Selama lapan tahun aku lupakan
hakikat yang dia bukan anakku
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
"Apa yang kau cakapkan ni?" deramku.
Hampir mahu gugur jantungku sebaik mendengar soalan dia.
Wina?
Kenapa dalam banyak-banyak soalan yang boleh diutarakan, dia lebih memilih untuk tanyakan soalan itu? Kenapa?
"Aku tanya kau, apa maksud kau cakap macam ni?" jerkahku sekali lagi. Lesi wajah Sheqa enggan aku hiraukan.
"Am, saya tak ada niat nak..."
"Habis tu apa niat kau? Apa niat sebenar kau tanya aku soalan ni?"
"Saya cuma nak tahu, betul ke apa yang saya jumpa pagi tadi. Saya nampak sendiri..."
"Diam, Sheqa."
"Tolonglah, Am. Saya tahu yang Wina tu..."
"Diam! Aku cakap diam, diam!" Aku lantas naik angin. Bergema suaraku ke langit malam. Suasana balkoni bilik yang berhadapan jalan memungkinkan suaraku didengari namun semua itu enggan aku pedulikan.
"Saya tahu awak mesti akan marah, tapi maafkan saya Am. Saya tak boleh pendamkan perkara ni lama lagi. Lagi lama saya pendam, lagi sarat fikiran saya dengan perkara bukan-bukan. Okey, terpulang pada awak kalau awak masih tak nak mengaku yang Wina tu cuma anak angkat awak. Saya cuma nak tahu dari mana awak ambil dia?"
"Wina anak aku! Berapa kali aku nak kena beritahu yang Wina tu anak aku! Anak Aku! Apa yang kau tak faham lagi?!"
"Tak guna awak nafikan, Am sebab saya dah tahu semuanya. Saya tak nak tahu kenapa, sebab semua tu tak penting pun bagi saya, tapi saya cuma nak tahu mana awak jumpa dia? Macam mana Wina boleh ada kat sini?"
Terasa menggelegak darahku naik ke kepala. Bahunya kucengkam kasar akibat dari tahap kesabaran aku yang kian melampaui batas.
Kau tak tahu apa-apa, Sheqa!
"Wina anak aku dan arwah Sofia! Selamanya akan jadi anak aku dan arwah Sofia!" Aku menggoncang kasar bahu itu. "Sedar diri kau tu cuma ibu tiri dia. Kau tak ada hak nak cakap macam tu!" Tanpa belas kasihan, aku menolak keras tubuhnya. Dia hilang imbangan dan hampir jatuh terduduk jika tidak cepat memaut besi balkoni.
"Aku tak nak dengar kau ungkit lagi hal ni depan aku! Don't you ever tell anything to Wina." Jari telunjuk kuangkat betul-betul di depan mukanya sebelum berlalu masuk ke dalam bilik dan menuju ke bilik air. Daun pintu kuhempas kuat. Aku meraup kasar rambut sambil mundar-mandir di dalam bilik air.
Soalan Sheqa tadi masih berlegar-legar dalam kotak fikiran.
"Terpulang pada awak kalau awak masih tak nak mengaku yang Wina tu cuma anak angkat awak. Saya cuma nak tahu dari mana awak ambil dia?"
Aku menggeleng, seraya menghentak kasar dinding bermarmar putih di kamar mandi itu.
Ya, memang!
Memang Wina bukan anak kandung aku! Selama lapan tahun aku dah lupakan kenyataan tu, Sheqa. Kenyataan yang dia bukan anak aku. Bukan zuriat aku. Tapi kenapa malam ni kau ungkit perkara ni? Kau tak ada hak nak cakap macam tu!
Sama sekali tak ada hak!
Kuala Lumpur (2010)
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...