Keterlanjuran kami terbukti
satu kesilapan yang amat besar
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa
"Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku! Mulai hari ni, aku tak nak kau berkawan dengan dia lagi."
"Ibu, tapi dia tak salah. Bukan salah dia perkara tu jadi. Bukan kehendak dia."
Entah dari mana aku peroleh keberanian untuk membantah kata-kata ibu.
Ibu mengetap bibir. Nampak benar yang dia juga geram dengan kedegilanku.
Malah ini bukan pertama kali ibu melarang kami berteman, dan setiap kali itu jugalah aku akan tetap dengan pendirian.
"Ibu, tolonglah ibu. Ibu percayalah, itu bukan salah dia," rayuku tanpa ragu.
"Mana kau tahu bukan salah dia? Kau ada sekali ke dengan dia waktu tu? Hei, kau tahu tak semua orang kat sini dah mengata aku ni. Macam-macam yang dia orang kutukkan. Orang semua kata yang anak aku berkawan dengan anak orang kaya tak ada maruah. Tak pasal-pasal kau pun orang kata tak ada maruah. Kau tak malu ke? Aku malu, tahu tak? Mana aku nak sorok muka aku ni?"
"Ibu! Tak baik ibu cakap macam tu. Sheqa kenal dia. Dia tak macam tu. Dia kawan Sheqa dari dulu lagi sampailah Sheqa masuk universiti. Apa yang dia dah lalui, Sheqa tahu semuanya. Dia tak macam apa yang orang lain fikirkan tu. Hiraukan apa orang luar tu kata, yang penting Sheqa kenal dia. Dia kawan baik Sheqa. Ibu tahu tak, waktu dekat asrama dulu, dia yang banyak bantu Sheqa."
"Argh, aku tak kira. Aku tak nak tengok kau berkawan dengan dia lagi. Kau tak faham ke? Kau ni, belajar je nak jadi doktor, tapi tetap bodoh. Naif. Percaya sangat dengan kawan kau tu. Entah apa yang dia dah racun dalam fikiran kau tu aku pun tak tahu."
"Tapi ibu—"
Bicaraku termati tatkala telunjuk ibu lurus tertuding ke wajahku.
Jegilan mata dan bahasa tubuh ibu jelas menyampaikan amaran.
Jangan sesekali ingkar arahannya!
"Ingat ni. Aku tak nak tengok kau berkawan dengan dia lagi lepas ni. Kalau aku nampak, nahas kau aku kerjakan!"
"Ibu!"
Jeritanku sekadar sia-sia. Ibu menulikan telinga lantas berlalu pergi.
Tanpa aku ketahui, itulah kali terakhir aku melihat ibu hidup di atas muka bumi.
Dan kejadian gelap yang aku lalui semuanya serentak berlaku dalam satu hari.
Mengubah Nadiya Kasheqa yang dulu, menjadi aku yang hari ini...
Tok! Tok! Tok!
Aku terdengar tingkap di sebelah kanan aku diketuk bertalu-talu.
Kepala yang tadi terlangkup di stering cepat-cepat aku angkat. Terhenti bunyi hon yang dari tadi berbunyi nyaring. Rupa-rupanya, aku sudah mengejutkan seisi taman perumahan itu tanpa aku sedari, termasuklah Izzaty.
Subuh sebegini, rata-rata rumah sudah terang namun sudah tentulah bunyi hon keretaku tadi tetap mengganggu ketenteraman di situ.
Tercengang-cengang dia di luar pintu saat aku menoleh untuk melihat. Serba-salah semerta menyerbu diri.
Walaupun aku yakin Izzaty tak mampu melihat menebusi cermin gelap itu, namun aku tahu dia kenal amat dengan keretaku ini.
Ya Allah, macam mana aku boleh sampai ke sini?
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...