What are you hiding, Sheqa?
What was the story behind your scar?
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
Sebaik Sheqa pergi, pintu bilik kuhempas kuat sehingga bergegar dinding, seiring dengan rasa marah yang terpendam sejak petang tadi.
Dummm!
"Arghhh!"
Puk! Puk! Puk!
Melekat-lekat buku limaku ke daun pintu.
Sakit, namun tubuhku seolah kebal dari sebarang kesakitan fizikal melainkan rasa sakit hati yang begitu menebal.
"Bagitahu untuk apa? Untuk awak perlekehkan saya lagi? Untuk awak tuduh saya menipu lagi? You know what, tak ada gunanya kalau saya beritahu awak sebab awak tak akan faham dan awak tak akan percaya. Awak boleh terus percayakan apa yang Amy cakap sebab saya tak akan jelaskan apa-apa pada awak. Sampai bila-bila pun saya tak akan jelaskan!"
Kenapa, Sheqa?
Kenapa kau tak berterus terang je?!
Dengan ruas jari yang kemerahan, aku mengutip kertas-kertas yang renyuk di lantai. Satu-persatu aku tilik dengan mata yang kemerahan.
"Then, what scar are you referring to?" Berkerut muka Amy memandangku.
"Selalunya parut apa kalau panjang melintang? Bawah perut. On the lower abdoment." ujarku, teragak-agak. Sedikit-sebanyak berdebar juga aku menanti jawapan.
Amy mempicingkan mata.
"You mean, parut czer ke?"
"Czer?"
"Yes. Cesarean scar. Czer. Parut orang bersalin tu. Tu ke maksud you?" Dalam pada Amy menerangkan, mulutnya juga rancak mengunyah makanan yang baru sahaja sampai.
Cesarean?
Bersalin?
Perkataan yang keluar dari mulut Amy berdengung masuk ke dalam pendengaran. Bingung aku dibuatnya. Spontan, kehilangan kata-kata.
Amy meletakkan sudu dan garfu. Dia menongkat siku di atas meja sambil memandang tepat ke mataku.
"What's wrong, Am? Why are you asking about this?"
"Nothing. I'm just asking."
Aku berselindung dengan mempamerkan senyum kekok ke arahnya. Di satu sudut dalam dada, ada percikan api kemarahan yang mulai membara.
Mungkin ke Sheqa sebegitu?
Tapi ingat Am, apa yang kau pernah nampak waktu di sekolah dulu. Kau nampak dan kau sendiri pernah tangkap dia berduaan dengan lelaki. Jadi apa yang kau fikirkan tu, segalanya mungkin.
"Am, I know you for more than ten years, since you kenal dengan arwah Sofia lagi. We're close friends. You takkan tanya trivial thing like this without any reason."
Aku lantas memejam mata dan tunduk menekur meja. Makananku tidak tersentuh. Wajah arwah Sofia yang kurindui mulai terlayar di fikiran. Tanganku naik meraut tengkuk.
"Sorry, Am. I tak ada niat langsung nak buatkan you teringat dekat arwah. I just..." Amy seperti kehilangan kata-kata. "I just wanna assure you, that you can trust me. You boleh share dengan I masalah you. I akan cuba tolong."
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...