❝ Sampai masanya kau akan tahu
apa itu ertinya malu ❞
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
Kuantan (2003)
Suara tawa dua orang sahabat yang baru keluar dari kafe itu jelas kedengaran di pendengaran.
Aku yang duduk di tepi gelanggang ragbi lantas memalingkan wajah. Sebenarnya, dari tadi aku menunggu dua sahabat itu keluar kerana aku mahu melihat apa lagi yang bakal dilakukan keduanya.
Apa taknya, kejadian semalam masih jelas di ingatanku.
Bagaimana aku menahan malu di depan semua orang selepas jatuh tersungkur ke atas lantai.
Semuanya sebab dia!
Sebab dia.
Junior, yang langsung tak bermakna!
Selama ini tak pernah aku perasan kehadirannya tapi sejak semalam, wajah itu sering hadir seolah-olah mengejek di depan muka.
Terketap gerahamku, menahan geram. Bengkak rasa hati memikirkan segalanya masih belum terbalas lagi.
Jaga kau. Tunggu. Sampai masanya, kau pulak rasa macam mana dimalukan depan orang ramai.
Anak mataku tak lepas mengekori.
Terkoyak senyuman sinis melihat dia yang sedang menuju ke gelanggang bola jaring sambil memakan aiskrim. Sambil berjalan, tak henti-henti dia bergelak sakan bersama si rakan. Dengan aksi yang selamba, dia menyangkutkan siku kiri di bahu sahabatnya itu.
Smirk.
Gaya je ganas tapi makan aiskrim!
Pap! Pap!
Tersentak aku tatkala Syukri memetik jari betul-betul di depan muka.
"Dah-dahlah tu. Takkan dengan anak bilis tu pun kau nak berdendam. Kata jerung," sindir Syuk dengan selamba.
"Hei Syuk, kau tak rasa cium lantai hari tu, boleh lah cakap." Wan menyampuk. Bola ragbi dicampak kasar ke arah Syuk.
Layak seorang wakil pemain ragbi sekolah, tangkas Syuk menangkap.
"Hei, kau orang tak nampak macam mana terbeliak mata aku dengan Pejoi hari tu," sangkal Syukri.
Faizul terangguk-angguk setuju.
"Berani betul. Tak padan dengan junior. Dia tak kenal ke siapa kau Am? Leader geng Gagak Hitam, kut!"
Aku menjeling, tak berpuas hati dengan kata-kata Syukri. Makin terbakar rasa hati dan membara dendam pada si dia memikirkan logik bicara itu.
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...