❝Masalahnya sekarang ni, awak
sanggup ke nak kahwin dengan saya❞
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa"So, siapa yang nak bertanggungjawab sekarang ni?"
Mulutku spontan meluas.
"Kenapa Encik Afham tanya saya?" perasankan nadaku yang kian meninggi, aku kendurkan di akhir ayat demi menjaga hati Wina yang masih memerhati.
Nafas kutarik dalam.
"Encik Afham, bonda Encik Afham yang usulkan perkara ni tau. Saya rasa hanya Encik Afham je yang dapat selesaikan masalah ni. Saya belum bersedia nak kahwin. Saya tak nak, apatah lagi dengan—" spontan bicaraku mati melihat wajah Wina berubah keruh.
Ah, janggalnya berbincang dalam keadaan ni! Afham ni pun satu, datang bawak Wina ni sekali dah kenapa?
"Mama tak nak kahwin dengan papa Wina ke?" muka Wina mulai monyok.
"Wina—"
"Pa, pujuklah mama kahwin dengan papa, please," lengan Afham digoncang.
"Wina, papa tak pernah ajar Wina interupt perbualan orang dewasa macam ni tau," nada Afham kian meninggi. Mungkin dia juga serabut dengan keadaan ketika itu.
Mana nak melayani Wina lagi.
Mana nak mencari penyelesaian masalah kami lagi.
Tentu-tentulah dia tertekan.
Wina deras bangun dari kerusi.
Aku yang jadi terkujat dengan reaksinya.
"Papa, papa tahu tak Wina dah cerita pada semua kawan-kawan Wina yang Wina ada mama? Kalau mama dengan papa tak jadi kahwin, Wina nak cakap apa pada kawan-kawan Wina tu? Papa nak tahu tak, dia orang tu semua ada mama tau! Tapi Wina tak pernah ada mama dari dulu!"
Usai membentak, Wina berlari keluar dari restoran, meninggalkan kami yang serentak berdiri. Dalam kekalutan mahu mengejar Wina, Afham sempat menarik sehelai not RM50 dari walletnya lalu ditinggalkan di atas meja sebagai bayaran makanan Wina yang langsung belum disentuh dan air kami bertiga. Aku juga ditinggalkan terpinga-pinga.
Mengeluh, aku labuhkan punggung kembali di atas kerusi.
Nampak gayanya perkara ini sudah menjadi makin serius. Wina langsung tak main-main mahukan aku menjadi mamanya, atau dalam erti kata lain, mahukan aku mengahwini papanya.
Apa lagi pilihan yang aku punya?
Mahu menolak, Wina memberontak.
Mahu menerima, aku pula tak rela.
Malah aku teramat yakin Afham juga tak mungkin sanggup menerima aku di dalam hidup. Bayangkan, bertentangan mata saja boleh mencetuskan peperangan sewaktu di sekolah dulu, inikan lagi kalau hidup bersama sebagai satu keluarga?
Jadi, apa lagi pilihan yang ada? Yang bisa merungkai segala kekusutan ini?
Arghh, buntunya!
Entah apa yang berlaku selepas itu, aku juga tak tahu. Sengaja aku biarkan anak beranak itu selesaikan perkara ini sendiri.
Selang dua hari selepas itu pula, aku dikejutkan dengan kemunculan Afham yang datang sendirian ke klinik. Tiada Wina kali ini, namun ketiadaan itu digantikan pula dengan kehadiran sekotak kecil, dibaluti baldu merah sebaik aku masuk bertugas petang itu.
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...