Kalau benar angkara seseorang,
siapa pula pelakunya
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
Kereta aku pecut dengan laju menuju ke rumah bonda. Panggilan yang aku terima sebentar tadi terasa sungguh menyesakkan dada. Berdebar-debar dan tak sedap hati.
Kisahnya bermula apabila aku menerima panggilan dari Sheqa sewaktu aku dalam mesyuarat bersama klien tadi. Mulanya aku pelik. Mana pernah dia mahu menghubungiku sebelum ini. Lagipun disebebakan hubungan kami yang dingin semenjak dua ini, jadi aku abaikan dan terus menumpukan semula perhatian kepada agenda mesyuarat. Namun selang beberapa minit, aku dihubungi bonda pula. Deringan pertama aku abaikan namun sebaik deringan kedua berkumandang, aku tahu ada sesuatu yang penting yang mahu bonda sampaikan.
Terngiang-ngiang suara cemas dan kalut bonda sewaktu bercakap tadi.
"Am, Wina tak ada! Bonda tunggu dia balik sekolah tadi, tapi pakcik van sekolah dia cakap Wina tak ada pun tunggu van. Mana Wina pergi ni? Bonda risau!"
Lantas aku tangguhkan mesyuarat. Semua itu dah tak penting lagi selain Wina.
Wina!
Telefon pintar yang aku campak di tempat duduk penumpang tiba-tiba berdering lagi. Aku terus angkat ke telinga tanpa melihat nama pemanggil.
"Am, bonda call..."
"Aku tahu. Aku on the way terus ke rumah bonda." Terus talian aku putuskan. Peranti itu aku campakkan kembali ke tempat duduk sebelah.
Aku tahu dia pun panik, namun aku juga tak mahu menambahkan rasa cemas dan serabut dalam diri dengan terus mendengar suaranya.
Tertekan aku dibuatnya. Selagi belum sampai ke rumah bonda, selagi itulah aku tak tenteram memikirkan Wina yang entah dimana-mana.
Masuk ke dalam perkarangan rumah bonda, aku tak sempat untuk mematikan enjin dan terus meluru keluar dari perut kereta. Bonda yang sedang berdiri di pintu terus merapati, diikuti oleh Sheqa menurut di belakang. Sekilas aku melihat, nampak jelas yang matanya merah dan wajahnya pucat namun itu semua bukan keutamaanku sekarang ini.
"Am, mana Wina ni? Ya Allah... Apa yang jadi ni? Hati bonda ni tak sedap dari tadi."
Aku menarik bonda ke dalam pelukan. Belakangnya aku usap untuk menenangkan dia.
"Bonda, bonda tenang dulu. Am akan cuba cari Wina. Bonda jangan risau. Am tak nak bonda pulak yang jatuh sakit nanti. Am yakin Wina tak ke mana tu. Mesti ada dekat-dekat sini juga."
Bercakap memang mudah, namun hakikatnya hati aku sendiri sudah tidak boleh tenang lagi.
"Am, awak try call cikgu Wina. Mana tahu kalau cikgu dia tahu dia ada kat mana..." cadang Sheqa yang kurasakan bernas.
Aku melepaskan bonda dari pelukan dan bergegas semula ke kereta untuk mengambil telefon bimbit. Dengan segera, aku mencari-cari nombor yang boleh aku hubungi. Pantas telefon aku lekapkan ke telinga.
Bonda aku lihat kini sudah berpindah ke dalam pelukan Sheqa. Dia masih menangis teresak-esak sementara tangan Sheqa tak henti-henti mengusap belakang bonda.
Sementara menunggu panggilan bersambut, aku mundar-mandir tak tentu arah sambil bercekak sebelah pinggang.
"Assalamualaikum, cikgu. Maaf mengganggu. Saya Afham, bapa kepada Nur Syazwina Amani." Aku bersuara senafas sebaik panggilan bersambung.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Storie d'amore━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...