Pengorbananku bukan untuk dia
Tetapi untuk kita.
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa
Aku memberhentikan kereta sebaik tiba.
Suasana jam empat pagi itu begitu suram dan kelam.
Di depan sana, kelihatan sebuah banglo besar tersergam tinggi dengan tiang mega yang menongkat bumbung.
Namun begitu, banglo itu jelas usang. Kelilingnya ditumbuhi lalang. Walau aku duduk di dalam kereta, aku tetap merasa seram sejuk melihat binaan itu yang kelihatan sudah terbiar lama. Sewaktu aku menjejakkan kaki ke sini lapan tahun yang lalu, keadaanya tidaklah sebegini teruk.
Anak mataku melilau risau.
Aku mula was-was.
Benarkah di sini tempatnya?
Tapi jika menurut petunjuk dalam surat Reza itu, hanya di sini sahaja tempat yang boleh aku fikirkan. Tak mungkin dia bawa Wina ke tempat lain.
Sedang renunganku melilau untuk mencari petunjuk, anak mataku terus tertancap pada sesuatu.
Sebuah kereta putih terpakir di tepi banglo tersebut.
Hatiku terdetik lega, namun rasa itu hanya sesaat singgah sebelum digantikan dengan degupan kencang sang jantung berkumandang.
Aku memejamkan mata seraya menghela nafas untuk menghimpun kekuatan serta keberanian.
Sebaik aku mencelikkan mata, banglo itu tetap kelihatan sama. Dindingnya diselaputi lumut melata, menambahkan lagi kegusaran hati.
Aku akhirnya mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Jika aku terus takut dan menanti di sini, bila pula aku boleh selesaikan semua ini sedangkan Reza hanya memberi masa sehingga tengahari?
Jika aku terkhilaf langkah atau melepasi tempoh yang ditetapkan, aku risau Wina pula yang akan diapa-apakan.
Namun sebelum berhadapan Reza, aku teringatkan sesuatu.
Aku kini diamanahkan membawa satu nyawa di dalam rahimku ini.
Tanpa kusedari, tangan naik melekap di perut. Lama telapak tanganku mengusap, merasai benih yang bercambah di dalam rahim. Mata kupejam rapat.
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...