Memang dia aku kahwini
Tanpa aku cuba mengenali
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
"Lepas, Am!"
Memekakkan telinga, aku terus melelar tangannya ke arah kereta aku yang terpakir di seberang jalan. Kalau ada yang melihat gelagat kami ketika itu, mesti ada yang berfikir yang aku berkasar.
"Am, lepaslah! Saya kata lepas, lepaslah!" gelut dia untuk melepaskan diri.
Sampai sahaja di tepi kereta, Sheqa merentap tangannya sekaligus terlepas sentuhan kami.
Tercerlung mata aku dengan sikapnya. Amboi. Bukan main lagi, dah berani melawan kata sekarang ni. Mesti sebab mamat senyuman Darlie itulah tu!
"Awak ni dah kenapa, hah? Saya tak naklah ikut awak. Jangan paksa boleh, tak?"
"Mana kereta kau?"
Soalannya aku balas juga dengan soalan. Mataku melilau-lilau untuk mencari kereta kelabunya.
Sheqa mengetap bibir. Muka dia kelihatan merona, sama ada marah atau dipanah terik mentari ketika itu.
"Saya tak bawa kereta. Tapi tak bermakna saya sudi kalau awak yang hantarkan saya. Saya tak nak! Saya boleh balik sendiri!"
Serentak penolakannya, Sheqa berpusing untuk melintasi jalan tanpa memandang kiri kanan.
Pittt!!!
Sheqa terpaku.
Masa solah-seolah terhenti berdetik.
Belum sempat tubuhnya dirempuh sebuah motosikal berkuasa tinggi yang muncul dari sebelah kanan, aku bertindak lebih pantas dengan menarik lengannya ke belakang.
Serentak dangan rengkuhanku, tubuhnya terpusing lalu rebah ke dalam pelukan. Bahunya aku peluk erat.
Hampir terbuntang mataku dek kejutan yang baru terjadi.
"Hoi!" teriakku, lantang.
Naik berang aku melihat penunggang motosikal itu terus berlalu tanpa berhenti. Memanglah tiada berlaku sebarang rempuhan atau perlanggaran namun aku harapkan agar setidak-tidaknya dia boleh berbudi bahasa sebelum pergi begitu sahaja.
Darah aku memang terasa mendidih naik ke kepala dek kemarahan terhadap penunggang tadi yang masih belum pudar, ditambah lagi dengan perangai Sheqa yang jelas degil sehingga semua ini terjadi. Rahangku mengeras.
"Tengok apa yang kau dah buat ni?! Kenapa kau dengil sangat, hah?! Kalau aku tak ada tadi, kau dah kena langgar. Kau tahu, tak?!" tengkingku tanpa dapat dikawal.
Aku tolak bahunya dengan kasar aku namun tersentak apabila pautannya kian kejap seolah-olah enggan dilepaskan.
Aku tergamam.
Dalam terpana, barulah aku sedar apa yang lebih penting ketika itu. Takat didihku mereda sedikit. Sukar untuk aku agak riak wajahnya yang tersembam di bahuku. Yang dapat aku rasakan, jelas dadanya berombak kencang.
"Sheqa?"
Bahunya kucengkam.
"Sheqa? Kau okey, tak ni?"
Dengan berhati-hati, aku tolak bahunya lalu aku dongakkan wajahnya yang menunduk. Sebaik dia memanggung muka, jelas dahi dan wajahnya dibasahi keringat dingin.
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Storie d'amore━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...