia memang tak boleh kalau tengok adiknya menangis macam tu. Dia juga akan turut nak menangis.
Puan Khadijah menunduk. Rasa bersalah akan menghantuinya kalau dia tak beritahu cerita itu dan bila dah beritahu, ini lah jadinya. Rasa bersalah sebab beritahu.
"Hana bincanglah elok-elok dengan Luqman tu." Ujar Puan Khadijah.
"Ish takkan bagi dia jumpa adik. Suruhlah dia hadap muka bini kedua dia tu. Apa hak dia nak buat adik Ish macam ni? Kita bagi kepercayaan dan tanggungjawab berharga pada dia and now this is what we get?" Ujar Faris dengan matanya sudah berair.
Aku memeluk abangku. Sebab tu aku susah nak percayakan lelaki kecuali abang aku je. Mula-mula Hariz dan sekarang Luqman. Bukan senang aku nak buka hati aku untuk lelaki. "Ish, adik tak nak tengok muka Luq."
*************************************************
Aku memandang bantal emoji love di sebelah aku.
"Kalau awak rindu saya, awak peluk bantal ni."
Teringat kembali kata-kata Luqman itu. Dua-dua bantal emoji itu aku ambil dan terus aku campak ke lantai.
"Arghhhh...." jerit aku kuat sambil menarik rambut dan kaki aku mengusutkan cadar.
Pintu bilik terkuak. Puan Suraya menerjah masuk bilik anaknya apabila terdengar jeritan dari Farhana. Terkejut dibuatnya. "Hana..." panggil Puan Suraya cemas dan duduk di sisi katil bersebelahan anaknya.
"Ma... kenapa lelaki dalam dunia ni kejam?" Aku masih menjerit. Otak aku serabut.
Puan Suraya memeluk anaknya. "Sayang... don't be like this. Hana kena bincang dengan Luqman dulu. Tanya kenapa dia buat macam tu."
"No. I don't want to meet him. I don't even want to see his face. I hate him." Adakah aku ni memang jenis malang dalam percintaan? Setiap kali aku mencintai seseorang pastu lelaki itu akan memusnahkannya.
"Hana... listen to me. Go talk to him and discuss what the best for all of you. Hana, Luq and... his... new wife." Tidak mampu dia mahu menyebut madu anaknya itu. Bukan semua wanita boleh menerima pologami dan tak semua wanita yang tak terima poligami. Anaknya mungkin terkejut. Sedangkan dia sendiri juga terkejut inikan pula anaknya yang menghadapinya.
"Bullshit with his new wife." Balas aku bengang. Perempuan tak guna. Tak ada lelaki bujang ke kau nak ambil? Kenapa suami aku juga yang kau nak? Ke Luqman yang gatal sangat nak kahwin lagi? Sebab aku tak bagi diri aku lagi dekat Luqman jadi lelaki tu cari perempuan lain supaya dapat puaskan nafsu dia tu ke?
"Hana... calm down." Pujuk Puan Suraya. Belakang anaknya diurut lembut, bagi anaknya tenang sedikit.
*************************************************
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Dalam Sejuta (Completed)
Roman d'amourBukan senang untuk setia. Bukan senang nak cari yang setia. Bukan senang nak kekal setia. Luqman - Bertahun-tahun dia bazirkan zaman bujangnya demi untuk menumbuhkan empayarnya sendiri. Bila tiba masanya, dia harus mengisi hatinya semula pula. Farha...
