Tipulah kalau aku katakan
Yang aku langsung tak terasa hati
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa"Hish, lambatlah papa ni!" ngomel Wina.
Agaknya bosan menunggu Afham yang tidak berkutik, Wina sendiri mengambil tangan papanya dan dibawa melingkar di pinggang kami.
Melekap sahaja tangannya dipinggang, aku terus mohon kepada Tuhan agar dilenyapkan sajalah diriku ini dari atas muka bumi.
Berat.
Tangannya yang berat seolah-olah sudah terbiasa berlabuh di situ. Afham terkesot hampir untuk menyelesakan lagi kedudukan dia tanpa mempedulikan tahap keselesaan aku sendiri yang berada di paras sifar.
Sedap je tapak tangannya berlabuh di sana. Belakang aku pulak yang rasa nak terbakar. Belum dikira lagi jarak kedudukan wajah aku dan dia yang setentang dan begitu rapat, kurang sekaki. Nafas dia pun bukan main lagi, menampar-nampar kulit wajahku seakan mengajak aku berentap sama.
Apa lagi yang boleh aku lakukan selain memejamkan mata? Kalau aku buka sahaja mata, nescaya mukanya betul-betul akan terpampang di depan mata.
"Good night, papa." Wina memelukku. Kepalanya terletak elok di dada.
"Hmm, night sayang."
"Untuk mama?"
Afham terdiam.
Nak buka mata ke tak, eh?
"Sekalilah tu untuk mama."
Tanpa sengaja, mata aku terus terbuka. Tak semena-mena pandangan kami bersabung, namun cuma seketika apabila aku campakkan pandanganku ke serata arah kecuali ke muka dia. Dari siling, dinding hingga ke pintu semua aku tilik dan buat-buat tak tahu. Mesti Afham pun pelik tengok bebola mata aku tergolek-golek sekejap ke kiri, sekejap ke atas.
Naik penat bebola mata aku bersenam. Tak lama kemudian, suasana kembali sunyi tanpa suara Wina. Yang kedengaran cuma dengkuran halusnya yang sudah diambang lena.
Fuh, lega!
Dari memandang dinding, aku menjeling Afham dengan hujung mata. Lihat sahaja mata dia yang sudah terkatup rapat, aku benar-benar rasa mahu berjoget. Nafas kelegaan kuhembus agak deras. Demi keselamatan, aku bertekad untuk menunggu lima minit lagi sehingga dia betul-betul lena.
Jam di dinding aku pandang penuh pengharapan agar lima minit dapat muncul sekelipan mata. Setelah lima minit yang terasa seperti lima jam berlalu, aku mula menghela nafas lega. Dalam gerak-geri berhati-hati bak seorang pencuri, aku cengkam pergelangan tangannya yang sedang elok berlingkar di pinggangku dengan ibu jari dan telunjuk sahaja bagi meminimakan skinship.
Sebaik bersentuhan, berbahang aku rasakan. Entah tangan aku yang terlebih sejuk atau tangan dia yang terlebih panas agaknya. Pergh, terketar tangan ni!
Cengkam sahaja, aku tarik ke atas sedikit. Rancangannya, aku mahu menyelusup keluar dari situ. Kalau aku kekal di situ sepanjang malam, nescaya keadaan akan jadi lebih teruk dari mengalami mimpi ngeri. Kalau difikirkan, aku lebih rela didatangi mimpi ngeri dari dipeluk Afham sepanjang malam.
Baru terangkat sikit tangannya, tiba-tiba Afham bergerak dan menarik pinggang aku lebih kemas. Terperanjat, terus aku pura-pura memejamkan mata.
Rapat.
Merasakan tiada pergerakan lagi, aku mengintai dari celahan kelopak mata.
Hmm, mata dia tertutup.
![](https://img.wattpad.com/cover/156305489-288-k50489.jpg)
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...